sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 22 Julai 2016

Petua Tradisional Menghilangkan Jerawat Di Wajah


Jerawat!! Memang satu masalah pada wajah kita. Kadang-kadang dah puas dah menjaga kebersihan wajah, namun sang jerawat masih juga nak menjelmakan dirinya tanpa di undang.Penat kan, nak-nak pada gadis-gadis remaja yang sedang belajar.Anak-anak ana sendiri mengalami masalah kulit wajah berjerawat ni. Walaupun sekarang ni boleh sahaja nampak flawless cun melecun dengan teknik edit pada gambar, hakikatnya di alam realiti, wajah masih ada jerawat.Paling sadis parut jerawat yang lambat pula dapat dihilangkan.


kredit foto : Google Image

Dalam tercari-cari pelbagai petua dan kaedah menghilangkan jerawat dengan cepat pada wajah sepanjang hari ini, ana terjumpa pelbagai petua-petua tradisional atau dengan rawatan secara semulajadi tanpa bahan kimia atau produk. Bukan tidak percaya pada produk yang terdapat di pasaran, namun rawatan tradisional ni lebih murah dan mudah didapati.Kesannya mungkin berbeza pada masalah kulit kerana setiap dari kita memiliki jenis dan masalah kulit yang berbeza kan. Jadi ana rangkumkan disini dari pelbagai sumber di laman-laman web serta blog pelbagai petua menghilangkan jerawat secara alami.



Petua Tradisional Menghilangkan Jerawat 


1. Menggunakan daun sirih :

Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu.Selawat sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut.Selepas itu jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. 


daun sireh

2.Menggunakan daun jambu batu :


daun jambu batu
kredit foto: kabarimbo.com


Ambil beberapa helai daun jambu batu yang masih muda, bahagian pucuknya. Cuci hingga bersih dan ramas daun tersebut dengan air.Kemudian cuci muka anda dengan air perahan jambu batu tersebut.InsyaAllah, anda dapat lihat hasilnya setelah beberapa hari.

3.Dengan asam jawa dan kunyit hidup :


kredit foto:haziea83.blogspot.com

Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air.Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda.Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.


4. Bedak Sejuk 




Sediakan campuran bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa.Sapukan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.


5.Air Basuhan Beras :


kredit foto: suriafm.com


Basuh muka dengan air basuhan beras. Biarkan ia kering sendiri. Setelah kering cuci dengan air bersih.Amalkan selalu.

6.Basuh muka dengan air kelapa :


kredit foto:petuatradisional.com


Bersihkan muka sehingga bersih. Kemudian cuci dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih.Amalkan tiga kali seminggu.

7.Campuran limau nipis dengan minyak masak:


kredit foto:khasiatherba.com


Sediakan campuran air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda.Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara.Esok paginya ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas.Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air itu.Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda.Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut.Biarkan beberapa minit, kemudian barulah dibasuh dengan air biasa.InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.


8.Larutan tepung ubi/kanji :

kredit foto:emarketkhas.com


Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

9.Bungkusan Teh Hijau:

kredit foto:zhitea.com


Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Rendam dalam bekas air dan didihkan daun teh tersebut. Kemudian lekatkan ke jerawat.

10.Putih telur, tepung jagung dan minyak zaitun :


kredit foto: sarfaeiz.blogspot.com


Campurkan putih telur bersama satu sudu tepung jagung danminyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka.Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam.Amalan ini elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat.Amalkan dua kali seminggu.

11.Kayu Manis dan madu :


kredit foto:mindaahad.wordpress.com


Asah sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Tempelkan ke muka sebelum masuk tidur.Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya.Amalkan tiga kali seminggu.

Banyakkan petua-petua tradisional untuk menghilangkan jerawat di samping menjaga kecantikan wajah secara semulajadi. Walaubagaimanapun kebanyakkan dari petua-petua di atas belum pernah ana cuba sendiri. Sekadar menghimpunkannya disini buat rujukan di masa akan datang dan mungkin juga salah satunya berkesan dan sesuai dengan kulit wajah kita dan dapat mengatasi masalah jerawat. Tak cuba tak tahu kan??Waallahu a'lam..

 

15 ulasan:

  1. Macam2 petua yg mudah dan murah kan kak ana..SA hanya akan di yumbuhi jerawt bila nak dtg bulan je..SA amalkan penggunaan codmoderm tea tree oil satu set...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama dgn aida, SA.
      bila bendera jepun nak dtg, jerawat pun ikut skali :( hu hu hu

      Padam
    2. haah SA, Aida kak ana pun jerawat time bulan mengambang jer tapi parut yang sadih tu..tinggal kat wajah

      Padam
  2. Zaman sekolah PC guna bedak sejuk kak ana...hihi...alhamdulillah mengecut jerawatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul dulu mak kak ana buat sendiri bedak sejuk ni PC :)

      Padam
  3. salam singgah. awak dijemput join GA sy tau :D

    http://www.akuseorangtraveler.com/2016/07/travelog-faghuzi-giveaway-by-aku.html

    BalasPadam
  4. wahh banyak tips ni. lela nak dekat abc ni menjadi la jerawat nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh lah cuba leyla salah satu kut2 mujarab hihi

      Padam
  5. Masa remaja pernah cuba asah kulit kayu manis dan tepek di muka. Memang dapat mengecutkan jerawat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. elok ye kak mala, nanti nak suruh anak ana cuba :)

      Padam
  6. good tips..kena apply ni.dah tua pun ada jerawat lagi. stress betul

    BalasPadam
  7. wow byk tips !
    tq for sharing...

    BalasPadam