Dari ana kecil-kecil lagi dah sinonim sangat kalau sakit akan cari ubat di farmasi Ang Teong, di bandar Teluk Intan ni. Sampai lah ke hari ini pun, mak kalau nak beli ubat tetap akan cari ke Ang Teong juga. Ketika era 90-an dahulu kalau seingat ana lah, bandar Teluk Intan ni belum lagi ada farmasi-farmasi yang banyak melainkan kedai-kedai ubat orang-orang berbangsa Cina sahaja. Ketika itulah Ang Teong menerajui kepercayaan penduduk Teluk Intan untuk membeli ubat-ubatan selain daripada ke hospital kerajaan.



Farmasi Ang Teong, Teluk Intan

Terpanggil untuk menulis tentang Farmasi Ang Teong ni, ketika ana balik beraya Haji baru-baru ni. Mak mengajak ana membawanya ke sini untuk beli ubat sakit lututnya. Tak banyak berubah ruang dalaman farmasi Ang Teong ni dari dahulu hingga ke saat ini. Masih dengan gaya dekorasi kedai ubat era 90-an lagi. Walaupun kini, banyak farmasi ternama dan popular, bagi penduduk Teluk Intan,khasnya warga-warga emas ni tetap ke sini. Mak saudara ana contohnya akan ke Ang Teong walaupun sekadar nak check tekanan darah. Begitulah hebatnya Ang Teong di mata warga Teluk Intan. Bagaikan satu jenama yang lejen di Teluk Intan, Darul Ridzuan.


Sebagai blogger, ke mana sahaja, apa sahaja yang dirasakan boleh di kongsikan dengan pembaca akan kami terbitkan. Dan ana juga telah mengupload sekeping foto farmasi Ang Teong di ke group FB Teluk Intan My Hometown. Dan yang paling membanggakan respon dari pelbagai kaum berkongsi pengalaman mereka mengenai Ang Teong. Inilah salah satu keistimewaan Farmasi Ang Teong yang dikunjungi oleh pelbagai kaum yang menghuni bandar kesayangan kami ni.  Cuba lihat dari ruang komen dari page Teluk Intan My Hometown, seronok sangat kan. 





Semoga Farmasi Ang Teong akan terus maju di samping meneruskan kesinambungannya memberi khidmat kepada masyarakat setempat. Dari komen-komen yang ana baca di page tu, ramai yang mengatakan harga ubat disini jauh lebih murah dari pasaran luar. Begitu juga layanan dari pekerja di sini yang sangat baik dan menyenangkan. Farmasi Ang Teong terletak di deretan kedai lama bersebelahan dengan Menara Condong, Teluk Intan. All the best Ang Teong ang Thank you So Much 💗

6 Comments

  1. Pelanggan berulang ramai agaknya ana

    sebab tu dia boleh jual harga murah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..salah satu faktor adalah keserasian...moga terus maju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah PC , banyak berbakti kepada penduduk Teluk Intan dari dulu lagi

      Delete
  3. Legend kedai mcamni. Rupa bentuk dia tak berubah, yang penting ada pelanggan setia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Sabrina, dekorasi era 1990-an masih dikekalkan :)

      Delete