INGINKAN KULIT BERSIH DAN SIHAT- NEUTROGENA PASTINYA

by - Friday, April 07, 2017


Korang tahu tak siapa duta kecantikan Neutrogena ni? Ermmm...kalau nak tahu dia ialah pelakon kesukaan ana yang tak dimamah usia kecantikannya iaitu Nicole Kidman. Cantik kan...dari awal penglibatannya lagi ana memang meminati Nicole ni, sekarang walaupun dia semakin matang dalam usia, tetap cantik dipandang. Eh.. apasal pula tetiba bercerita pasal Nicole, macam lari tajuk je. Tak, sebenarnya ana pun nak cantik macam Nicole di usia ana ni. Dan pastilah ana memilih satu produk yang benar-benar sesuai dan berkesan pada kulit wajah.Hari ini, ana nak kongsikan dengan korang pengalaman ana sendiri menggunakan rangkaian penjagaan wajah dari NEUTROGENA.



Neutrogena Happy Skin 


Sesuai sangat dengan slogan nya Neutrogena Happy Skin menawarkan set penjagaan wajah sepanjang hari agar wajah sentiasa bersih dan sihat. Bila kulit wajah sihat barulah kita akan berasa gembira dan pastinya terpancar senyuman keserian kecantikan wajah sepanjang masa. Neutrogena memberi pilihan produk mengikut jenis kulit kita. Dan ana yang mempunyai kulit wajah normal memilih rangkaian penjagaan wajah NEUTROGENA DEEP CLEAN FOAMING CLEANSER, DEEP CLEAN CLEANSING OIL TO FOAM dan juga DEEP CLEAN BLACKHEAD ELIMINATING DAILY SCRUB.

NEUTROGENA DEEP CLEAN CLEANSING OIL TO FOAM


Namun dalam ketiga-tiga pencuci wajah NEUTROGENA yang ana gunakan tu pastinya yang paling feveret untuk ana ialah DEEP CLEAN CLEANSING OIL TO FOAM ni. Jom ana nak story kat korang kenapa ana suka sangatlah menggunakannya.




Okay cerita dia macam ni.. selalu kita ni wanita bila keluar bekerja atau bersantai di hujung minggu pastinya mengenakan alat solek sedikit sebanyakkan. Mestilah nak nampak cantik tanpa mengira usia. Dan sebagai wanita muslimah, kita perlu menunaikan solat tak kira di mana kita berada, jadi dengan adanya NEUTROGENA DEEP CLEAN CLEANSING OIL TO FOAM ni, sangat memudahkan ana menanggalkan solekan dan dalam masa yang sama mencuci wajah untuk berwuduk. Tak pelu lagi dua langkah berasingan, cukup dengan menggunakannya sekali.

Bukan itu sahaja, NEUTROGENA DEEP CLEAN CLEANSING OIL TO FOAM  bertindak membersihkan kulit dari bentuk gel berminyak yang membersihkan liang-liang kulit pada wajah secara mendalam dan kemudian berubah bentuk ke buih pembersih sebagai bahan pencuci wajah dalam masa yang sama. Ia melengkapkan pembersihan kulit wajah wanita secara mendalam. Barulah kulit wajah berasa sangat bersih dan sihat bebas bernafas. 



NEUTROGENA DEEP CLEAN CLEANSING OIL TO FOAM amat sesuai untuk jenis kombinasi kulit wajah normal.Dihasilkan dari ekstrak Rosemary yang kaya dengan nutrien dan merupakan ajen antioksidan. Ketika ana menggunakannya untuk membersihkan wajah, ia bertindak dari gel dengan tekstur yang lembut pada sentuhan di wajah. Tanpa sebarang pewarna dan baunya yang neutral, pastinya NEUTROGENA satu produk yang selamat di gunakan dan mendapatkan hasil pembersihan wajah yang sempurna.

Dan yang lebih best lagi, ia mudah dibilas dengan sekali bilasan air kita berasa segar dan memiliki kulit yang bersih. Pastikan korang mencuba sendiri NEUTROGENA DEEP CLEAN CLEANSING OIL TO FOAM percayalah, korang akan berasa kelainannya nanti. Kat mana nak beli produk NEUTROGENA ni? Tak susah nak memilikinya, korang boleh sahaja dapatnya di mana-mana pasaraya dan farmasi di seluruh negara dengan harga pasaran RM44.90 untuk isian besar 142ML. Ianya pekat dan sedikit sahaja penggunaannya diperlukan jadi korang boleh berjimat sehingga dua  ke tiga bulan bergantung kepada kekerapan penggunaan untuk setiap pembelian.

Macam tak lengkap pula kalau ana tak kongsikan dengan korang penjagaan lengkap wajah dengan rangkaian produk dari NEUTROGENA ni. Sebab ana sendiri menggunakannya sepanjang lebih seminggu sebelum menulis review ini, ana rasa korang perlu tahu kesemua jenis produk yang hebat ni. 

NEUTROGENA DEEP CLEAN FOAMING CLEANSER




Sesuai dengan fungsinya sebagai pencuci wajah yang membersih liang-liang roma pada wajah, menanggalkan sel kulit mati dan sebagai ajen mengawal minyak pada wajah agar wajah sentiasa bersih dan sihat sepanjang hari.Ia kaya dengan buih dan dengan formula kawalan minyak sempurna sepanjang masa. Ia bebas minyak, lulus ujian dermatologi dan non-comedogenic jadi gunakannya tanpa ragu-ragu. Cuma RM 18.70 di pasaran untuk berat 100g. Memang berbaloi.

DEEP CLEAN BLACKHEAD ELIMINATING DAILY SCRUB




Dan sebagai pelengkap penjagaan kult wajah dari NEUTROGENA pastikan korang juga menggunakan DEEP CLEAN BLACKHEAD ELIMINATING DAILY SCRUB yang menanggalkan blackhead di wajah pada cucian pertama kali di wajah dan kemudian menghalangnya dari muncul semula. Microbeads di dalamnya bertindak memaksa keluar kotaran pada liang pori wajah.Ia juga bebas minyak dan lulus ujian dermatologi serta non-comedogenic. Cuma RM23.70 harga pasaran untuk 100g. 

Ana yakin dengan penggunaan berterusan rangkaian penjagaan lengkap dari NEUTROGENA ni, pasti kita akan memiliki kulit wajah yang bersih, sihat dan HAPPY SKIN 24/7 sepanjang masa. Jadi ingat kebersihan wajah ingat NEUTROGENA kay..Cuba tau..rugi tak mencuba sesuatu yang baik..

You May Also Like

6 comments

  1. Cam menarik jerk produk ni.. Tak pernah guna lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best produk Neutrogena ni Lea :)

      Delete
  2. jue suka yg scrub.. best hilang kulit2 mati.. kulit licinjer

    ReplyDelete
    Replies
    1. best gak yang tu kan Jue , rasa bersih sangat selepas guna :)

      Delete
  3. Wahhh bestnya...suka yang 2in1 kaler biru tu..tp saya guna yg merah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenis kulit yang berminyak kut Aiin punya, hat ni kulit kering :)

      Delete