sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 10 Mac 2016

Bertemu Blogger Hebat PCL - Nazleedotcom




Siapa sangka kan dengan izinNya petang Ahad lepas, ana diberiNya kesempatan bertemu salah seorang dari puluhan rakan blogger yang hanya ana kenali dan beramah mesra di alam maya. Maklumlah, ana bukanlah seorang 'event blogger' yang pergi ke acara-acara atau membuat liputan diluar. Sekadar menulis dari ruang kecil di satu sudut di rumah sahaja. 

Namun jika dengan izinNya segala apa pun boleh berlaku.PCL whatsapp menyatakan beliau akan ke sebuah butik sepupunya yang juga kebetulan jiran dan client ana di sini. Sesampai sahaja di rumah, kebetulan ana ke Kuala Lumpur petang itu, selesai solat Asar ana terus ke tempat yang dijanjikan dan bertemu muka sambil berbual mesra dengan PCL, isteri manisnya MamaD dan dua orang puteri kesayangannya. Alhamdulillah.


Ana yakin ramai sahabat blogger kenal atau paling tidak pun pernah bertandang ke blog www.nazlee.com atau lebih mesra dengan panggilan PCL ni. Senior dalam pengalaman berblog dari ana sendiri punyai ribuan follower dan telah pun mencecah 2 juta pageview di blog beliau.Hebat kan. Banyak info-info menarik, menu masakan isteri kesayangannya mamaD ( yang comel sebelah ana tu ) dan berkongsi kisah yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.




Ana mengenali secara rapat PCL ketika kami pernah sebumbung di dalam sebuah group blogger tahun lepas. Kami sama-sama berkongsi ilmu blog dan pelbagai pertukaran pengalaman masing-masing dan beberapa kali bekerjasama dalam beberapa kempen pengiklanan di blog. Satu pengalaman yang seronok bila saling bertukar-tukar pandangan dan idea. 

Namun kini kerana kekangan masa yang agak terbatas, ana kembali bergerak solo namun ukhwah yang terjalin tetap diteruskan bersama sahabat-sahabat serta adik-adik blogger yang ada. Tak kira sama ada  berada di dalam satu bumbung atau tidak, apa yang penting ialah kemesraan yang dapat kita rasakan sesama insan yang berkongsi minat dan kisah yang sama di dunia maya.Kita adalah sahabat blogger.

Semoga ikatan dan ukhwah yang ada ini kekal selamanya di dalam kita meniti perjalanan masa yang dizinkanNya kita berada. Perkongsian demi perkongsian yang tercoret, biarlah yang baik-baik malah memberi manfaat buat orang lain, In Shaa Allah.

28 ulasan:

  1. Kak Long dan Abang Long ku.... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ececeh adik ain tersayang... tq atas kasih sayang dari ain dan semua di EFG :)

      Padam
  2. kak ana.. bila kita nak jumpa pulak ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah mama comel, ada rezeki kita jumpa lah nanti kan :)

      Padam
  3. alhamdulillah..syukur..bertambah erat ukhuwahkan kak ana..terbaiklah..siapa tahukan satu masa kita bertemu dengan izin Allah..amin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah Pc, kita tak tahu apa perancanganNya kan, semoga dipermudahkan buat kit semua menjalin ukhwah ,amiin.

      Padam
  4. bila pulak kak ana nk jumpa kite?hiihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah sayang, ada reezeki kita jumpa kay :)

      Padam
  5. Balasan
    1. 19 ni nani jumpalah semua EFGiers kan..best tu :)

      Padam
  6. Balasan
    1. tak seheabt nota purba kan FR.. mana ada, banyak lagi kekurangan kak ana sebagai seorang blogger, belajar dan terus belajar kan :)

      Padam
  7. Seronok kan dapat jumpa macam tu.. kongsi idea.. tukar pendapat.. teruja sangat

    BalasPadam
  8. assalamualaikum ana...mmg PCL salah seorang blogger femes ni..lama x singgah ke blog beliau...
    mmg best kan kalau dpt jumpa blogger teman alam maya ni...semuanya jadi seronok dpt bertukar2 pendapat dan idea...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mama, betul tu mama, banyak yang kita nak bualkan, :)

      Padam
  9. salam kak ana..
    ya selalu baca blog pcl moga2 satu hari bisa bertemu..
    kak ana pun satu nama blog yg power..ada pngikut tsndiri :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. in shaa allah SY, kak ana pengikut setia blog SY tau, adverture gitu... tahniah :)

      Padam
  10. seronok nye kak dapat bertentang mata dengan sahabat2 blogger...selalu beborak di alam maya je kan... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah Malinda, lagipun kak ana memang tak keluar ke mana2 event sebab tu tak berpeluang bertemu rakan2 blogger ni kan :)

      Padam
  11. alhamdulillah ana pun dah jadi blogger hebat jugak tu
    tahniah ya dpt jumpa PCL

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak hebat mana pun kak noor, teringin sangat nak jumpa kak noor nak minta autograf kat buku resepi ,amiin, in shaa allah :)

      Padam
  12. PCL punya penangan dapat tengok K. Ana bergambar ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi sesekali munculkan diri ye Mrs A :)

      Padam
  13. Balasan
    1. nak jumpa SP boleh ??? panasssss haha :)

      Padam