sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 11 Jun 2016

CORAK KAIN ENGLISH COTTON TERKINI DAN CANTIK-CANTIK


Anak-anak ni macam-macam citarasa mereka. Kedua-dua anak ana memang contra sangat citarasa mereka. Dari segi warna kesukaan, tema bilik tidur, karektor, buku-buku novel pilihan dan sebagainya, dua-dua berbeza sangat. Dalam sibuk nak mencari kain pasang untuk baju kurung raya mereka berdua ni, kami ke kedai kain yang berdekatan terlebih dahulu. Satu kedai pusing cari corak kain yang diingin, akhirnya kak long sahaja beli sepasang kain songket Sarawak untuk baju kurungnya, suruh adik pilih yang sama dia tak berminat pula. 

Hari makin suntuk dah nanti mak long mereka yang merupakan tailor tetap kami ni, tak mahu dah nak ambil tempahan. Yelah kesian lak kan, dah dekat-dekat baru nak hantar kain. Ana teringat pernah berkerjasama dengan sebuah butik online yang terletak di satu taman dengan ana. Bagitau adik berminat tak nak pakai English Cotton. Alhamdulillah, adik setuju dan petang itu kami ke Butik QASEH ZAMRI untuk melihat koleksi kain English Cotton yang ada. Sampai sahaja...tu diaa...rambang mata adik Ika nak memilih, siap whatsapp kat mak usu dia tanya yang mana lagi cantik.

Meh ana kongsikan disini beberapa helaian kain pasang English Cotton dengan corak terkini dan cantik-cantik yang ada di Butik QASEH ZAMRI ni. Terletak di Bandar Country Homes, Rawang,Selangor. Lagipun sehari dua ni, antara search keywords yang masuk ada yang mencari tentang koleksi dan corak kain pasang terkini. Kalau berminat calling-calling atau whatsapp sahaja nombor yang ana sertakan di bawah ni nanti. Lega, selesai juga Adik Ika mendapatkan kain ela untuk baju kurung rayanya nanti. Dan telah selamat sampai ke tangan Mak Long Intannya untuk di jahit. Alhamdulillah...

Kain English Cotton terkini dan cantik 















Hat ni lah corak yang Adik Ika pilih sudahnya... corak macam lukisan dengan warna warni yang terang. Sesuailah dengan Adik nanti sebab Adik Ika ni tinggi dari kakak dan ibunya sendiri. Gadis remaja macamnya memang meminati corak sebegini barangkali.. Dah jadi baju sepasang nanti pasti cantik kan..dan boleh suaipadankan dengan pelbagai warna tudung..gituuuu :)













Banyak lagi sebenarnya tau, ni hat yang sempat ambil gambar masa adik ika pilih hari tu. Kalau ada yang berminat nak beli bolehlah contact no kat banner di bawah ni.Boleh walk-in atau secara online kay... :)





12 ulasan:

  1. Akak pun suka kain english cotton ni ana..
    Tapi bab nak iron tu yg bercinta 😉

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi iron tu memang stu penyakitkan CH, tapi cantik2 corak dan warnanya :)

      Padam
  2. SA pun suka English cotton..Sesuai buat baju kurung pakai pi Kerja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu SA, selesa dan cantik kan :)

      Padam
  3. Cantiklah yang kain nombor dua tu. Berkenan pulak tengok. Hehehe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. nani, berkenan order saja dengan Qaseh Zamri Collection :)

      Padam
  4. kaknoor memang baju raya kain english cotton jugak Ana
    mmg sdap pakai tak panass kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kak noor sangat selesa di pakai kan :)

      Padam
  5. kain english cotton ni memang cantik :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann Nazihah, cantik2 warna dan coraknya :)

      Padam
  6. haaa...pakai kain corak english cotton ni memang nampak suwit skit...cik puteri pun ada juga kain macam ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. cik puteri pakai lagi laa comei lote suwiit angat :)

      Padam