sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Isnin, 3 Oktober 2016

Roti Canai Banjir Special



Sarapan pagi di Restoran mamak ni agak jarang ana kunjungi. Selera pada masakan mamak bukanlah pilihan ana. Mungkin kurang kena dengan selera. Tapi baru-baru ini, ana terlihatlah satu posting di Instagram dan Facebook sahabat blogger Abah Zino. Bukan main beliau tayang satu menu yang tiba-tiba teruja sangat nak mencuba. Haa... cuba korang tengok gambar ni..terliur tak??





Haa!! Inilah yang ana namakan roti canai banjir special dari Restoran Alinas, Saujana Rawang. Sebenarmya puas juga lah nak terangkan kat mamak tu menu ni. Bila ana kata roti canai special sat gi dia bagi yang roti telur tu, last-last cara paling win, ana minta je roti banjir dengan telur setengah masak. Bila dia hantar kita buh je telur setengah masak tu atas roti banjir. Hihi..sebabnya yang Abah Zina tayang kan IG nya memang rupa macam ni jer. Bila ana posting dan tag beliau, betul lah tu menu yang di makannya.


Sedap tau, cuma ana ambil sebiji je telur setengah masak tu, jaga diet jugalah. Sebii lagi bagi cik abe' sebelah tu. Bayangkan berapa banyak telan kolestrol kalau roti canai banjir ni dengan telur setengah masak. Memang laa heaven di makan tapi angpa fikir sendiri laa :) Macam suami ana selalu bagi ungkapan penyedap hati, ' sekali-sekala tak apa yang, bukan selalu '. Bolehlah kan...

Bila ana posting di Facebook gambar roti canai banjir special ni, sepupu ana bagitau kalau kat area dia orang panggil roti canai cobra. Wahh!! Cobra ko...seram tu. Macam-macam gelaran kan menu di Malaysia ni. Jadi kalau korang teringin dan terliur tengok gambar ni, pii laa kat mana-mana restoran mamak. Pandai-pandailah nak order kay . jangan order lain dapat lain sudah :)

14 ulasan:

  1. hii macam-macam panggilan dah .. lama tak makan roti canai kedai mamak macam ni ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu laa wanie, jenuh laa nak explain kat mamak tu nak makanan yang camtu hihi :)

      Padam
  2. Wahhh.. Ini mmg favourite saya ni Ana.. Terliur tengok :p

    BalasPadam
  3. Maigaddd, nampak menyelerakan..

    BalasPadam
  4. perghhh sedapnya ... lama tak makan roti canai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa tunggu lagi Suki,jom memamak kita malam ni :)

      Padam
  5. roti canai banjir memang sedap ana..
    cuma healthy atau tidak..
    itu yg consider tu..
    makan pulak dengan teh tarik..
    manis lagi.. pergh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. GL guna prinsip my hubby..bukan makan selalu katanya haha.. anyway, bukan satu menu yang sihat kan.. :)

      Padam
  6. masa duk kelantan roti canai ni orang roti canai cotek.. mari kedah kena panggil roti telur kuah banjir hihihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. lain tempat lain panggilannya kan Ekin :)

      Padam