Semalam Hari Raya Aidil Adha disambut oleh seluruh umat Islam sedunia. Ana sekeluarga pulang ke kampung halaman Teluk Intan untuk meraikannya bersama keluarga. Sangkut juga dalam kesesakan lalu lintas dan makan masa hampir tiga jam lebih termasuk berhenti solat Maghrib di Behrang, untuk sampai ke destinasi. Namun Alhamdulillah selamat sampai jua akhirnya ke pangkuan mak abah dan adik beradik semua.

Seperti lazimnya, Aidil Adha kami sambut dalam suasana yang amat sederhana namun tetap  mencari keredhaanNya. Amalan sunnah jangan sesekali di abaikan kerana disitulah nikmatnya berhari raya. Bangun pagi, mandi sunat Aidil Adha, berpakaian baru dan berhias cantik, ke masjid menunaikan solat sunat Aidil Adha dan makan-makan bersama keluarga. Walaupun tiada ziarah menziarahi atas keterbatasan waktu namun petang itu, ana telah menjemput beberapa sahabat dari group sekolah MGS untuk bertandang ke rumah. 

Alhamdulillah dua sahabat sejati seia sekata, kami berkawan dari darjah satu lagi sehingga ke hari ini, setiap kali kelapangan bersua kami bertiga pasti bersama dan kalau sessi mencari sahabat lama pun kamilah yang akan ada.Terima kasih atas persahabatan ini dan kasih sayang kita bertiga semoga sentiasa dalam rahmatNya dan kekal hingga ke syurga.




Sepatutnya ada tiga lagi kengkawan yang berjanji untuk datang, namun kita hanya merancang Tuhan jua yang mengizinkan. Riza demam teruk, ZZ pula anaknya tak sihat faktor cuaca yang tidak menentu ni mungkin salah satu punca kesihatan mudah terganggu dan Seha pula ada urusan keluarga. Kami isteri-isteri dan ibu-ibu ni payah sikit kalau nak keluar bila hari-hari macam perayaan ni, maklumlah banyak yang perlu di dahulukan. In Shaa Allah di lain ketika kita akan bersua juga nanti dengan izinNya.


Antara ana, Ida dan Nonie ni lama sungguh jalinan ukhwah kami terputus. Tetapi sejak bertemu semula ni, dah tak sanggup berpisah lama, kalau ana balik Teluk Intan je pasti teringat nak jumpa dua geng nakal sekolah rendah dahulu. Setakad ni, kami dah beraya Aidil Fitri bersama,kisahnya di SINI , sebelum ni kami bertiga ke Kampar mencari jejak kasih ZZ dan Azimah, dan kali ini menyambut Aidil Adha sekali lagi diizinNya bersua semula. Sayang korang sangat-sangat. 




Petang tu ana sempat mennghidangkan spagetti, koktail buah-buahan, rendang dan lemang serta nasi impit dan sandwish telur dari adik ipar ana, Julia Alisya. Nonie datang bersama suami dan dua hero hensemnya dan Ida bersama sepasang anak-anaknya. Ida sempat bawa rambutan dan buah mangga dari halaman rumahnya. Terima kasih buat kedua sahabat kesayangan ana ni, sudi datang dan beraya bersama ana. Alhamdulillah, semoga jalinan kita ini kekal selamanya. Sahabat yang sejati akan selalu ingat mengingati dan berkasih sayang dalam apa jua situasinya, In Shaa Allah... 

6 Comments

  1. Alhamdulillah. Seronok berya..
    Salam Aidiladha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah MF Salam Aidil Adha juga dari AJ :)

      Delete
  2. Salam Aidiladha K.Ana.
    Bila berjumpa gang sekolah memang seronok sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha Mrs A, kann..best moment sangat :)

      Delete