Homemade Churros Paling Simple

by - Tuesday, June 13, 2017


Churros, snek kegemaran masa kini. Ketika tengah viral dulu tu, tak terfikir pun nak buat sendiri churros di rumah. Baik beli je dah siap tu. Alasannya tak ada acuan churros tu. Nak beli boleh je tapi disebabkan kemalasan mengatasi segalanya, bila anak-anak nak makan ana beli je di mana-mana food court yang menjualnya. 

Tapi sebelum Adik Ika masuk Kolej Matrikulasi yang lepas, beriya sangat dia nak buat churros homemade di rumah. Ana pun belikan lah bahan-bahan yang di perlukan. Masalah masih sama, tak ada nozel churros, tapi Adik Ika ni kreatif juga lah menggunakan apa yang ada di rumah. Memang bijak sebab dia menggunakan acuan semprit bunga ana sebagai nozel untuk churros ni. Menjadi uollss.. boleh laa ala-ala gitu kan. Janji rasanya sama seperti churros yang di beli di luar sana. Jom kita try resepi homemade churros dari Adik Ika ni. 



Resepi & Cara Buat Churros 


Bahan-bahan untuk buat churros  

1 cawan air
1 sudu makan gula
1 1/4 cawan tepung gandum ( boleh campurkan serbuk cinnamon sekiranya suka )
1 biji telur – size L
1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan butter






Cara-cara masak Churros 

1. Didihkan air, masukkan garam, butter dan gula. Kecilkan apinya ketika memasak.

2. Masukkan tepung. Kacau cepat-cepat agar tepung tidak berketul kemudian angkat dari api (adunan akan melekat-lekat).





3. Masukkan telur dan kacau sebati. Ketika ni ia dah jadi satu adunan pejal.Boleh di bentuk.

4. Adik Ika, gunakan acuan semprit bunga dan masukkan adunan ke dalamnya.

5. Panaskan minyak, dan apabila minyak cukup panas, paipkan adunan terus ke dalam minyak. Potong hujungnya dengan gunting.

6. Balik-balikkan adunan di dalam minyak dan angkat bila dah agak garing. Siap. 





Untuk dipping sos nya, cairkan sahaja cooking chocolate dengan teknik double boiling. Cicah dengan dipping sos coklat yang sedap sangat tu. Selamat mencuba :)

You May Also Like

12 comments

  1. Memang sedap Churros nie.. Kalau dip dalam Peanut butter pun best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Sha, kak ana pun suka peanut butter tapi anak-anak kak ana tak suka, depa prefer coklat dip :)

      Delete
  2. Replies
    1. hasil kreativiti anak-anak kak ana bila depa cuti ni Sha :)

      Delete
  3. Wow.. buka2 blog je terus nampak cite churros.. terus singgah hihi.. bestnya kak :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi bestkan KK, dip dip churros panas-panas sedappp :)

      Delete
  4. Terliur pulak tengok. Hahah. Dah lama Nani tak buat churros.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani punya versi mesti lagi sedappp nii :)

      Delete
  5. Montok2 Churros ni hehehe suka cicah dengan serbuk kayu manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi Gemoks-gemoks churros anak kak ana ni Maha, adoi segan pulak blogger popular masuk komen blog kak ana :)

      Delete
  6. alahai churros pula...sedap ja nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap, cik puteri mesti suka nii :)

      Delete