Daging Masak Kicap


Rezeki bulan Zulhijah ni sempena Hari Raya Aidil Adha yang lepas pastinya daging korban. Mak di kampung murah rezekinya bila mendapat tiga kilo agihan daging korban dari tiga kariah berlainan sekitar kampung ana di Teluk Intan. Mak memang tak makan banyak daging dan berikan kepada ana untuk di bawa pulang. Dua kilo mak bekalkan untuk ana bawa balik. 

Sebelum ni, ana masakkan asam pedas atas permintaan suami, kali ni, Kak Long pula nak makan daging masak kicap. Kalau masak versi ana ni mudah dan sempoi je semuanya. Maklumlah, ana ni masak ikut apa sahaja bahan yang ada di dapur. Jom ana kongsikan resepi paling senang masak daging masak kicap.




Bahan-bahan yang ana gunakan dalam resepi Daging Masak Kicap ni cukup senang. Nak masak daging kena lah ada daging kan, hiris nipis. Bahan tumisan macam biasa ana gunakan bawang besar, bawang putih, halia, cili api. Bahan sosnya ana gunakan sos cili dan kicap manis.


Cara masak daging masak kicap versi anajingga, gaulkan garam dan kunyit pada daging. Goreng seketika separuh masak macam tu. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili api. Masukkan semula daging yang digoreng tadi. Kemudian masukkan sos cili dan kicap manis. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat. Rasakan dengan garam dan serbuk lada sulah. Siap. Boleh sahaja tambahkan daun sup dan daun bawang untuk menambah perisa...Selamat Mencuba :)

12 Comments

  1. Assalamualaikum Kak Ana,

    Daging mmg favorite saya.. Masaklah resepi apa mesti laju saya makan.. Best dapat daging korban fresh camni Kak Ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam LZ, sedap kan daging fresh ni ada manisnya lagi.. :)

      Delete
  2. Replies
    1. yana, kalau resepi kak ana ni semuanya yang mudah-mudah jer haha :)

      Delete
  3. sedapnya daging masak kicap..feveret kite ni..hehe

    ReplyDelete
  4. jadi lapar pulak tengah2 malam ni tengok daging masak kicap.. :p

    ReplyDelete
  5. Alahai terus rasa lapar bila singgah blog akak sorang ni. Dah lama tak singgah blog Kak Ana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih CP singgah ziarah AJ.com , kak ana pun lama dah tak berblog walking ke sana, In Shaa Allah ada kesempatan kak ana sampai kay, heppi blogging my adik :)

      Delete