MRT Sungai Buloh Ke Semantan

by - Thursday, January 12, 2017


MRT, satu lagi kemudahan pengangkutan awam yang di sediakan oleh pihak kerajaan untuk penambahbaikan dalam sistem pengangkutan dan infrastruktur di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Dengan ini di harap dapat mengatasi masalah kesesakan trafik di kawasan yang diliputinya. Selepas di lancarkan sekitar pertengahan Disember 2016 yang lepas, MRT memberi peluang kepada warga kota mencuba ataupun membiasakan diri dengan sistem pengangkutan terbaharu ini secara percuma. 

Ana yang tinggal tidak berapa jauh dari station MRT Sungai Buloh, tak melepaskan peluang mencubanya sendiri bersama suami dan Adik Ika. Free kan, siapa tak nak...😉😉 Jom ana kongsikan pengalaman ana menyusuri MRT dari Sungai Buloh ke Semantan...laluan fasa pertamanya, dari apa yang ana difahamkan.





MRT Sungai Buloh Ke Semantan 


Ketika tempuh percuma menaiki MRT ni, kami di minta cuma scan kad pengenalan ketika check-in di platform Stesen Sungai Buloh. Stesen Sungai Buloh ni memang nampak canggih dan cantik persekitarannya. Sekali pandang macam dalam filem Train To Busan je ketika dikejar zombie askar ramai-ramai tu hihi 😝😝




Selang beberapa minit tren MRT pun sampai, kami masuk ke dalamnya dan mulalah perjalanan kami dari Sungai Buloh ke stesen demi stesen sehinggalah ke stesen terakhir buat masa ini iaitu di Semantan.Banyak lokasi menarik yang kami tempohi seperti laluan ke IKEA Mutiara Damansara, One Utama dan banyak lagi laa. Malas pula nak turun di mana-mana stesen.




Ruang dalam MRT ni jenis duduk mengadap berhadapan. Sama lah seperti tren lain kan. Mudah-mudahan setiap kemudahan yang disediakan ini boleh digunakan dengan selesa selamanya. Sama seperti kemudahan pengangkutan awam lain, ciri-ciri keselamatan amat di titik beratkan, In Shaa Allah.



Terdapat kemudahan bas transit disediakan di stesenSungai Buloh ni. Namun perlu dinyatakan disini, kemudahan letak kenderaan atau ruang pakir di stesen Sungai Buloh ni 100% adalah dengan Touch n Go, kadar yang dikenakan pada hari tersebut ialah RM4.60 kalau tak silap ana, tak perasan sangat sebab kami guna kan Touch n Go . Jadi pastikan top up , Touch n Go korang penuh-penuh kay.




Okay laa, kalau korang nak lebih informasi rasmi tentang perkhidmatan MRT ni, sila la layari laman web ini --->  http://www.mymrt.com.my/

You May Also Like

8 comments

  1. Bestnya... tak pernah naik lagi ni kak. Sesekali nak try juga lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK kena naik yang bertambang lah nampaknya sebab hat free dah habis tempoh hihi :)

      Delete
  2. Wahh bestnya kak Ana. Nani tak merasa lagi nak naik, nanti lah. Hehhe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. nani kena naik bayar tambag yer,kak ana naik hat free lagi ni :)

      Delete
  3. lama gilerr tak naik seangkatan train ni. last masa belajar. hehe

    ReplyDelete
  4. Encik hubby saya hari tu cover event perasmiabmn MRT ni. Lepas tu dia ajak saya naik... tak kuasa la saya bersesak2... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa kak ana naik ni tak ramai sangat pula Nora :)

      Delete