sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Sabtu, 18 Jun 2016

Memandu ketika meter minyak telah hampir kosong


Pernah tak terjadi pada kalian, apabila memandu dengan lampu meter minyak telah berkelip dan range KM telah kosong? Bagaimana perasaan anda ketika itu?Cuak, gelisah,panik atau tawakkal mencari stesen minyak paling hampir? Hari ini, ana nak kongsi pengalaman beberapa ketika yang lalu di mana meter minyak Axia yang di pandu telah pun menunjukkan E dan range KM yang kami set kan telah tinggal 1km dan kemudiannya bertukar kosong atau sekadar dot dot dot sahaja seperti gambar di bawah ni...Nak tahu tak apa terjadi seterusnya...



Ceritanya macam ni, semasa bertolak dari rumah memang dah tinggal satu bar je dimeter minyak tu, tapi dengan yakinnya terus juga memandu sehingga ke Sungai Buluh untuk makan tengahari di sana. Lepas makan suami tak perasan lagi pada meter minyak tu, kami sempatlah pusing-pusing kat pusat jualan nurseri bunga sekitar Sungai Buluh.Bila kami keluar dari persimpangan Hospital Sungai Buluh tu, dan masuk ke Lebuhraya PLUS, suami baru cakap, "alamak stesen minyak sebelum exit laa..minyak dah tinggal 3KM range je ni..". 


Mau tak cuak kami dalam kereta ni, suami ana tersilap anggaran , pada fikirannya nak isi minyak di stesen minyak di PLUS sebelah Hospital tu namun stesen tersebut hanya boleh dilalui sebelum laluan masuk ke lebuhraya. (Bagi yang biasa melalui laluan ini, faham kan maksudnya). Bermakna kami terpaksa meneruskan haluan sehala ke hadapan dan tidak boleh berpatah balik kerana telah masuk ke lebuhraya PLUS.

Dalam hati ni Tuhan sahaja yang tahu, hanya berdoa semoga kereta tidak terhenti di tengah perjalanan. Maklumlah lebuhraya kan, macam-macam boleh berlaku.Beberapa KM bergerak dengan kadar perlahan, Range minyak telah pun kosong, sifar atau _ _ _ _ sahaja. Allah.. lagilah kuat berzikir dalam kereta memohon dipermudahkan dan ternampak papan tanda RnR Sungai Buluh di hadapan dalam 3 KM lagi kalau tak salah. 

Suami mematikan aircond, memandu dengan perlahan cuba untuk menstabilkan kelajuan tanpa menekan pedal minyak keterlaluan. Kami menggunakan lorong kecemasan dengan menyalakan lampu hazard, langkah ini adalah langkah keselamatan andainya tiba-tiba kereta terhenti, kami telah pun berada di lorong kecemasan. 

Alhamdulillah, dengan izinNya kami terus sampai ke stesen minyak di hentian RnR Jejantas Sungai Buluh dan mengisi minyak. Suami memberitahu sememangnya jumlah minyak reserved ada lagi beberapa KM cuma kami agak panik kerana ini pertama kali berlaku dan Range KM memang telah kosong sepenuhnya. Moral of the story, isi minyak setiap kali meter minyak telah tinggal satu bar, sebagai langkah keselamatan kann... ini merupakan satu pengalaman buat kami kekeringan minyak di tengah lebuhraya...

8 ulasan:

  1. pastikn henfon tak kehabisan bateri juga amat penting di saat2 genting, staff PLUS juga amat membantu ketika diperlukn

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu FR, kak ana terfikir juga, andai terhentiakan hubungi PLUS Ronda untuk bantuan .

      Padam
  2. alhamdulillah...akhirnye sampai gak kat stesen minyak...saya penah kene sekali...time tu amik bang ngah dari sekolah...kenkonon pastu la baru nak isi minyak...time nak pi stesen minyak tu bedebo gak tengok dah liplap liplap lampu merah...syukur stesen minyak tak berapa jauh...kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann,cuak gelabah semacam kan..adoiyai :)

      Padam
  3. Balasan
    1. tu laa Nad, cuak dah dalam kereta masa tu :(

      Padam