Subhanallah..inilah yang dikatakan jika kehendakNya, takdir yang tertulis akan ketemu juga dengan insan-insan yang selama ini cuma menjalin ukhwah di alam maya. Siapa sangka, siapa menduga akhirnya ana dapat menyentuh, memeluk erat dan mencium wajah comel yang telah bertahun ana kenali dan sayangi melalui dunia maya dari blog abahnya, kemudian difacebook, whatsapp dan instagram. Tak lain tak bukan seorang puteri solehah yang comel sangat, kebanggaan abah dan mamanya Cik Puteri......




Puteri comel ini ialah cahaya mata tunggal ( buat masa ini lah) kepada blogger utara yang tak kurang popular di dalam dunia penulisan blog, arzmoha dari www.arzmoha.com. Ramai yang mengenali dan mengikuti kisah abah dan cik puteri nya kan..kalau nak kenal lebih dekat lagi dan melihat wajah-wajah comel cik puteri boleh sahaja follow di Instagram www.instagram.com/arzmoha .Ana mula mengikuti perkembangan anak kecil ni di usia setahun lebih lagi ketika sering kali singgah ke blog abahnya. Macam-macam kisah puteri comel ni diceritakan dengan kasut croc pinknya, ke mana cik puteri bermain, makan angin, makan kek dan macam-macam lagi. Tak cukup di blog, kami berbual tentang keletah nya di whatsapp dan ana memang teringin sangat nak jumpa dengannya, menyentuhnya dan membelai rambutnya yang ikal tu.




Alhamdulillah ...dengan izinNya ,Selasa lepas 2hb Ogos 2016, selepas bertanyakan sesuatu pada aRz tentang blog di whatsapp..ana tanya dia masih di KL atau dah balik Penang? Rupa-rupanya, aRz sekeluarga masih di KL, dan aRz bagitau nak singgah ke rumah. Yeay!! Ana berikan alamat dan dalam jam 4 petang lebih kurang sampailah keluarga bahagia ini dihadapan rumah ana. Erm..pertama kali terpandang je wajah comel ni, bukan main malu-malu lagi dia. Lama-lama baru lah serasi dan boleh disentuh dan diajak bergambar.

Subhanallah..comel sangat, mata bulat, rambut ikal di tocang satu, senyuman manis...lawa laa Cik Puteri ni. Semoga Cik Puteri terus membesar sebagai puteri solehah kebanggaan abah dan mama. Pertama kali juga berjumpa blogger aRz Moha dan isterinya yang kecil molek ayu sangat. Maklumlah..ana ni bukannya blogger yang keluar ke majlis-majlis blogger jadi nak jumpa rakan-rakan blogger tu amat payah sekali walaupun sering beramah mesra di dunia maya. ARz blogger ke dua yang ana temui selepas PCL Nazlee dot com. Entri nya di SINI .




Terima kasih aRz, kerana sudi singgah ke teratak buruk kak ana. Seronok sangat dapat bersua aRz sekeluarga. Jauh perjalanan dan pastinya penat memandu, namun masih sempat singgah ziarah kakak awak ni. Hanya Allah swt sahaja yang sentiasa merahmati kalian sekeluarga, sentiasa di dalam lindungan dan kasih sayangNya. Aamiin...




Teruskan menulis berkongsi kebaikan dengan mereka di luar sana.Percayalah walau sebesar zarrah sekali pun kebaikan yang kita berikan pasti ada ganjaran disisiNya. Terima kasih atas jalinan ukhwah antara kita dan semoga ianya kekal terjalin didalam melayari perjalanan hidup diatas muka bumi Allah swt.Iringan doa dari kak ana semoga kalian sekeluarga menjadi insan-insan yang berbahagia di dunia hingga ke syurgaNya jua..Aamiin Ya Rabbul A'lami..

20 Comments

  1. Replies
    1. Alhamdulillah, bila agaknya nak jumpa NH kan :)

      Delete
  2. Terima kasih buat Kak Ana dan Suami menerima kunjungan aRz dan keluarga. Tak henti-henti memberikan nasihat buat aRz dan juga jamuan serta buah tangan yang diberikan.

    Semoga Kak Ana sekeluarga dikurniakan rezeki, umur dan ilmu yang berkat dan berada di dalam lindungan Yang Maha Esa.

    Dapat juga bertemu seorang kaka yang sering berkongsi ilmu blogging dari mula kenal.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih arz sudi singgah petang tu,semoga ukhwah antara kita akan mendapat keberkatanNya jua, amiin... haha kak ana suka bebel kan :)

      Delete
  3. wah seronokkan mengeratkan silaturrahim..

    ReplyDelete
  4. bestnyaaaa..hehhe..kalau datang bukan musim raya boleh tak? hehehe..

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti lah boleh ejoy, meh datang jumpa kak ana meh hihi :)

      Delete
  5. Wahh seronoknya dapat berjumpa. Nani yang dekat dengan Kak Ana ni pun tak lepas lepas lagi nak jumpa. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah nani, bila diizinNya pasti kita bertemu nanti kan..aamiin :)

      Delete
  6. dari alam maya ke alam realiti, seronoknya jalin ukhwah

    ReplyDelete
  7. alhamdhulillah..
    seronoknya Ana dpt menjalinkan ukhwah di alam reality.semuga keeluarga ana dan keluarga aRz MoHa sentiasa dlm rahmat Allah..

    ReplyDelete
  8. wah dari alam maya ke alam realiti :)

    ReplyDelete