Mengenali DJ Nazz THR Gegar

by - Saturday, April 29, 2017


Serius, ana selalunya update entri di blog kesayangan ana ni diwaktu lewat malam. Lepas Isya', lepas makan malam,kemas dapur dan selesai urusan barulah capai laptop dan menulis di post entri blogger. Banyak sebab, pertamanya kerana waktu-waktu begini line Streamyx baru lah laju sikit,kenapa dan sebab apa, Waallahu a'lam..suami ana kata sebab ramai orang dah tido dan tak ramai lah yang guna..boleh percaya ke tu ? Keduanya, malam-malam macam ni baru datang idea nak menulis, yelah siang banyak urusan rumahtangga yang perlu di dahulukan..nak menulis ni kena lah tenang-tenang gitu..

Bercakap tentang tenang-tenang ni lah ana nak shared dengan korang peneman setia ana di waktu malam sambil menulis blog. Itu antara ungkapan kata-kata yang sering diucapkan oleh DJ THR Gegar dalam segmen Cinta Gegar...siapa kah dia? Tak lain tak bukan DJ Nazz laa kan :) Memang mendamaikan bila dengar alunan suara DJ Nazz berkata-kata diiringi lagu-lagu nostalgia kenangan silam..Ini lah diaorangnya DJ Nazz THR Gegar.

Image result for dj nazz thr gegar
kredit foto :thr gegar

DJ Nazz THR Gegar


Segmen Cinta Gegar di Gegar Malam ni dikendali kan oleh Nazz. Sebenarnya tak berminat sangat nak dengar keluhan hati pemanggil semua tu, tapi ana suka cara Nazz berbicara dan memberikan pandangan dan pendapatnya tentang cinta. Menarik dan kreatif. Teringat era-era 90-an dahulu, memang rancangan radio sebegini menjadi pilihan masyarakat meluahkan rasa hati dan DJ radio akan sedaya mungkin memberikan komen dan pandangan.

kredit foto: thr gegar

Ana membesar dengan mendengar radio sebagai hiburan. Pada masa remaja dahulu, ana peminat slot pilihan bersama ketika itu di stesen FM Stereo kalau tak silap ana. Memang layan lagu-lagu pilihan peminat yang popular di eranya dahulu. Macam lagu feveret ana sampai hari ini dari penyanyi Fauziah Latiff, Jamal Abdillah, lagu-lagu rock kapak, tangkap leleh dan sebagainya. Itu lah era kami dahulu. Dan kini kalau dengar slot Cinta Gegar di Gegar Malam di THR Gegar, kebanyakannya memainkan semula lagu-lagu zaman remaja ana. Itu yang layan tu.. 


kredit foto:THRGegar

Dan kalau korang nak mengenali DJ Nazz secara lebih dekat, bolehlah follow perkembangannya di Facebook beliau di SINI .Serba sedikit biodata DJ Nazz yang ana perolehi dari THR Gegar : 

Nama: 
Nazrin Nordin

Nama Glamor:
 DJ Nazz

Asal:
 Klang Selangor

Hobi:
 Suka membaca, menonton, suka sejarah

Tugas di THR Gegar: 
Mengendalikan program Cinta Gegar, Ahad  sehingga Khamis 8 malam sehingga 12 tengah malam. Hujung minggu mengendalikan Carta Hits Gegar, Sabtu 10 pagi-12 tengah hari

Seronok Di THR Gegar: 
Bekerja dengan otai-otai seperti Nasa dan menghargai pendengar-pendengar THR Gegar terhadap penyampai-penyampai Gegar.

(kredit: http://gegar.thr.fm/@Gegar/THR-Gegar/Penyampai/Nazrin) 

Terima kasih DJ Nazz dan THR Gegar kerana sentiasa menemani malam-malam ana. Semoga Nazz terus sukses dalam segala bidang dan THR Gegar akan kekal sebagai radio nombor satu di hati kami semua. Cuma sayangnya ana di Selangor ni cuma dapat mendengar THR Gegar melalui channel Astro 863 sahaja kerana THR Gegar merupakan radio Pantai Timur.. kadang-kadang bila dalam kereta tu frust juga tak dapat layan Cinta Gegar memalam huhu :) 

You May Also Like

4 comments

  1. Lagi dulu2 memang best. Tak jemu dgr. Evergreen lagi..

    ReplyDelete
  2. Malam jarang layan radio.. Selalu layan siang je..
    Tapi lagu dulu-dulu memang best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. malam pun time update blog sesunyi tu Sha, siang kat kereta je laa hihi :)

      Delete