SAFI RANIA GOLD - Seiring Kecantikan Wanita Sepanjang Usia

by - Tuesday, September 26, 2017

Setiap wanita inginkan kulit wajah yang kekal jelita,namun faktor usia yang kian hari kian meningkat pasti akan menampakkan kesan penuaan. Tak ada siapa yang boleh menongkat dunia kan, tapi kita kena lah berusaha bukan sahaja untuk kekal cantik yang penting sihat. Kekal cantik ni biarlah seiring usia, memperbaiki kesihatan kulit wajah agar sentiasa segar dan nampak sihat. Salah satu caranya ialah dengan memilih dan menggunakan produk penjagaan wajah yang sesuai dan serasi. Ye laa kan, kulit kita ni berbeza, mungkin ia sesuai untuk ana tapi tidak untuk puan-puan yang lain. Namun tak salah kalau kita berkongsi pengalaman kan, yang baik kita jadikan pengalaman yang tidak cukup sekadar pengetahuan. 


SAFI RANIA GOLD

Ana telah pun menggunakan rangkaian SAFI ni dari awal usia lagi. Istimewanya SAFI sentiasa menjalankan kajian untuk menghasilkan produk-produk yang seiring kepesatan teknologi kecantikan dan mengikut peringkat usia yang berbeza. Betul, semakin meningkat usia wanita, keperluan kepada agen kecantikannya berbeza. Kita sebagai wanita perlu bijak memilih produk yang hanya sesuai untuk di aplikasikan ke wajah. Jangan mudah perdaya dengan janji-janji kosong yang menawarkan pelbagai jenama yang bertindak cepat kesan pemulihannya, sangat bahaya. Muka weii, bukan ada spare part boleh tukar-tukar kalau dah mudarat.

Kerana itulah ana, hanya lebih yakin dengan produk penjagaan SAFI kerana ia telah terbukti keberkesanan dan selamat di gunakan, In Shaa Allah. Seiring usia mencecah 40-an ni, ana bertukar kepada SAFI RANIA GOLD kerana ia lebih sesuai untuk peringkat usia sebegini. set lengkap penjagaan wajah 24jam sehari yang ana gunakan ialah Pembersih , Penyegar, Eliksir Keremajaan, Krim Siang dan Krim Malam.Kesemua rangkaian penjagaan wajah SAFI RANIA GOLD terbaharu ini menampilkan formulasi BEETOX TECHNOLOGY untuk mempastikan penjagaan lengkap dan lebih efisyen pada kesesuaian kulit wajah kita.

PEMBERSIH WAJAH SAFI RANIA GOLD


Paling asas dalam penjagan wajah ialah pembersih. Ana menggunakan SAFI RANIA GOLD Facial Cream Cleanser ini hampir setiap kali mencuci muka pagi dan malam. Dan kalau keluar rumah dengan solekan, ana juga mencuci semula wajah untuk mengambil wuduk setiap kali masuk waktu solat dengannya. Buih pembersih SAFI RANIA GOLD ini meresap ke liang wajah dan membersih sedalam-dalam sel kulit. Wajah akan berasa segar dan bersih. 

Pembersih Wajah SAFI RANIA GOLD terbaharu di formulasikan dengan Micro-Foam dan agen Anti-Oksida untuk membersih secara mendalam dan buihnya yang mewah berkrim membekalkan kelembapan pada wajah dan membersihkan solekan dengan cepat.Turut mengandungi Nano Gold 24k yang mengukuhkan struktur dalaman kulit untuk kelihatan anjal dan awet muda gituew :)Ia turut diperkaya dengan Royal Jelly yang kaya dengan asid amino, vitamin dan mineral untuk merangsang pembaharuan kulit. Wah!! Best sangat setiap kali selepas mencuci wajah dengan Pembersih SAFI RANIA GOLD. 

TONER/PENYEGAR WAJAH SAFI RANIA GOLD


Selepas membersihkan wajah lap kering dan titiskan penyegar pada facial cotton dan sapu rata pada wajah. Percaya tak, jika kita tidak menggunakan toner atau penyegar ni, kulit wajah akan berasa tak bermaya dan letih sangat. Nak-nak lagi di waktu pagi lepas bangun tidur tu, kulit ni macam masih tidur lagi kan..jadi pastikan kita menyapukannya dengan toner. Ini juga asas dalam penjagaan wajah seharian yang perlu dilakukan untuk kekal cantik. 

Ana menggunakan TONER/PENYEGAR WAJAH SAFI RANIA GOLD setiap hari pagi dan malam. Pagi selepas mandi dan mencuci wajah dan malam pula selepas mencuci wajah sebelum tidur. Yang paling ketara apabila menggunakan PENYEGAR WAJAH SAFI RANIA GOLD ialah haruman air mawar, disamping kombinasi Nano Gold 24K dan Honey yang mengecilkan liang pori pada wajah. 

