Percutian keluarga di Golden Palm Tree Resort, Sepang
Macam biasa lah kak ana perap gambar dalam phone sebelum di terbitkan sebagai sebuah entri. Kak ana sekeluarga telah pun bercuti di Golden Palm Tree Resort atau dahulu di kenali sebagai Avani Sepang ni bulan Mei 2026 yang lepas. Sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 31, Alhamdulillah dengan izinNya jua.
Dah lama kak ana mengidam nak staycation di sini , baru laa nih di rezekikanNya dan kak ana bawa famili kecil kami sekali. Kami ambil unit Family Thatch Villa, unit villa dua bilik tidur yang luas dan sangat selesa. Cuma resort ni di hiasi perabot kayu dan style lama sikit lah. Resort ni pun dah lama kan kewujudannya.
Kak ana buat tempahan di laman web resort directly di www.goldenpalmtree.com . Harga korang boleh tengok di website depa lah, berbeza-beza mengikut unit dan tarikh, macam biasa. Perlu buat bayaran penuh dan non refundable.
![]() |
| credit photo : www.goldenpalmtree.com |
Golden Palm Tree Resort, Sepang
Waktu check-in standard pukul 3 petang tapi kami sampai awal sikit dan terus dapat unit thatch villa. Tetapi kami di maklumkan oleh receptionist, pakej kami ambil ni ada di sertakan sekali complimentary hi-tea sehingga pukul 6 petang.
Memandangkan kami dah sampai dan malas dah nak keluar villa semula nanti, kami terus ke cafe The Pantry yang terletak di lobby resort berhadapan kaunter reception. Kami bagi room nombor dan lepak di luar cafe dengan pemandangan resort yang sangat cantik menanti set hi-tea yang di janjikan.
Tak lama kemudian kami di hidangkan dengan 2 set hi-tea serta minuman untuk 4 orang. Tapi kami petang tu bertiga sahaja dengan Adik Ika. Kak long, diddy dan dakcik belum sampai lagi. Memang sedap dan menarik sangat menu hi-tea yang di hidangkan.
Paling kak ana suka scones ni lah.. rindu sungguh nak makan scones Cameron Highland dan scones kat sini pun sangat sedap dan fresh. Jenuh juga lah kami nak menghabiskan menu hi-tea ni. Sebab memang banyak .
Pelan-pelan kami habiskan sambil menikmati angin laut sepoi-sepoi bahasa dan deretan buggy sedang ulang-alik untuk membawa masuk dan keluar penyewa resort. Kat sini nak keluar masuk dari unit bilik memang perlu call buggy kerana ia luas dan agak jauh juga. Golden Palm Tree Resort ni berbentuk sebatang pokok palma di tengah laut.
Selesai hi-tea kami terus ke lobby dan mengambil buggy untuk di hantar ke bilik. Bilik family thatch villa berada di pelepah kedua paling hujung di dalam reka bentuk resort.
Kali pertama ni kami nak bermalam di tengah laut. Seram tu ada lah juga, tapi agak lega sebab kak ana tengok ada banyak unit villa berpenghuni, tak lah sunyi sepi kan hehe :)
Unit family thatch villa ni ada dua bilik tidur yang berbalkoni . Boleh access dari bilik tidur. Di tengahnya ada ruang tamu dengan sofa kayu dan televisyen. Berhawa dingin sepenuhnya dan ada juga kipas siling. Berlantai kayu dan berbumbung jerami ala-ala Maldives , gitu.
Kedua-dua bilik tidur mempunyai bilik air sendiri dan di master bed ada sebuah bath tab. Master bedroom di lengkapi sebuah katil king dan bilik kedua dengan dua katil super single.
Ini adalah pemandangan dari bilik kami dan air di perairan resort ni tidaklah dalam sangat. Waktu air surut boleh nampak beting pasir di bawah tiang tu dan waktu berbual dengan pemandu buggy tadi katanya kat sini jarang sekali hujan.
Kami rehat-rehat dulu , solat dan dalam jam 6 petang baru kak long sampai. Kami sengaja jalan kaki sekitar resort untuk menikmati udara laut di petang hari sampailah ke lobby menunggu kak long sampai. Excited dak cik naik buggy menuju ke bilik .
Foto di bawah adalah lorong ke unit family thatch villa di sebelah kanan tu. Kat sinilah laluan buggy untuk mengambil dan menghantar kita bila kita memerlukan call sahaja. Kejap je depa sampai. Selepas rehat dan maghrib kami ke pantai di sebelah resort kerana malam tu ada pertunjukan permainan api untuk penyewa resort.
Menarik sangat pertunjukan api oleh 3 orang ahlinya. Dakcik HNH seronok sangat duk jerit ' fire ! fire ! ' tak takut dia dalam kegelapan malam di tepi pantai Bagan Lalang tu hanya berteman cahaya api yang di persembahan dalam pelbagai formasi di iringi music.
