sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Ahad, 19 Jun 2016

Laman Web BR1M Palsu


Hampir semua maklumat boleh di akses melalui internet sekarang ni, malahan isian borang urusan rasmi juga kebanyakkannya menggunakan laman-laman sesawang atau website di internet termasuklah urusan kerjaan, pelajaran, pengajian, kewangan dan perbankan malahan banyak lagi yang mana memerlukan kita menghantar data-data peribadi ke borang-borang yang disertakan. Namun, hati-hati dan berwaspada selalu, kerana tujuan murni untuk memudahkan segala urusan rasmi ini, ada individu tertentu yang menyalahgunakannya dengan mengadakan laman web palsu dengan tujuan mendapatkan maklumat peribadi kita untuk tujuan jahat mereka.

Disinilah kita sebagai pengguna perlu bijak, prihatin dan peka pada sesuatu perkara sebelum memberikan data-data penting ketika mengisi borang di mana-mana website. Sangat berbahaya kerana data peribadi kita boleh sahaja di salahgunakan untuk tujuan yang negatif atau jenayah. 






Laman Web BR1M Palsu


Baru-baru ini ketika ana melayari Facebook Page Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk mengetahui tarikh kemasukkan akaun penerima BR1M untuk abah, ana terbaca status di atas.Terperanjat juga dan ana rasa perlu dikongsikan bersama sebagai peringatan buat umum di luar sana. Sangat merbahaya apabila wujudnya laman web palsu berkaitan BR1M ini, kerana ramai yang akan mengeksesnya di internet untuk mendapatkan maklumat. Bayangkan jika mereka masuk ke laman web palsu dan memberikan data-data penting, macam-macam perkara buruk boleh berlaku kan. Jadi hati-hatilah sentiasa.




Perkara yang paling ketara untuk kita ke laman web BR1M ialah ejaan BR1M itu sendiri, pastikan ianya dieja B.R.1.M bukannya B.R.I.M . Nombor satu dan bukannya huruf I seperti yang tercatat di laman web palsu tersebut. 

Laman web rasmi BR1M  ialah  https://ebr1m.hasil.gov.my/ . Menggunakan ebr1m dan tidak perkataan brim sahaja. Perlu juga peka bahawa semua laman web kerajaan akan menggunakan alamat website dengan perkataan .gov.my di hujungnya. 

Jadi hati-hatilah selalu ye wahai pengguna internet di luar sana. Sama-sama kita saling ingat mengingati ke atas kebaikan. Janganlah terlalu minat menviralkan berita-berita yang tidak benar yang boleh mendatangkan fitnah tetapi perkara sebeginilah yang sewajarnya di viralkan agar semua pihak peka akan kewujudan sesebuah laman web yang palsu yang boleh membawa padah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan