Persiapan Sebelum Majlis Reunion MGS Teluk Intan

by - Thursday, December 22, 2016


Hampir setahun kami merancang di dalam group whatsapp MGS untuk mengadakan perjumpaan semula atau Reunion rakan sekolah rendah ana dari darjah satu ni. Langkah pertama beberapa bulan sebelum itu, kami memilih tarikh yang sesuai dan memandangkan dua tiga orang termasuk ana sendiri ada anak yang bakal menduduki SPM tahun ini, jadi kami akhirnya bersetuju untuk memilih tarikh 10hb Disember 2016 sebagai tarikh reunion di mana selepas berakhirnya peperiksaan SPM.Ia dipilih awal untuk memudahkan kami membuat persiapan kerana ada yang perlu mengambil cuti, dan ada yang perlu merancang perjalanan kerana terdapat beberapa sahabat yang bakal datang dari jauh.

Setelah dipersetujui semua, untuk tempatnya pula Nonie, salah seorang sahabat menawarkan sebuah homestay milik keluarganya sebagai venue kami nanti.Dah jimat kos bila Nonie dah sponsor tempat ni. Untuk kutipan sumbangan ana serahkan pada Nani yang berkerjaya di bank. Senang dan mudah baginya untuk membuat kutipan sumbangan dan membuat bajet perancangan. Dan akhirnya kami sendiri melantik Ana, Ida, Nani dan Nonie sebagai committee untuk majlis reunion memandang kan kami yang ada kelapangan dan In Shaa Allah dapat melakukan kerja-kerja sebelum majlis bermula kelak.





Selepas perbincangan demi perbincangan kami di group, Nonie meminta ana mencari barang untuk goodies. Di beri bajet RM100, ana ke Romantika, Selayang Mall untuk mencari beberapa barang yang sesuai untuk dijadikan buah tangan para sahabat yang hadir nanti. Mulanya ana bercadang memilih bekas plastik seperti tupperware tapi setelah difikirkan semula, kami ni semua gergirl, ana memilih tin-tin comel dengan design bunga Inggeris dan cupcake. Ia sesuai sebagai bekas simpan pin dan sebagainya. Harga pun masih dalam bajet. Ana memilih 15 tin berbentuk 'love' dan 15 tin segi empat tepat dan diisi ke dalam paperbag.



Selesai membeli semua barang yang diperlukan malamnya ana dan anak-anak menampal sticker yang ana print sendiri. Memandangkan ink warna dah habis, sempat  print black & white sahaja sticker comel sebagai tanda kenang-kenangan.




Malam sebelum balik ke Teluk Intan, ana sempat membaking dua biji cheese cake untuk di bawa sebagai potluck menu kami nanti. Esok pagi pada tarikh 9hb Disember 2016, ana balik Teluk Intan dan selepas solat Jumaat, suami menghantar ana ke SZ Beautycare, milik sahabat ana ,Ida di Bandar Baru Teluk Intan. Disini ana, Nani dan Ida bincangkan bajet dan barang-barang yang perlu kami beli untuk makanan, hadiah dan permainan.


Ida, Nani dan Ana (abaikan tudung bersegi tu ) :)


Dan destinasi pertama kami tuju ialah ke bumbung biru, untuk membayar dan menempah nasi ayam sebagai menu utama kami tengahari esoknya.Selesai, kami ke TF Taman Melur untuk membeli buah-buahan, air kotak, air mineral dan lain-lain keperluan.


Ana wit Nani di TF Taman Melur, Teluk Intan

Habis tu, Nani sebagai pilot kami yang awesome ni membawa kami ke Kedai Eco 2 di kawasan berhampiran. Sakan juga laa disini membeli belah pelbagai lagi keperluan untuk majlis esok.Dah selesai, Ida ajak kami pi minum di gerai cendol sebelah Masjid At-Taqwa, Padang Tembak, Teluk Intan. Memang sedap pun laksa dan cendolnya. Kisahnya ana kongsikan di SINI .

Kemudian kami balik semula ke SZ Beautycare di Bandar Baru Teluk Intan dan solat Asar di sana. Kami menyambung pula kerja-kerja pembungkusan hadiah untuk acara permainan dan lucky draw. 


Antara jajan yang menggamit nostalgia kami di alam persekolahan



Selesai dah tugas kami bertiga sebagai committee untuk majlis yang akan berlangsung esoknya 10hb Disember 2016. Nonie tak dapat hadir petang tu bersama kami atas urusan keluarga.Maklum lah dah mak-mak ni banyak yang perlu di utamakan. Bukan macam zaman sekolah dulu, sebut je esok nak jumpa di sekolah, sampailah kami kan... Nantikan entri seterusnya kemeriahan majlis reunion yang menemukan ada antaranya selepas 30 puluh tahun terpisah... 

You May Also Like

2 comments

  1. MOga majlis berjalan dgn lancar.
    Blogwalking kejap kat sini. Jemput join segmen saya. Ada hadiah misteri utk dimenangi.
    http://huseinrider.blogspot.my/2016/12/segmen-pray-4-aleppo-by-husein-rider.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang, terima kasih HR :)

      Delete