Kek Carrot, Walnut Dengan Topping Cream Cheese Mudah

by - Monday, February 06, 2017


Kalau korang baca entri ana yang lepas, ana ada cerita BFF ana nak datang rumah mengidam nak makan Kek Karot dengan Cream Cheese yang ana post kat group kawan sekolah kami sebelumnya. Demi cinta..eh! Demi kasih sayang seorang sahabat, ana baking laa sekali lagi sebiji Kek Karot dengan Walnut dan Kismis bertopping kan cream cheese khas buatnya. Cewahhh !! Alhamdulillah merasa dah makan air tangan kawannya ini, mudah-mudahan kena dengan seleranya. 

Dah nama lagi blogger kan, sambil baking pun terfikir nak up satu entri. Mungkin boleh sahaja jadi rujukan ana sendiri di masa hadapan dan mungkin juga bermanfaat buat insan lain di luar sana, In Shaa Allah. Jom ana kongsikan disini, resepi dan cara buat sebiji kek karot bersama walnut dan topping cream cheese yang mudah dan sedap ni. Sedap laa pada ana 😉😉




Resepi Kek Karot, Walnut dengan Cream Cheese


Kredit resepi asal dari Azie Kitchen, ana olah semula mengikut bahan yang ada.

Bahan-bahan:

1 1/4 cawan minyak jagung ( ana gantikan dengan minyak masak sahaja )
4 biji telur
120 g gula kastor
120 g gula perang
100 g walnut ( walnut ana cincang kasar sedikit )
250 tepung gandum ( ana gunakan tepung kek tak perlu kan baking soda dah )
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 1/2 cawan karot diparut
1 cawan kismis ( kismis ana potong dua)

Untuk topping cream cheese :

120 g gula
250 g cream cheese ( ana gunakan Tatura )
120 unsalted butter ( ana gunakan Buttercup )
(campurkan dan whisk kan kesemua bahan sebati untuk disadurkan di atas kek yang telah siap di masak nanti )

Cara-caranya :


1. Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak, kacau rata. 

2 .Masukkan tepung kek, serbuk kayu manis dan garam.

3.  Masukkan karot, walnut dan kismis.

4. Alas acuan dengan baking paper.Tuangkan dalam acuan. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C

5.  Sadurkan topping cream cheese apabila telah sejuk.Siap 💘💘



Jom ana kongsikan beberapa gambar ketika proses ana membaking kek karot dengan walnut dan topping cream cheese.




Inilah adunan kek karot yang telah siap di mix sebati dan masukkannya ke dalam acuan kek yang di alas baking paper.



Kek Karot ana yang sedang naik gebu geban di dalam oven , yeay !! 




Siap sadurkan dengan cream cheese, maaf laa yer, ana hanya boleh baking kek sahaja, bukan bab deko kek belum belajar lagi. Jadi inilah rupa paras kek yang dapat ana siapkan..sapukan sahaja cream cheese di atasnya pastu cakar-cakar kan dengan garfu.Jadilah dari tak ada langsung ye tak 😀😀😀



Janji enak di makan ye tak?? Alhamdulillah menjadi juga dengan olahan resepi dari resepi asal yang ana kreditkan di atas. Selamat mencuba kay puan-puan, adik kakak semua 😉😉

You May Also Like

14 comments

  1. sedapnyaa..nk buat kek, anak asyik meragam je klau jauh dri die..hahaa..kene tunggu die besar la

    ReplyDelete
  2. Kakcik kalau bab kek ni, tak adik perempuan kakcik yang buat, anak bujang kakcik la yang membuatnya...kakcik tahu makan je... :)

    ReplyDelete
  3. Sedpnya ana.. akk ni pandai mkn jer..buat beilum tentu jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi KY belum cuba belum tahu tu kak :)

      Delete
  4. Setakat ni belum pernah makan kek carot yang benar2 sedap...sayang tak berapa pandai bab kek2 ni..tidak boleh cuba resepi Ana, nampak sedap sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi boleh je cuba buat kak Mala :)

      Delete
  5. Sedapnyaaa kak Ana. Nani tak pernah buat sendiri lagi selalu beli aje dekat SR. Hehehs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la Nani resepi ni, sedap pada kak ana :)

      Delete
  6. boleh cuba nanti...sruh mummy buat! tq shring

    ReplyDelete
  7. Alahaii Ana, sy sambil baca telan liur dh ni tau. Sy pandai juga baking sikit2 tapi tu la malas hahaha..tapi makan sy rajin tau 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa Sabrinah cuba lah ye, senang je tu hihi :)

      Delete