LAZADA SURPRISE BOX UNTUK AJ DAN ANDA !!

by - Saturday, March 18, 2017


Mesti korang perasan kan, sehari dua ni bertebaran di alam maya..sana sini blogger duk tayang Surprise Box masing-masing. Mesti korang tertanya-tanya kan, dan mesti korang pun nak sangat produk-produk hebat dari LAZADA . Siapa tak kenal, sebut sahaja online shopping , first sekali pasti terbayang perkataan LAZADA... LAZADA ni memang best!! Awesome sangat!! Macam-macam produk ada.. sebut je korang nak beli apa, semua ada kat sana..servis depa pun terbaik dari pengalaman ana sendiri ketika shopping dengan LAZADA ni...

Eh..lupa terus..sebenarnya hari ini ana nak cerita kat korang ana dapat satu Surprise Box yang tak tahu nak cakap laa, paling best yang pernah ana terima sebelum ni...Taaa daaa!!! #Surpri5eBox dari mana lagi,pastilah LAZADA... 



Ermm..sampai tuan punya hadiah pun menyelit sikit je celah kotak-kotak Surprise Box kiriman LAZADA, besar dan menarik isi kandungannya. Korang nak tahu ke apa isi di dalam kotak-kotak ni? Tak pe, tak nak tahu pun ana nak bagitau jugak...

Oklah..serius kay..sebenarnya LAZADA menghadiahkan pelbagai produk hebat yang terdapat di portal online mereka kepada ana ni bersempena dengan sambutan Hari Jadi LAZADA yang ke lima.Tahniah LAZADA!! Sebagai portal jualan online yang tersohor mereka dah pun bertapak selama 5 tahun dengan penuh kegemilangan.. Dan sebagai menghargai para pelanggan,pada 22-24hb Mac ni akan di adakan JUALAN BESAR_BESARAN di LAZADA dengan pelbagai tawaran yang tak terjangkau di akal, harga yang giler-giler punyalah..Kalau korang kaki shopping di LAZADA tentu tahu sendiri kan LAZADA SALES ni macam mana punya best.




Jadi, tak yah jeles sangat naa..korang pun boleh dapat macam-macam lebih dari yang ana dapat tu kalau korang shopping di LAZADA BIRTHDAY SALES pada 22-24 Mac 2017 nanti tau. Pii cepat tanda kat notepad atau kalender masing-masing..




Sekarang ni ana sambung balik nak kongsi dengan korang apa yang ana dapat dari Surprise Box, hadiah istimewa dari LAZADA. Ada banyak sebenarnya, nanti korang puas pula nak baca, jadi ana buat dalam dua entri berbeza, separuh ana reveal hari ni, separuh lagi entri akan datang naa, sehari dua lagi je..sabar kay..





Comel kan patung tu..mesti korang tahu dah patung comel tu dari brand mana ? Betul... Ia dari Hush Puppies. Hush Puppies menghadiahkan ana sebotol Home Fragrance, wangian untuk bilik yang mempersona.. pasti lebih segar berada di dalam bilik tidur atau boleh juga di letakkan di ruang tamu untuk wangian sepanjang hari. Tapi di LAZADA bukan sahaja ada Hush Puppies Home Fragrance ni, korang singgah laa di  SINI , pasti teruja dengan pelbagai tawaran hebat dan fesyen-fesyen terkini dari jenama Hush Puppies yang berkualiti tinggi dan unggul.




Ni bukan botol air biasa tau, ianya bekas air yang bebas bahan kimia BPA dan lulus FDA antarabangsa dan memang trend terkini di pasaran. Ia tahan panas dan sejuk, mudah di bawa ke mana-mana dan bersaiz kecil. Produk dari luar negara yang sememangnya di minati ramai khasnya student laa kan... Korang boleh ushaa-ushaa kat SINI .Mana tahu ada yang berkenan terus beli time LAZADA BIRTHDAY SALES nanti kay..




Dalam duk shopping pelbagai produk untuk keperluan rumah ni, jangan lupa jaga kesihatan diri. Korang tahu kan, di LAZADA pun korang boleh dapatkan pelbagai produk makanan. Terima kasih sangat sebab hadiahkan ana dua makanan yang sangat sesuai untuk usia yang kian meningkat ni. Nestle Omega Plus dan Nestle Nestum Banana Caramel yang baik untuk sarapan pagi. Lepas ni kalau nak cari produk makanan dari Nestle klik sahaja di LAZADA NESTLE , ada diskaun harga yang menarik untuk pelanggan setianya.




Next..ana dihadiahkan Himalaya Herbals Nourishing Skin Cream, krim pelembab dari bahan herba terpilih. Jenama Himalaya ni memang terkenal dengan penghasilan produk penjagaan diri berasaskan bahan-bahan herba sumber alam. Selalu kita dengar kehebatannya dan tak tahu mana nak beli, usah risau...klik sahaja di SINI dan terdapat lebih 400 produk Himalaya yang korang boleh beli dengan tawaran harga yang menarik.




Macam tahu-tahu sahaja blog picisan www.anajingga.com ni banyak update entri masakan harian ana. LAZADA Surprise Box hadiahkan ana sebuah Pengisar Peribadi atau Personal Blender jenama yang tak asing lagi iaitu PENSONIC. Ermm.. nak beli produk elektrik ni bukan boleh main beli sahaja kan, pastikan jenama yang dipercayai dan tahan lama serta berkualiti tinggi. Barulah alah membeli menang memakai. Jenama PENSONIC ada di jual di LAZADA, meh skodeng-skodeng di SINI .

Okay cukup ana kongsikan dengan korang 5 dari sembilan produk-produk hebat yang ana terima dari #LazadaSurpri5eBox yang awesome sangat ni, separuh lagi nantikan di entri ana seterusnya. Inilah namanya rezeki yang didatangkan dalam pelbagai bentuk. Alhamdulillah..

Tapiii...korang jangan lupa tau, booked tarikh penting ni 

22-24hb Mac 2017 

dan shopping sakan naa..rugi sungguh kalau lepas kan peluang sebegini..


KLIK BANNER UNTUK SHOPPING !! 

You May Also Like

22 comments

  1. Macamne dapat lazada surprise box ni ye? Bestnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. AJ terima offer melalui email, daftar sebagai affilliate Lazada, in shaa Allah akan selalu dapat updates dari mereka.

      Delete
  2. nak jugak..cmne korang semua dapat ek..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, sebelum ni ada tawaran dari lazada di group2 blogger, kena isi google form bagi yang berminat, untuk ahli affilliate lazada macam AJ akan dihubungi melalui email terus, daftar sebagai affilliate lazada, mudah dapat updates sebarang kempen dari mereka kay LZ :)

      Delete
  3. haha...untungnya dapat hadiah...alhamdulilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki MA, didatang kan dalam pelbagai bentuk kan..:)Alhamdulillah

      Delete
  4. Alhamdulillah..murah rezeki kak Ana.. :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah rezeki tu .... bestnye

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum ana...bestnya dpt byk barang elektrik kn...
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, mama pun dapat gak kan LAZADA SURPRISE BOX ni, memang awesome kan :)

      Delete
  7. Replies
    1. NH, jom join affilliate LAZADA senang dapat join kempen depa :)

      Delete
  8. Salam, tahniah, ohoi bestnyeee lah dpt surprise box camni...wuwu malangnye sy baru je lepas bershopping sakan barang baby di lazada few weeks before ade birthday sale ni... kalau tak, mesti dapat jugak..chewah :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Lynn, jom join affilliate LAZADA, nanti akan dapat banyak join kempen2 dari LAZADA :)

      Delete