Satu pagi tu ana brunch dengan suami di sebuah cafe di sekitar taman ni juga. Menu istimewa dia nasi daging pagi tu. Suami yang makan sebab ana masih kenyang lagi ketika tu. Pas tu suami suruh ana rasa nasi daging tu, ermm memang sedap,nasi dengan sup dan yang awesome sangat tu air asam dia. Ada rasa ala-ala salad nasi Arab lak. Ana rasa macam dia buh tomato puri dalam air asam tu, tapi tak pasti la bahan-bahannya.

Esoknya, ana pun try la masak nasi daging di rumah nak merasakan anak-anak. Dengan bantuan Google , ana dapatkan resepi asalnya dari blogger tersohor dalam niche masakan dan resepi, siapa lagi kalau bukan Azie Kitchen. Tapi biasa laa kan..ana ni suka derhaka pada resepi. Kalau bahan tak mencukupi tu ana olah semula dengan bahan yang ada di rumah sahaja la..Maka terhidanglah menu nasi daging versi www.anajingga.com .



Resepi Nasi Daging Mudah 


Kalau nak resepi asal korang boleh sahaja klik ke SINI sebagai rujukan dan kredit dari www.anajingga.com buat Azie. Versi ana ni ada serba sedikit diolah mengikut bahan yang ada di rumah, jadi pasti rasanya sedikit sebanyak berubah antara kedua-dua versi. Terpulang pada korang laa nak cuba hat mana kay.. 

Bahan-bahan untuk memasak nasi daging 

(bahan olahan semula dari AJ )
Mula-mula rebus hirisan daging menjadi stok bersama halia dan garam,
4 cawan beras (dibersihkan)
4 cawan air rebusan daging (ikut beras)
1cawan susu cair
2 sudu besar rempah kurma
daun pandan
1 biji tomato (potong dadu)
daun pandan unuk aroma
garam

Bahan tumis:
kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 bawang besar (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)

Cara memasak nasi daging :

1. Panaskan minyak. Tumis bahan penumis hingga naik bau. 
2. Masukkan rempah kurma, goreng biar garing dan wangi
3. Masukkan beras yang dibasuh dan tos, goreng sekejap.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato, susu cair, daun pandan gula dan garam. Ana juga masukkan seikat daun pandan untuk aroma tradisional.Biar sehingga mendidih.
5. Masakkan nasi dengan rice cooker sehingga masak
6. Kacau selalu agar nasi masak sekata dan tidak mentah.




Untuk versi nasi daging ana ni, ana tak masukkan isi daging ke dalam menu nasinya, sebaliknya isi hirisan daging yang direbus tadi ana jadikan sebagai sup daging. Jadi ia ada menu sampingan yang berkuah kerana versi asalnya nasi dicampurkan daging di dalamnya dan di makan bersama air asam. Kan ana kata ana ni suka derhaka pada resepi :)

Cara masak sup daging :

Bahan-bahannya : 

Hirisan daging yang direbus dengan halia dan garam tadi di asingkan isi dagingnya stok daging.
Bawang merah *
Bawang putih *
Halia *( kesemua * bahan ini di tumbuk )
Rempah sup atau sup bunjut (ikut suka )
Ubi kentang
Lobak merah
Bunga lawang
Kayu manis
Daun sup dan daun bawang
Garam

Cara memasaknya sama seperti kita masak sup daging biasa.
Tumiskan bunga lawang dan kayu manis terlebih dahulu.
Tumiskan bahan yang ditumbuk.
Masukkan rempah daging yang dicampur sedikit air atau sup bunjut.
Masukkan isi daging, kentang dan lobak merah.
Gaul seketika dan masukkan air rebusan tadi, campurkan air masak jika tidak mencukupi.
Masak hingga empuk dan mendidih sebelum rasakan dengan garam.
Masukkan hirisan daun sup dan daun bawang untuk aroma sup yang lebih sedap.
Siap menu sup daging.

Sebagai pelengkap hidangan nasi daging, sup daging juga di makan dengan air asam berkerisik.



Cara buat  air asam.


Bahan A: (blend)
asam jawa
 cili padi
 tomato
 belacan (jika suka)
 kerisik
 gula
 garam

Bahan B : (potong dadu)

tomato
bawang besar
cili padi

Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata dan rasakan garam gula.


~ Selamat mencuba resepi nasi daging versi anajingga.com~




6 Comments

  1. Replies
    1. sesekali tukar selera memang sedap kan NN :)

      Delete
  2. Menarik ni kak...sangat2..tq kak share resipi ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba ye PC, mana tahu kena dengan selera PC, semoga bermanfaat :)

      Delete
  3. Menu org kedah ni...
    Mmg kami org kedah suka sgt mkn nasi daging ni kak ana..
    Simple tp sedap..
    Selalu bulan posa msti buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ke Alia, memang sedap kan makan nasi daging ni sekali sekala :)

      Delete