Ikan Dori tau bukan ikan Duri hihi :) Dua jenis ikan yang berbeza walaupun sebutannya hampr sama. Ikan Dori ni ikan laut barangkali, anapun tak berapa pasti sangat sebab ada juga pendapat yang mengatakan ikan Dori ni isi ikan patin. Tapi macam tak meyakinkan sangat fakta ni sebab dari segi rasa memang berbeza sangat. Bukan apa yang membuatkan ana tak berapa kenal ikan Dori ni, ini kerana selalunya ana membeli  ikan Dori ni dari pasaraya yang dah siap di fillet dan sejuk beku. Sekeping keras kekung depa jual. Jadi tak pernah lah ana nampak rupa paras ikan Dori ni ketika masih dalam bentuk ikan. Yang pernah nampak dalam Finding Nemo tu sahaja kan :)



Ini sekeping ikan Dori fillet yang ana beli dipasaraya dan telah di defrost kan. Ketika frozen memang keras macam ais tapi bila kita defrost kan ikan lembik sahaja isi tanpa tulang.Selalunya korang masak apa ye dengan ikan Dori ni? Ana selalunya beli pun sebab anak-anak suka makan sebagai Fish & Chip sahaja. Sebab ikan Dori ni isinya tebal dan mudah di goreng rangup sebagai Fish & Chip.

Masak apa yang sedap dengan ikan Dori ?



Ikan Dori selalunya ana akan potong kepada keping-keping sebelum di goreng. Rasanya banyak juga menu lain boleh disajikan dari ikan dori ni. Rajin-rajinlah cari kay, sebab ana pernah terbaca ada yang mengukusnya, di jadikan sup ikan, masak bercili dan sebagainya. Cuma ikan Dori ni biasanya ana akan bersihkannya dengan jus limau supaya tidak berbau. Maklumlah ia dah di frozen kan mungkin dah makan masa yang lama kan.


Dan untuk membuat Fish & Chip versi anajingga dot com, senang je sebenarnya. Ana ni suka masak yang mudah-mudah je, hihi guna sahaja bahan yang ada di dapur kita tu. Untuk perapan ikan Dori ni, ana gunakan tepung ranggup ala-ala kepci tu, kalau tak ada korang letakkan sahaja tepung gandum, sedikit tepung beras (untuk merangupkannya ), serbuk cili, serbuk lada sulah dan garam. Celupkan fillet ikan ke dalam putih telur dahulu kemudian baru sadurkan dengan tepung. Goreng di atas non-stick pan dan api jangan terlalu kuat, nanti hangus rentung :)


Dah siap goreng tu korang tambah sahaja lah aksesorinya macam wedges, potato chips, salad dan untuk sos nya ana satu kan mayo, thousand island, bawang yang di dadu dan perahan lemon. Dah settle Fish & Chip yang mudah dan sempoi untuk anak-anak.


Selain daripada Fish & Chip, ikan Dori ini juga pernah ana masakkan sebagai menu sweet & sour. Sedap juga dan nak di Melayukan kita masak sambal ikan, punnn sodappp. 


So korang kalau ada idea masakan dari ikan Dori ni, jom kongsikan bersama, mana tahu boleh memanfaatkan ibu-ibu dan wanita-wanita yang sedang mencari idea masakan yang singgah ke sini.

10 Comments

  1. PC tak pernah beli dan tak pernah masak apatah lagi makan kak...tengok sedap je..boleh beli ni cuba masak dan makan..agak-agak goreng masak lemak cili api sedap tak kak ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana rasa kalau nak masak berkuah pun kena goreng dulu agaknya PC, sebab isi dia memang lembut, waallahu alam.. cuma isinya tak berlemak sangat lah macam patin atau ikan kembung dia agak tawar :)

      Delete
  2. CCL pernah rasa ikan dori ini , tapi not my feveret la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu CCL, ikan dori bukan ikan feveret cuma kak ana hanya akan beli untuk buat fish & chip sahaja setakad ni :)

      Delete
  3. Sha jarang jumpa ikan nie kat sini.. Sedap juga sesekali makan camnie..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. sesekali kita tukar-tukar selera kan LIynda :)

      Delete
  5. ikan dori ni aida x pernah makan.
    just selalu makan = fish & chips. sedap.
    dpt plak isi nyer moist. wow!
    yes la, AJ. biasa nampak ikan dori ni jual frozen. tu yg kurang beli sebab kurang arif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Aida, selalunya depa jual yang frozen tu, mana rupa ikan asalnya pun ana tak pernah tengok lagi :)

      Delete