Masih dalam mood raya lagi nampaknya. Ketika di kampung halaman menyambut Syawal 1438H yang lepas, mak saudara ana, kami kat Teluk Intan ni kalau mak sedara bongsu selalunya panggilannya wancu, membeli paru dalam kuantiti yang banyak juga lah. Asalnya nak masak sambal paru sahaja sebagai salah satu sajian raya. Ketika iftar sebelum raya tu, di ambilnya sedikit dan masakkan gulai lemak paru. Sedap juga lah.. dan kengkononnya selebih tu nak simpan buat masak sambal paru tadi.




Setengah orang panggil paru, setengah tempat lak panggil limpa. Tapi pada ana, paru hat ni laa yang macam span ada lubang dan limpa yang liang rongga di halus-halus sikit tu. Kann??? Tapi dua-dua organ ni memang sedap kalau masak rendang. Nii haa rupa paru yang telah dibersihkan dan di rebus yang wancu  bagi pada ana selepas raya yang lepas, sebab projek masak sambal parunya tak jadi.



Nak masak paru ni agak leceh sikit proses dia. Mula-mula nak kena bersihkan la terlebih dahulu. Pastu kena rebus. Barulah di potong-potong.Kalau nak buat sambal kena goreng pula sebelum di sambalkan. Tapi kalau nak masak rendang tak perlu goreng. Kalau ikut resepi ana, lepas rebus potong dan boleh di rendangkannya. Meh ana kongsikan resepi dan cara nak masak rendang paru yang tak kurang sedapnya di sini.

Resepi Rendang Paru

Bahan-bahan:

Paru (direbus kemudian dipotong keping)
Santan
Cili giling
Kerisik
Bawang merah
Halia
Serai
Lengkuas
Kunyit hidup
Daun kunyit
Garam

Cara masak rendang paru 


~ kaedahnya sama seperti masak rendang lain jugalah kan.
~ Bawang merah, halia, lengkuas,serai dan kunyit hidup di blend sebati.
~ Tumiskan seketika dan masukkan cili giling.
~ Masukkan paru dan gaulkan sebati seketika.
~ Masukkan santan cair terlebih dahulu dan biarkan paru sebati terlebih dahulu.
~ Kemudian bila dah separuh kering baru masukkan santan pekat, rasakan dengan garam secukupnya.
~ Akhir sekali masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit. 



Paru ni sifatnya macam span dia cepat serap cecair sebab tu bila dah sejuk, rendang ni menjadi kering macam gambar yang atas sekali tu. Sedap di makan dengan nasi lemak atau pun dengan lemang dan ketupat atau nasi impit pun sodap. Selamat mencuba kay .

6 Comments

  1. Sedapnya..fav SA ni..ok nanti nak buat la ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa SA, memang sedap,kalau rendang versi Negori SA lagi best ni, terangkat cili apinya :)

      Delete
  2. sedap ni Kak Ana.. paru kalo goreng saja pun dah layan dah hehe.. dulu x reti makan.. da besar sket bru blaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, goreng pun sodap, wahhh dah besar CT kan sekarang dah pandai makan paruu hihi :)

      Delete
  3. Paru atau limpa atau organ dalaman yang lain, sy x makan 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Nour, organ dalaman ramai juga yang tak leh makan organ ni kan :)

      Delete