sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 13 Jun 2016

Kuih Lompat Tikam


Ganas beno bunyinya ye, lompat tikam...bagi yang belum pernag melihat rupa parasnya, meh ana nak tunjukkan di bawah ni, yang inilah sering kali jadi bahan gurauan di media sosial dengan gelaran kuih paling ganas, tak lain tak bukan...kuih lompat tikam.

Kuih Lompat Tikam 







Kuih lompat tikam ni kalau tak salah ana berasal dari negeri pantai timur, Kelantan atau Trengganu yang popular dengan resepi ibunda ni. Ana pun mula berkenalan dengan kuih lompat tikam ni sejak berumahtangga dengan suami yang berasal dari Kelantan.Kalau tak memei tak kenal dan tak pernah bersua muka gitu..

Dari segi rasanya, pada ana lebih kurang kuih bubur sum-sum kami belah Perak ni. Ada santan, ada lemak, ada manisnya dan ana tepung berasnya. Cuma bubur sum-sum tak ada pulut, ini yang membezakannya. Lagi satu, kuih lompat tikam yang dibeli oleh suami ni, rasa kapurnya kuat sedikit jadi ana kurang ngam dengan selera.

Sebenarnya kuih lompat tikam ni, dibeli oleh suami pada hari kedua Ramadan yang lalu dari bazar Ramadan. Kalau nak suruh isterinya buat memang melompatlah ana tapi jangan sampai tertikam sudah laa..bukan apa, dari pembacaan ana di blog-blog yang berkongsikan resepi lompat tikam ni, agak remeh juga proses penyediaannya. Nak pula yang makan hanya satu mulut, baiklah abang beli saja kan...jimat gas ,haha :)

Namun untuk mereka yang singgah dan mencari resepi dan cara nak buat kuih lompat tikam ni, bolehlah klik ke AZIE KITCHEN .Detail entri bergambar dari Puan Azie ni kay. Selamat mencuba puan-puan, kuih paling ganas seantero nusantara, kuih lompat tikam.:)

28 ulasan:

  1. Balasan
    1. kena gii cari laa nampaknya NH:)

      Padam
  2. Tu lah ana..
    Bila beli tak kena pulak kat tekak kan..
    Nak membuatnya macam tak berbaloi pulak..
    Kalau seorang aje yg memakannya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. KAn CH, ni suami yang beli sebab dia sorang yangn nak makan
      :)

      Padam
  3. baru je makan minggu lepas hari pertama puasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah Raihanah..awal-awal dah berlompat tikam ye hihi :)

      Padam
  4. kahkahkah...tq la kak ana sebab buat entry ni...saya baru je sabtu lepas main teka2 dengan Mil jenis kuih yg adik ipor beli kat bazar...mati2 kiteorang ingat kan bubur somsom dan sekarang jawapan sebeno telah terungkai...lompat tikam rupenye...kikiki...tu yg pelik tu dah kenapa bubur som2 ni ada pulut kat atas dia...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ermmmmeh lanjer kak ana bubur som som cepatt malinda :)

      Padam
  5. Puasa kali ini belum ada makan lagi.
    Tapi Mrs. A biasa tunjuk-tunjuk aje hiks!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak ana pun kalau hat yang rumit prosedurnya main tunjuk je lah Mrs A, sebab nak buat pun yang makannya tak ramai kan :)

      Padam
  6. Balasan
    1. begitulah kisahnya Sha, trajis sungguh :(

      Padam
  7. Selamat berpuasa kak ana ,lamant wish pulak, ingat buat sendriri, kot tuan punya buat ni dah terlebih kapur, wani kalau kih main kapur ni x reti nak sukat huu, x makan lagi setakat puasa hari ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam Ramadan Wani, tak daya deh nak buat sendiribelum khatam ilmu lagi hihi , mungkin juga laa kan :)

      Padam
  8. hmmm... hairan juga ni...hari tu ada beli kuih tapi tak macam ni. diorang panggil lompat tikam juga...tapi kena letak gula merah....kalau tak letak tawar tapi tak ada pulut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo itu maknanya dia baru lompat tu arz, belum sempat tikam lagi..ngeeee :)

      Padam
  9. Sedap kuih ni..kakak sulung saya pandai masak. Saya pandai makan je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi untung juga anis, ada kakak pandai buat, kak ana macam anis laa kita geng,pandai makan je hihi :)

      Padam
  10. Balasan
    1. wah nani, kat jerantut senang dapat kan :)

      Padam
  11. hehehe.. dulu pun tergelak dengar nama kuih ni.. bila makan, sedap pulak.. tapi, belah utara ni susah jugak nak jumpa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah memang tak jumpa kalau belah utara ni Zaf, kat Perak yang ala-ala macam ni kami panggil bubur sum sum

      Padam
  12. Assalamualaikum Kak Ana. Ni antara kuih kegemaran saya. Tapi utk bulan ramadan kuih lompat tikam ni saya ketepikan sebab lebih tertarik dgn akok dan nek bak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Shameel, akok tu kak ana familiar tapi nekbaktak pernah lihat dan rasa lagi, mungkin satu hari nanti, in shaa allah :)

      Padam
  13. Kuih lompat tikam ni mmg kaknoor tk peenah buat dan jugak tk pernah raaa mesti nk kena try lah Ana sbb kabar nya kuih yg paling bahaya ni kan hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah kak noor, ganas beno bunyinya, mungkin satu hari nanti kak noor boleh mencubanya kan , in shaa allah

      Padam
  14. kalau k.ana yg buatkan nama dah lain..kuih ana lompat tikam hihihi x nah mkn lagi k.ana..tgu k.ana buatkan kui2x

    BalasPadam
    Balasan
    1. El lompat tinggi2 dulu ,nanti kak ana try test buat ,kalau tak jadi kita main tikam2 jajan dah ler yer El hihi :)

      Padam