Kenapa Dengan Buah Mangga dan Beras

by - Wednesday, December 07, 2016





Kenapa dengan sekeping gambar setangkai buah mangga dengan beras ni?? Haha 😉😉 Sebenarnya ini lah cara ana peram buah mangga muda di belakang rumah tu untuk cepat masak dan boleh di makan. Orang tua-tua kata 'peram' buah namanya. Kalau korang ada buah yang dah mengkal dan nak jadikan di cepat masak, cubalah petua ini. 

Ambil buah-buahan tu, masukkan ke dalam tong beras dan tutup rapat. In Shaa Allah sehari dua ia akan masak ranum dan manis serta boleh di makan segera. Antara buah-buahan yang pernah ana peram ni antaranya buah pisang, betik, cempedak dan mangga. Ia tidak mengubah rasa, akan jadi manis juga seperti masak di pokok. Ini lah dia petua orang dulu-dulu untuk peram buah dalam tong beras. Selamat mencuba 😌😌

You May Also Like

4 comments

  1. memang pernah buat...mak yg ajar hihi...tapi keberkesananya sjauh mana tak pasti plak...

    ReplyDelete
  2. Oooo yea ke..? baru tahu.. Terima kasih kak.. Saya selalu peram gitu2 aje buah2 nie..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ana..mmg betul tu...mama masa kecik2 pun pelik tapi bila mak ckp kalau nak cpt masak kena peram buah dlm beras...bila dah tahu mmg dah biasa bila mak masukkan buah ciku ke,mangga ke atau yg lain2...:)

    ReplyDelete