ROSYAM NOOR - Impian Jutawan Budak Setinggan

by - Saturday, January 07, 2017



Tahniah buat Dato Rosyam Noor kerana telah hasilkan senaskah tulisan buku yang sangat-sangat terkesan di hati ana membacanya. Hadiah dari sahabat blogger Shakido dari team Denai Hati Network ni ana perolehi beberapa bulan yang lepas. Ambil masa juga nak menghabiskan pembacaannya tapi serious ana katakan ianya sebuah coretan dari hati Rosyam Noor sendiri.Bait-bait ayat yang ana baca terus membayangkan seolah kata-kata datangnya dari beliau.




IMPIAN JUTAWAN BUDAK SETINGGAN


Melalui naskah ini, ana kenali siapa Mohamed Noor Shamsuddin disebalik jenama Rosyam Noor, ana seolah-olah dibawa ke zaman masyarakat setinggan yang sebelum ini hanya ana lihat dari sebuah filem lama era 1980-an lakonan Allahyarhamah Yusni Jaafar, ana selami impian dan detik-detik kehidupan seorang anak lelaki yang berusaha untuk merubah nasib dan jalan hidupnya sendiri.

Bab demi bab akan ada kisahnya, akan ada nostalgianya dan ada ketikanya terhenti di satu helaian kerana ada deraian airmata yang tertumpah. Carilah naskah indah ini, bacalah sendiri kerana ia tidak dapat diungkap dari sebuah coretan sepi.




Andainya anda peminat setia lakonan Dato' Rosyam Nor memang wajib membaca buku tulisan beliau untuk mengenali up close and personal siapa dia Rosyam Nor. Terbitan Suhan Publication cuma berharga RM24.90 di Semenanjung Malaysia dan RM26.90 di Sabah & Sarawak. Boleh di dapati di mana-mana toko buku sekitar anda 💗💗

You May Also Like

12 comments

  1. Last year masa buku ni di launch, sy cari buku ni kat pesta buku antarabangsa sebab buku ni di launch di situ tapi hanya sy tak jumpa,kebetulan pulak masa tu Nak rush balik sebab tak tahan dengan kesesakan lautan manusia. Hopefully buku ni ada dijual di mph nanti,senang skit Nak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dah ada di pasaran DP mungkin boleh dapatnya dengan mudah kini atau hubungi sahaja Suhan Publication untuk keterangan lanjut.

      Delete
  2. Dah ada di pasaran ya...alhamdulillah..kejayaan yang Dato Rosyam kecapi hari ini bermula dari keperitan yang dalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat PC, rasanya kehidupan silamnya jauh lebih payah dari apa yng pernah kita alami sendiri namun beliau bangun dari kemiskinan atas usaha gigihnya, Alhamdulillah

      Delete
  3. Saya masih ingat ada baca kisahnya dalam sebuah majalah. Makan nasi dalam rim kereta yg dijadikan pinggan....harap boleh dapat bukunya disini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelbagai kesukaran yang tak tergambar difikiran kehidupan setinggan masa tu Kak Mala, mungkin ada naskahnya di kedai kedai buku berhampiran kak Mala, bolehlah jadikan bahan koleksi bacaan

      Delete
  4. salam kak...sy baru je minggu lepas khatam buku ni..mmg sgt mberi inspirasi..buku ni sesuai utk di baca oleh smua org...bukan sbb nama rosyam noor semata2 tp sbbkan kecekalan & ketabahan budak setinggan nama legau mengharungi kesempitan hidup hingga menjadi seorg yg terkenal...sgt bagus buku ni...tak rugi pun beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan Saif, kak ana pun membaca helaian demi helaian tanpa henti sehabis nya. Ada ketikanya menitis juga airmata simpati, naskah tulisan beliau seolah-olah beliau bercerita sendiri dengan kita kisah hidupnya.

      Delete
  5. Menarik... nanti nak masuk list...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapatkan ye Nora, memang berbaloi membacanya

      Delete
  6. wah. rosyam ada buku!
    aida minat dia ni AJ.
    lakonan dia memang aida suka sgt.
    hensem lg pon :) ha ha ha... macho!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada Aida, sebagai peminat setia Dato Rosyam, Aida kena memiliki buku ni dan mengenali beliau secaradekat lagi.

      Delete