 |
Inggeris deko di ruang tamu |
Susun atur rumah bertema Inggeris
Lain orang lain citarasanya,lain minatnya.Isnin lepas ana ke Manjung rumah adik sempena cuti Maulidur Rasul.Bermalam di rumah adik kali ini baru terfikir nak buat satu entri tentang hiasan dalaman hasil minat adik ipar ana,Juliana yang memang dari dahulu sangat meminati seni susun atur hiasan dalaman bertema Inggeris.Tinggal di sebuah rumah teres setingkat kuanters kakitangan kerajaan tidak menghadkan minatnya untuk menghias ruang tamu rumah dengan ciri-ciri English Cottage.Seperti pepatah mengatakan 'Rumahku Syurgaku' sudah pasti dimana sahaja kita tinggal,rumah adalah syurga kita sekeluarga dan sudah pasti syurga itu sangat indah dan selesa buat penghuninya.
Bagi yang meminati seni hiasan Inggeris ini,ana harap perkongsian ana disini dapat memberi serba sedikit ilham untuk menatarias kediaman masing-masing.Ju mula mengumpul koleksi English Cottage ini sejak beberapa tahun yang lalu.Ada yang dibeli di kedai-kedai hiasan Inggeris,melalui jualan online dan paling kreatif apabila menghasilkan seni decoupagenya sendiri.Banyak juga menerima tempahan membuat decoupage ini dari teman-teman facebooknya dan untuk kegunaannya sendiri.Begitulah bila minat dan tekun pasti akan membuah hasil,paling tidak memberi kepuasan diri sendiri.
Disini ana kongsikan beberapa keping foto di ambil dari sudut-sudut ruang tamu rumahnya.Bukan niat hendak menunjuk-nunjuk tetapi berfikiran positif supaya dapat berkongsi idea kreatif ini dengan mereka yang mempunyai minat yang sama dalam seni hiasan rumah ala Inggeris ini.
 |
Rak hiasan dinding |
Rak hiasan di dinding ini di letakkan set minuman teh bertema Inggeris di hadapan meja makan.
 |
Rak berkaki di sudut ruang makan |
Rak berkaki dari kayu bercat putih ini diletakkannya di ruang sudut meja makan manakala dihadapannya terdapat sebuah sangkar burung berkaki sebagai hiasan tambahan.
 |
Ruang makan |
Memandangkan ruang rumah yang terhad,Ju memilih meja makan dengan 4 bangku kayu putih sahaja tambahan pula mereka hanya bertiga tinggal di rumah ini.Ia dapat mengoptimakan lagi ruang tamu rumah.
 |
Laluan ke ruang dapur |
Sebuah cermin hiasan bertingkap di gantung di dinding laluan ke dapur.Dibawahnya pula meja kayu kecil dihiasi aksesori comel ala Inggeris manakala di dinding hadapan di gantung sebuah jam.
 |
Ruang dapur |
Ruang dapur yang comel ini juga mendapat sentuhan ala-ala English Cottage.Begitulah dimana ada kemahuan disitu ada jalan,tak kira ruang dapur yang luas atau kecil sekiranya ada minat untuk menghias pasti akan memberi kepuasan kepada penghuninya.
 |
Ruang tamu |
Ini pula ruang tamu rumah menggunakan sebuah sofa jalur yang ditempah, diserikan sudut tepi dengan sebuah almari kayu putih dan sebuah lagi rak besi putih untuk meletakkan koleksi hiasan Inggerisnya.
 |
Rak telefon |
Disebelah sofa diletakkan sebuah lagi rak besi berkaki yang diletakkan telefon antik tetapi masih berfungsi.
 |
Meja konsul |
Disalah satu ruang pula di letakkan sebuah meja konsul dan cermin besar di hiasi koleksi Inggerisnya lagi.Rumah ini menggunakan warna asas putih dan dinding utama berwarna pink lembut.
Perkongsian idea kreatif pemilik rumah ini moga-moga memberikan sedikit ilham untuk mereka yang berminat dalam seni susun atur rumah berkonsep Inggeris atau English Cottage.
Mahu Deko! Deko! Deko!.. Klik je sini!
Terkini ana updatekan Hiasan Rumah Julia Alisya dengan gaya baru bertema Romantic English Cottage, sila klik di SINI
~berkongsi idea~
47 Comments
Assalamualaikum kak, cantiknya. dekat kawasan rumah sheila ada gak rumah bercirikan Inggeris gini. dari laman rumah jiran dah tahu hehehaaa
ReplyDeletemesti lamannya cantik sheila kan penuh bunga2 agaknya..
