Image result for drama lara aishah
kredit foto : Astro 


Drama siri terbaru di Astro Prima dan Maya HD kali ini menggandingkan pelakon-pelakon hebat tanahair. Apatah lagi heroinnya Fasha Sandha yang memang pelakon berbakat di dalam membawa watak-watak yang diberikan kepadanya. Digandingkan dengan Nazim Othman, Jasmin Hamid, Dian P Ramlee, Dato Eizlan Yusof, Watie Sadali, Maria Farida dan ramai lagi semuanya otai dan master dalam lakonan masing-masing.Bermula episod pertama lagi, ana dah melekat depan tv setiap Isnin-Jumaat jam 6 petang di Astro Prima dan ulangannya jam 12 tengah malam di Maya HD.

Sinopsis drama Lara Aishah


Mengisahkan dua wanita iaitu Aishah yang berjuang menyelamatkan pasar tempatan daripada dirobohkan dan bekas banduan bernama Zurin yang ingin mencari anak kandungnya. Zurin dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya dan semua itu dirancang ibu mentuanya. 

Apabila dibebaskan dia dapat tahu anaknya diculik ketika kecil masih hidup dan nekad untuk membalas dendam. Sementara itu, Aishah dibesarkan Muiz dalam serba kekurangan. Dia bekerja di pasar dan terkenal dengan sikap keras hati. Apabila mengetahui pasar itu bakal diambil alih, Aishah bertekak dengan Datuk Alif, anak pemilik premis itu. 

Pergaduhan mereka juga menemukan Aishah dengan Iskandar, waris keluarga mentua Zurin. Iskandar menipu Aishah dengan menyatakan dia hanya mekanik yang miskin. Perkenalan itu membuahkan bibit cinta di antara mereka. Dalam masa sama, keluarga Iskandar mahu menyatukan jejaka itu dengan Felisha dan sanggup melakukan apa saja untuk memusnahkan Aishah. Kehadiran bekas kekasih Aishah merumitkan lagi keadaan. 

kredit sumber : www.kbergetar.com


Pelakon-pelakon drama Lara Aishah


Nazim Othman sebagai Iskandar
Fasha Sandha sebagai Aishah
Jasmin Hamid sebagai Zurin
Eizlan Yusof sebagai Datuk Nazri
Dian P.Ramlee sebagai Cik Puan Marina
Dayana Roza sebagai Wani
Shahrizal Jaszle sebagai Zack
Maria Farida sebagai Datin Dahlia
Ainul Aishah sebagai Aimi Farhana
Afzan A.Rahman sebagai Azlan
Adam Lee sebagai Daniel
Jasmine Suraya sebagai Sandra
Elya Miera sebagai Thalia
Sasqia Dahuri sebagai Felisha
Janet Khoo sebagai Sharon
Watie Sadali sebagai Dahlila
Zamarul Hisham sebagai Hisham
Mandy sebagai Carmen

Jom sama-sama kita tonton sehingga ke episod Lara Aishah ini akhir nanti :) 

10 Comments

  1. Ada fasha sandha >< layannnnn jugak !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa pasal fasha memang makin mantap lakonannya sekarang ni kan :)

      Delete
  2. Mrs. A tengok ulangan yang pukul 12.00 malam.
    Pukul 6.00 tak sempat tengok lepas balik kerja macam-macam kena settle dulu.
    Tapi time yang episod 3 tu TV yang tengok Mrs. A huhuuuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun kalau terlepas hat kul 6 ptg tu sambung ulangan dia juga mrs A, tapi tu laa lewat sangat kan :(

      Delete
  3. Nk tgk. Tp tu la, bila ptng ada je hal nya. Jadi, mmng x tgk la. Kcuali time suami duty. Hehe.. Dpt la layan tv ptng2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada urusan lain memang tak sempat pun sya mimie :)

      Delete
  4. Best wehh! Aku kalau dh layan dr awal ni mmg akan follow up je episod nya. Best plak fasha blakon ni. Mantap lakonan dia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ,sangkut mengadap pun kerana barisan pelakon yang semuanya best2 :)

      Delete