Drama Hero Seorang Cinderella di Astro Ria

by - Saturday, May 27, 2017


Ermm..Fazura tu, antara pelakon wanita feveret ana. Memang gemar sungguh dengan lakonan Fazura yang manja dan berjaya membawa setiap watak yang di bawanya. Mula minat Faz sejak filem Gol dan Gincu lagi dan yang terbaharu ana tonton di pawagam filem Faz dalam J Revolusi. Memang best dan kali ini Fazura muncul di drama siri di Astro, Hero Seorang Cinderella berganding dengan pelakon paling popular masa kini Fattah Amin la siapa lagi. Dah kalau Fazura heroinnya, pasti lah melekat depan tv setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam di Astro Ria HD. Meh kita tengok sinopsis dan pelakon yang membintangi drama adaptasi novel ni.


Image result for drama siri astro hero si cinderella


Drama Hero Seorang Cinderella


Drama siri 24 episod ini telah pun mulai menemui penonton pada 22 Mei yang lalu dan dijadualkan berakhir pada 6 Julai 2017 nanti. Disiarkan di slot Mega Drama setiap Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam di Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123. Skrip oleh Nazri M Annuar/ Fairul Nizam Ablah mengambil adaptasi novel karya Anjell dan di arahkan oleh pengarah popular Michael Ang dan Hadith Omar terbitan Cube Film Sdn Bhd.

Image result for drama siri astro hero si cinderella

Antara pelakon yang membintangi drama Hero Seorang Cinderella ini ialah : 


Fattah Amin sebagai Tengku Ian Uzzam
Nur Fazura sebagai Nura Medina
Zizie Izette sebagai Puan Sri Mawar
Uqasha Senrose sebagai Puteri Emallyn
Fikry Ibrahim sebagai Noah Farizzam
Aedy Ashraf sebagai Darius
Iswan Ismail sebagai Lukman (Luke)
Jasmine Suraya sebagai Zuyyin
Nina Juren sebagai Tengku Shamiza
Azhar Amir sebagai Tan Sri Azizan
Lisdawati sebagai Puan Ayana

Image result for drama siri astro hero si cinderella

Sinopsis Drama Hero Seorang Cinderella 

Kisah berkisah kehidupan seorang gadis yang hidupnya bagai dongeng fantasi Cinderella di samping seorang putera Charming yang sentiasa menjadi pendampingnya. Nura Medina hidup bersama ibu tiri, Puan Sri Mawar dan kakak tiri, Puteri selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Tan Sri Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tak begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Puan Sri Mawar. Sehingga dia difitnah lalu dihalau keluar rumah oleh Tan Sri Azizan. Walau apa yang terjadi Tengku Ian selalu dalam hidupnya, muncul sebagai hero penyelamat.

Image result for fazura drama siri astro hero si cinderella

(kredit info myinfotaip.com dan kredit foto Google Image )

Jom kita layan drama siri best lakonan Fazura dan Fattah Amin ni hingga ke episod akhir nanti. 

You May Also Like

0 comments