Sardin ni antara feveret ana. Tapi sardin tin hanya dua brand je yang boleh masuk dengan selera ana, satu cap ayam satu lagi sardin King Cup. Lain-lain tu tak kena pula dengan selera tak boleh nak makan, kenapa ?? Waallahu a'lam...

Sardin ni selalunya ana masak sambal ataupun masak kari dengan ubi kentang. Beberapa hari lepas, suami minta masakkan ala-ala paprik. Suami siap shared kat FB nya dan tag ana, suh masak la tu..Kebetulan ana beli setin sardin, berpandukan resepi dari Facebook tu, maka jadilah masak sardin ala-ala paprik versi www.anajingga.com.




Resepi Sardin Masak Ala-ala Paprik




Bahan-bahan :

Mestilah kena ada sardin tin
Bawang besar 
Bawang putih
Serai
Cili api
Tomato
Daun limau purut 
Perahan air limau purut (jika mahu)

Cara-caranya:

Tumbuk seketika bawang besar, bawang putih dan cili api.Ketuk serai.
Tumiskan bahan yang di tumbuk dan masukkan serai.
Masukkan sardin tin bersama sosnya. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.
Masukkan belahan tomato dan hirisan daun limau purut.
Rasakan dengan garam dan jus perahan limau nipis jika mahukan lebih rasa masam. Siap.


12 Comments

  1. TERBAIK!! TAPI SELALU GUNA SARDIN CINTA...

    ReplyDelete
  2. Selalu CCL masak menu macam ni ... sedap bila bau serai ditumis ..masuk pulak bau daun limau purut .... sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, sedap makan dengan nasi kan CCL :)

      Delete
  3. Sedapnya Ana..Sue pun kadang masak sardin tin letak daun limau purut sedap aja bau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sue, aroma daun limau purut menambah kesedapan kan :)

      Delete
  4. mmm...tak pernah cuba lagi pun resepi....selalu buat ikan patprik ja. Boleh cuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama je kak Mala, kita pelbagaikannya sahaja kan kak :) tukar2 selera

      Delete
  5. Boleh cuba ni senang bangat seh!
    Semalam Mrs. A baru jer...masak kari sardin campur kentang ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pun sedap gak kari sardin Mrs A :)

      Delete
  6. simple.
    ala-ala sardin goreng gitu-gitu.
    bleh cuba.
    aida kalau sardin ~ sambal sardin la, kak.
    tu yg digemari famili.
    bleh try ni. sardin tu all the time ada stok.
    aida sardin cap ayam. brand lain mr.asben tak nak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang dengan kak ana gak Aida, ada jenis sardin je yang boleh makan kan :)

      Delete