sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 29 Mei 2016

Tahniah - Aniq Pemenang Tempat Ke tiga Ceria Popstar 2016


Walaupun Aniq tidak bergelar juara, namun bagi kami..Aniq tetap Juara di Hati kaum keluarganya yang terdekat. Sepanjang malam Jumaat yang lepas, kami sama-sama menonton persembahan Aniq di tv sambil berbual mesra di group whatsapp 'anak cucu opah'. Masing-masing melahirkan kegembiraan melihat konsert akhir Ceria Popstar dan persembahan Aniq diiringi kumpulan Wings yang memang menjadi idolanya dalam dunia hiburan. Peminat rock kecil ini lebih teruja apabila di hadiahkan sebuah gitar dari Wings sendiri.Ianya pasti menjadi kenangan paling manis buat Aniq sepanjang kehidupannya kelak.







Rezeki Aniq malam itu mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang sebuah trofi serta wang tunai RM10,000. Banyak tu Aniq, boleh buat simpanan untuk Aniq di masa depan.In Shaa Allah. Tak pun boleh juga belanja mak long sebagai duit raya nanti kay... :)Apapun kemenangan paling bermakna buat Aniq, ialah satu pengalaman beraksi di pentas yang besar bersama nama-nama besar dalam industri hiburan. Mendapat tunjuk ajar dari Cikgu Jaclyn Victor, menerima kritikan dan diadili oleh panel juri profesional seperti Dato' Siti Nurhaliza dan Awie serta juri-juri jemputan yang hebat-hebat.




Persembahan Aniq malam final Ceria Popstar menyanyikan lagu Taman Rashidah Utama, dari Wings yang memang meletop ketika zaman remaja mak long dahulu. Lebih happening lagi malam tu Aniq diiringi kumpulan Wings sendiri.Yeay !! Aniq hebat...




Mak long ana doakan semoga Aniq akan terus sukses dalam segala bidang yang diceburi. Jangan abaikan pelajaran dan semoga Aniq akan terus membesar sebagai seorang putera yang soleh kebanggaan mama dan papa, Aamiin... :) Cayalah Aniq ..Rockers cilik.

Biodata Aniq boleh dibaca di SINI

14 ulasan:

  1. Tahu-tahu dah habis rupanya rancangan ini...

    Selalu nampak iklannya, tapi tak pernah menonton. Semoga Aniq menjadi anak yang soleh...Aamiin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin, terima kasih kak cik :)

      Padam
  2. wow tempat ketiga pun dah okay kan ibu tu. alhamdulillah :D tahniah aniq~~! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan kakcik, sekurang-kurangnya aniq ada pengalaman yang bukan semua orang dapat alaminya :)

      Padam
  3. Dengar dia nyanyi je tapi tak sempat tengok aksi dia kat TV tau2 dah habis pun. Apapun tahniah..menang juga tu..

    BalasPadam
  4. Saya respect satu je...atas pentas nak ingat bnyk benda, pic, melodi,tempo, lirik, aranggement muzik,feel, skrip,kareografi....dalam usia 10 thn sngt berat baginya..tapi alhamdulillah

    BalasPadam
  5. Sekali aje akak tengok rancangan ni sebab anak-anak menontonnya. Taulah juga macamana Aniq perform atas pentas. Memang tak syaklah, si Aniq ni berbakat. Anak saudara ya rupanya ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi haah mummy..anak buah ana.:)

      Padam
  6. Balasan
    1. hihi lya tak layan ye, kak ana pun sebab anak buah dah masukkan,wajiblah mengadap tiap2 minggu ")

      Padam