Diddy pun turut mencuba selepas habis persembahan di berikan peluang siapa nak cuba formasi yang mudah-mudah sahaja lah. Habis bau minyak tanah tangan dia , adoi!. Kemudian kami keluar makan malam di sekitar pantai Bagan Lalang. Dekat je memandu dalam 5 minit , sampai dah dari resort.
Balik makan, kami parkir kereta di ruang yang di sediakan secara percuma dan ada van resort yang akan bawa kami ke lobby, naik pula buggy untuk ke bilik. Tapi kami ronda-ronda dulu sekitar resort malam tu, ambil angin malam pula sebelum masuk villa, mandi, solat, borak-borak dan tidur.
Kami tidur lena sahaja, Alhamdulillah tiada apa-apa yang menakutkan . Sampailah waktu sebelum subuh dah terjaga bangun untuk siap-siap solat subuh.
Kami ambil pakej villa sekali sarapan pagi untuk 4 dewasa dan suami tambah seorang extra bayaran kerana kami berlima dan dakcik tak kena, free je dia sebab bawah 6 tahun, kan..
Pagi tu kami jalan kaki sahaja ke restoran Sepoi-Sepoi untuk sarapan pagi. Restoran ni terletak di hadapan pool side yang merupakan di bahagian tengah atau buah reka bentuk pokok palma resort ini. Memang banyak menu yang di sajikan dan beraneka pilihan tempatan dan barat serta oriental.
Selepas sarapan, kami briskwall keliling resort sekali lagi sambil bergambar dan borak-borak. Memang banyak spot cantik dan props di sediakan untuk bergambar sekitar resort.
Dak cik dah tak sabar nak mandi pool. Diddy nya bawa lah dia main di pool side kanak-kanak. Pemandangan dari infinity pool ni sangat lah cantik view ke laut waktu pagi. Berangin sepoi-sepoi bahasa gitu.

Kak ana share kan beberapa foto yang sempat kak ana ambil sepanjang 2 hari satu malam di Golden Palm Tree Resort, Sepang ini. Cantik, coxy dan satu percutian yang indah untuk kami sekeluarga untuk pertengahan tahun ini. Alhamdulillah atas segala nikmat dariNya.
Ada pelbagai pakej percutian untuk korang pilih. Korang boleh lah tengok sendiri dan ikut bajet masing-masing di laman web depa. Lebih legit dan trusted dari agen luar kerana pakej-pakej depa bukanlah murah. Takut juga kalau-kalau kena scammed kan. Hati-hati dengan tawaran pakej yang terlalu murah di internet.
Dalam pukul 11:45 pagi kami call buggy untuk check out. Kena lah naik buggy sebab bawa beg masing-masing kan. Alhamdulillah percutian indah kami kali ini sekeluarga di Golden Palm Tree Resort, Sepang atau dahulu di kenali sebagai Avani Sepang.
In Syaa Allah, ada rezeki kami bercuti lagi di penghujung tahun pula. Kalau ikut kan memang tak ke mana pun sepanjang dua hari satu malam kerana kami memang plan menghabiskannya di sekitar resort yang cantik ni sahaja.
Walau masih dalam Selangor namun kak ana sangat recormended untuk korang yang nak spend time bercuti di sini bersama keluarga atau kawan-kawan. Sangat cantik dan berbaloi. Masyaa Allah..

















7 Comments
Kiteorg pernah stay sini lepas Covid, masa tu byk hotel menawarkan harga bilik yang rendah sebab nak menggalakkan orang keluar bercuti lepas Covid. Tak ingat dapat bilik yang mana tapi memang best la petang2 lepak2 kat balkoni sambil menikmati angin laut 😃
ReplyDeletelama dah teringin nak stay sini tapi belum kesampaian lagi.
ReplyDeleteWish list Sy juga ni Kak Ana. Seronok layan angin laut kan
ReplyDeleteSejak dari nama Avani lagi nak stay kat sini tapi tak sampai-sampai lagi. Cantik sangat permandangan kat sini. Tak rugilah kak Ana dan keluarga datang bercuti di sini kan. Happy anniversary kak Ana dan suami. Semoga terus bahagia sampai syurga. Aamiin...
ReplyDeleteresort selesa bercuti santai bermain-main dlm laut sonok tu
ReplyDeleteHappy 31st Anniversary Kak Ana! Sweetnya staycation kat Golden Palm Tree Resort Sepang ni. Style kayu klasik tetap selesa kan?
ReplyDeleteWaaaah dilihat dr atas, bentuknya miriiip dengan palm resort di Dubai ☺️.
ReplyDeleteKalau dah stay di resort begini, memang sebaiknya tak kemana2, nikmati saja fasilitas yg resort sediakan. Menarik sangat tempatnya kak.. 😄. Kapan2 boleh saya coba juga