ELIKSIR KEREMAJAAN SAFI RANIA GOLD


This is the best part dalam set penjagaan wajah SAFI RANIA GOLD terbaharu ni dengan BEETOX TECHNOLOGY ni. Kenapa? Sebab ana sendiri telah mengalami kesan yang sangat positif pada wajah setelah sepuluh hari menggunakannya. Ini merupakan pertama kali ana menambahkan ELIKSIR KEREMAJAAN SAFI RANIA GOLD dalam rangkaian penjagaan wajah.Kata orang kali pertama pakai terus jatuh hati dengan keberkesanannya pada wajah ana. 

Ana memakainya selepas menyapu toner. Titiskan Eliksir pada kapas dan sapukan rata pada wajah dan leher. Kulit wajah akan serta merta dapat merasa kelembapan dan kelembutannya. Seriuos, seronok sangat bila mennyentuhnya. Ia juga mengandungi formulasi Beetox dan Propolis serta Nano Gold 24k serta Vitamin C. Ia berkesan untuk merawat kesan penuaan kulit dari dalam epidermis agar wajah anjal dan awet muda. Tak nak ker ??Dan ia juga dikatakan mampu mengurangkan dan memudarkan pigmentasi pada wajah. Ana belum lagi nampak keberkesanan pada pigmentasi wajah ana dan mungkin dengan penggunaan secara konsisten bakal menampakkan hasil di masa hadapan nanti, In Shaa Allah. 

KRIM PELEMBAB SIANG SAFI RANIA GOLD


Wajib pakai kalau nak kulit wajah korang sentiasa lembab dan tiada garis penuaan cepat hadir pada wajah terutamanya pada bawah mata. Pada ana, pelembab ni satu kewajipan dipakai setiap hari tak kiralah kalau nak keluar rumah ataupun sekadar di dalam rumah. Tak pernah ana abaikan. Cukup sekali pakai di waktu siang dan sekali lagi sebelum tidur. 

KRIM PELEMBAB SIANG SAFI RANIA GOLD ini pula perlu sangat dipakai sebelum kita keluar rumah kerana ia melindungi kulit dengan SPF25PA++IR serta Nano Gold 24K dan nutrisi Propolis. Ia bertindak melembapkan kulit dengan efektif dan membantu mengukuhkan struktur kulit. SPF25PA++IR pula melindungi kulit daripada sinaran UVA,UVB dan InfraRed (IR) dan mencegah kulit menjadi gelap serta tona yang tidak sekata. Propolis dari BEETOX TEHNOLOGY nya pula merupakan anti-oksidan yang mengukuhkan kulit dari lapisan epidermis agar anjal dan awet muda. So, korang nak kekal muda dan wajah yang sihat kena lah gunakannya setiap hari kay, amalkan dari peringkat awal usia lagi. 

KRIM PELEMBAB MALAM SAFI RANIA GOLD


Malam merupakan waktu rehat untuk kita, dan ketika ini juga kulit dapat direhatkan secukupnya dari terdedah kepada persekitaran. Namun tidur di dalam kamar berhawa dingin juga tidak baik untuk kulit wajah, seperti penggunaan losyen sebelum tidur, wajah juga memerlukan krim pelembab di waktu malam. Dengan adanya KRIM PELEMBAB MALAM SAFI RANIA GOLD yang dirumus khas dengan Nano Gold 24K dan nutrisi Royal Jelly ia cepat menyerap dan efektif merawat ketika kita lena diulit mimpi. Ia membaharui dan menguatkan sel-sel kulit untuk perlindungan optimum serta mengurangkan stress pada wajah yang keletihan. 

Haa wajah pun stress tau sepanjang hari dengan solekan di wajah. Royal Jelly pula kaya dengan 20 jenis Asid Amino, vitamin dan mineral untuk pembaharuan kulit wajah. Cuma sapukan pada wajah dan leher, urut lembut dalam gerakan menaik dan gunakan selepas membersihkan wajah sebelum tidur. 



Jadi mulakanlah langkah penjagaan kulit di peringkat awal usia lagi dan pilihlah produk yang selamat dan terbukti keberkesanannya. SAFI RANIA GOLD ialah satu produk yang diiktiraf HALAL dari JAKIM dan boleh di beli di mana-mana farmasi serta pasaraya seluruh negara. 





You May Also Like

10 comments

  1. Wah makin jelitalah kak ana lepas ne

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu,kak ana memang pemakai Safi Rania tegar Miza, seiring usia 4 siries lakatakan dah golden gitu :)

      Delete
  2. safi ni mmg best
    ramai yg pakai pun bagi feedback yg bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah serasi sangat dengan kak ana, EL

      Delete
  3. Kalau nak pakai kosmetik yang penting mesti pastikan selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mazni, yang di jualdi farmasi diyakini selamat untuk digunakan.

      Delete
  4. Setakat ni PC pun guna safi kak..alhamdulillah serasi jadi teruskan je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah PC, di usia kak ana ni kena maintain kan sahaja mana yang serasi, In shaa Allah

      Delete
  5. sha suka pembersih muka safi rania gold ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Sha ,kak ana serasi sangat dengan safi Rania Gold ni,maklumlah usia pun dah golden girl kan :)

      Delete