Deletecantiknyaaa kak :) nina pun suka english style. tp kalau nk deco semua cenggini sekali harung confirm pengsan. hehe. kena slow2 la kan kan
ReplyDeleterelax Nina buat pelan2 kay..
Deletecantik....pandai pulak susun atur lagi tambah nampak cantik dan kemas
ReplyDeletetq dayah.kalau dah minat macam tu lah kan..
Deletekalau kena gaya susunannya....cantik juga gaya inggeris ni...
ReplyDeletebetul tu OZIE MAHSA, terpulang pada kreativi masing-masing.
Deletecantik hiasan dalamannya :)
ReplyDeletetq Tihara
DeleteCantik! Rumah adik ina pun kat Manjung gak ct..
ReplyDeletetq eyna: la ye ke?
Deleteseronok tengok rumah yang deko ala-ala inggeris ni
ReplyDeletekita ikut minat masing2 kan Zila..
Deleteterima kasih semua...kita ikutlah idea dan minat masing2 kan lain orang lain citarasanya..janji selesa..
ReplyDeletewaa cantik-cantik. sy mg suka ni inggeris style. tp belum bkesempatan lg nak buat kat rumah sdri. sebab selalu bcanggah pendapat dgn husband haha. dia suka moden sy suka mcm ni. alih2 buat rumah mcm biasa. sudah. dua2 tak gado haha
ReplyDeletehehe macam tu kisahnya, Liza buat tema English kat ruang tamu,husband buat tema moden kat dapur kan settle..bolehlah tu Liza janji selesa dan mempunyai cukup ruang untuk Akim.
Deletewah.. minat betul ipar akk yer.. jiran lilynn pun suke sgt dengan vantage.. satu rumah vantage..
ReplyDeleteerm tulah Lilynn: mesti meriah rumah jiran tu dengan vantage setnya kan..
Deletecnteekknyeee..sejuk mata mandang...tapi suami sha xsuka english style...iskkk
ReplyDeleteSha...ni adik ipar kak ana punya rumah..mmg kena ada minat yg sama dalam kreativiti menghias rumah ni..
Deletecantik..pndai menghias kediaman...
ReplyDeletetq mazlen johar..
DeleteSalam tuan dan puan
ReplyDeleteMaaf menGanggu saya Adhwa Zulhilmi, dari continental aces laminated and vinyl floor and artificial grass specialist. Jikalau berminat untuk flooring (wood), bolehlah sudi menghubungi saya untuk harga yang kompetitif dan kualiti yang tinggi mengikut bajet saudara dan saudari :) 0179865933 (laman web http://www.acesloc.com.my/contactus.html)
Terima Kasih
OK .Noted.
Deletewow..memang cantik menarik
ReplyDeletetq Fuza.. :)
Deleteassalamualaikum ana...wah cantik n menarik la...
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, terima kasih ..:)
Deletecantik sangat,,saya suka tengok perhiasan ala inggeris ni..tp tak cukup kreatif utk menggayakannya
ReplyDeletekalau ada minat Mar, semua boleh jadi,cubalah perlahan-lahan dahulu.. :)
Deletenk buat camni jugak nanti dah ada rumah sendiri,,hehe
ReplyDeleteboleh aje trah zain.. :)
Deleterumah tema inggeris ni, menariknya sbb kaler2 die lembut. dinding pun takde kaler sangat. :D
ReplyDeleteterpulang pada kreativiti masing2 kan Hanis dalam menatarias rumah ,macam-macam tema ada sekarang ni :)
Deletenice... suka tengok..kreatif..kaler pon soft je..sukaaa :D
ReplyDeletetq aniss, rumah adik kak ana ni :)
Deleteassalam tengah cari fireplace tu kat mane jual ye
ReplyDeletemenurut adik ipar ana, membelinya di online dari FB rakannya :)
DeleteCantik.....suka diana tengok.....
ReplyDeleteterima kasih Diana :)
Deletenampak menarik, suka tengok...
ReplyDeleteSye ske sgt...decor yg mcm ni...nice and cozy...mcm duduk kt rmh omputeh je..byk brg hiasan yg cantik2.
ReplyDeleteterima kasih rosmai :)
Deletecantik
ReplyDeleteterima kasih :)
Deletesama-sama
Delete