Bubur Chacha Menu Petang Hari

by - Sunday, March 19, 2017


Bubur, sejenis pemcuci mulut yang tak kurang sedapnya kan. Macam-macam bubur terdapat di tanahair kita ni mengikut pilihan hati masing-masing. Ana suka sekali bubur pulut hitam, bubur jagung dan juga bubur kacang hijau. Bila sebut pasal bubur ini teringat menu istimewa ketika bulan Ramadan kan..Kami anak kampung dulu-dulu jarang dapat menu-menu istimewa macam sekarang ni yang pelbagai di jual di bazar-bazar. Antara menu kami yang di  ulang kali antaranya bubur bubur ni la, macam macam bubur mak akan sajikan sebagai menu berbuka puasa.Antaranya bubur chacha ni lah...




Cara Masak Bubur Chacha


Bahan untuk bubur chacha mudah je sebab boleh dibeli sahaja di kedai runcit dalam RM2 sepeket. Ana rendam seketika dalam air, kemudian ana bilas bersih dahulu. Lepas tu barulah di rebus dengan air sedikit sehingga ia kembang. Masukkan gula mengikut citarasa masing-masing. Akhir sekali barulah masukkan santan pekat dan daun pandan untuk aroma tradisional.Ana juga masukkan secubit garam untuk menaikkan lemak pada santan tadi. Dan siaplah menu ringkas minuman petang, bubur chacha.

You May Also Like

2 comments

  1. Sedapnyaaa kak Ana. Nani selalu makan bubur ni dekat Jonker yang dalam Mid Valley tu. Hahaha! Lepas ni boleh lah try buat sendiri pulak :)

    ReplyDelete
  2. kak masih ingat dulu2 arwah mak pernah buat sendiri tepung caca ni. Masa tu masih bebudah lagi. jenuh la pakat duk gentel tepung caca tu satu-satu.

    ReplyDelete