NEUTROGENA HAPPY SKIN FESYEN SHOW - MERAIKAN KERIANGAN KULIT SIHAT

by - Friday, June 09, 2017





Memiliki kulit wajah yang cantik dipamerkan melalui solekan sahaja tidak mencukupi buat seorang wanita. Apa yang penting ialah kesihatan kulit wajah dalaman di sebalik setiap solekan. Mudah untuk menutupi setiap cela di wajah dengan pelbagai solekan, namun hakikatnya kulit wajah sebenar bermasaalah. Cara yang betul untuk tampil cantik ialah memiliki kulit wajah yang sihat dan bersih. Banyak rangkaian penjagaan wajah terdapat di pasaran, namun sebagai pengguna kita perlu bijak memilih mana yang paling sesuai dengan masalah kulit yang berbeza. Satu jenama produk yang sangat di yakini ramai dan terbukti berkesan dengan kelulusan pakar dermatologis antarabangsa pastilah NEUTROGENA. 






Bagi meraikan wanita yang anggun, memiliki kulit wajah yang sihat berseri, NEUTROGENA menampilkan satu majlis pertunjukan fesyen sempena dengan kempen NEUTROGENA HAPPY SKIN baru-baru ini di Kuala Lumpur. Seiring dengan kulit wajah yang sihat, membawa kepada penampilan diri yang bergaya dengan koleksi fesyen-fesyen terkini dari pereka terkenal tanahair iaitu Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee, dengan koleksi  Happy Skin 24/7 menginterprestasikan mood keceriaan dari kulit wajah yang sihat dan cantik. Majlis berlangsung bersempena Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival (MBSTYLOAFF) 2017, pada 3 May 2017 yang lalu dengan mempamerkan 30 design yang stylo dan terkini. Antaranya adalah seperti di gambar-gambar di bawah. 





Menurut Julia Teo, Associate Marketing Director of Johnson & Johnson Family of Consumer Companies, yang merupakan pemasaran NEUTROGENA di Malaysia, kulit yang sihat, menampilkan rupa wajah yang menawan memberikan keceriaan dan kegembiraan buat semua wanita. Sebagai produk #1 disyorkan oleh pakar dermatologis antarabangsa, beliau percaya kecantikan bermula dari wajah yang sihat dan bersih.





Tambah beliau lagi, “Happy Skin" adalah sesuatu yang perlu konsisten dan berkekalan dan ia bukanlah sesuatu yang hanya trending seketika, yang mana bermaksud penjagaan wajah adalah sesuatu yang perlu dilakukan secara rutin dan bukan untuk sekadar mengikut trend masa kini yang berubah. 




Mengenai dua orang designer yang menampilkan koleksi rekaan mereka pada majlis tersebut, Kittie Yiyi mengilhamkan karektor sense of humour atau 'kelakar' yang membawa maksud keriangan dan keceriaan namun tampil segak. Merupakan graduan The Raffles Design Institute KL ini setia dengan motto nya “Whatever you decide to wear, make sure it makes you happy!” Menginspirasikan kemeriahan gadis-gadis ceria di tepi pantai sambil bersantai dengan fesyen yang flowy, selesa ,longgar dan bebas.

Hazzer Wan Lee pula, merupakan  creative director of HWL by Hazzer Wan Lee Fashion Atelier Kuala Lumpur, graduan dalam degree in Fashion and Apparel Design from Herriot-Watt University, Scotland.Mempamerkan koleksi fesyen berinspirasikan 'water splash' atau percikan air, iaitu signature untuk rangkaian NEUTROGENA Deep Clean.

Alami Happy Skin 24/7 dengan Neutrogena hari ini


Untuk mendapatkan Happy Skin, mulai amalan penjagaan kulit anda dengan wajah yang dibersihkan secara menyeluruh. Neutrogena® Deep Clean®, rangkaian cucian mendalam oleh jenama ini dikenali ramai, menawarkan pelbagai jenis pembersih muka dan penanggal solekan bagi kegunaan pelbagai jenis kulit serta bagi menyelesaikan pelbagai jenis masalah. Setiap wanita adalah berbeza, dan oleh sebab ini, setiap wanita berhak mendapat produk yang menepati keperluan kulitnya. 




Neutrogena® Deep Clean Cleansing Oil, 200ml, RM51.70

(Boleh didapati dalam versi Normal, Melembapkan dan Mencerahkan) 
Pembersih ini yang menyegarkan, bertukar menjadi emulsi yang menghapuskan kotoran, dan juga solekan kalis air dalam satu langkah sahaja, menjadikan kulit lembut dan gebu. Produk ini turut mengandungi kompleks penjagaan kulit botani yang mengekalkan kelembapan kulit. 

Neutrogena® Deep Clean Cleansing Oil to Foam, 142ml, RM44.90 

 (Boleh didapati dalam versi Normal, Melembapkan dan Mencerahkan) 
Lembut pada kulit namun berkesan, gel-minyak ini bertukar menjadi emulsi, dan kemudiannya menjadi buih bagi cucian yang mudah. Mengandungi ekstrak daun Oleifera yang menghilangkan solekan, kotoran, dan minyak dengan hanya satu cucian, menjadikan kulit sihat dan berseri.




Neutrogena® Deep Clean Foaming Cleanser, 100g, RM21.70

 (Boleh didapati dalam versi Normal, Melembapkan dan Mencerahkan)
Hilangkan kotoran, minyak, dan sel kulit mati secara menyeluruh dengan pencuci muka yang efektif dan menyegarkan ini. Buihnya yang mewah memastikan kulit anda kekal segar, sihat dan bebas cela dengan mengurangkan minyak pada permukaan kulit namun mengekalkan kadar kelembapan asli kulit. 


*Untuk kemudahan anda, produk Neutrogena® Deep Clean menggunakan kod warna seperti berikut: BIRU bagi normal, HIJAU bagi melembapkan, dan MERAH JAMBU/ MERAH bagi mencerahkan.


Lebih details tentang Neutrogena Happy Skin boleh sahaja ke :


dan


You May Also Like

1 comments