Drama DIA di TV3

by - Friday, October 20, 2017

Lama juga ana tak update drama siri yang ana ikuti di blog kan. Kebelakangan ni dah agak jarang mengikuti drama-drama tempatan mahupun telenovela. Faktor usia agaknya kan 😊😊. Tapi baru-baru ni sepupu ana pi tag kat FB teaser drama siri terbaharu lakonan Adi Putra, ermm depa-depa ni kalau Adi Putra je laju tag ana, sebab tahu sangat kakak depa ni peminat lakonan Adi Putra . Waktu siarannya pun jam 9 malam, sesuai sangat lah dah selesai urusan wajib ,boleh lah duk mengadap depan tv . Dan yang best lagi semangat nak tonton pula gandingan seorang lagi pelakon muda yang ana suka tengok lakonannya, Janna Nick. Izara Aisyah pun ada..lengkap pakej jom kita layan drama siri Dia di TV3 setiap Jumaat hingga Ahad jam 9:00 malam. 


Sinopsis Drama Dia (TV3) 

Menampilkan gabungan pelakon dari Indonesia Irwan Shah dan cik Janna Nick yang comel dari Malaysia. Mengisahkan Adit, seorang pemuda jujur dan rajin yang telah menerima surat wasiat arwah bapanya. Adit bakal mewarisi empayar perniagaan di Malaysia dan telah dipaksa berkahwin dengan anak kenalan ayahnya di Malaysia. Biarpun Adit sudah punya pilihan hati, tetapi dia terpaksa akur dengan keputusan ayahnya demi mereliasikan impian ayahnya itu. 


Adit (Irwansyah) telah dijodohkan dengan Emelda (Izara Aishah), walaupun Adit sebenarnya amat mencintai Aira (Janna Nick). Oleh kerana patah hati, Aira telah membawa diri ke tempat lain dan bekerja sebagai seorang penulis.

Adit berusaha untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada Emelda dengan sepenuh hati. Namun, jodohnya dengan Emelda tidak berpanjangan apabila isterinya itu meninggal dunia ketika melahirkan bayi sulung mereka yang diberi nama Icha Aulia (Sandrinna Michelle Skornicki).

Pada masa yang sama, Adit harus berdepan ujian untuk merapatkan hubungan Icha dengan keluarga arwah isterinya. Konflik bertambah apabila Adit bertemu semula dengan Aira, wanita yang pernah dicintainya sebelum dia membina rumahtangga bersama Emelda. Walaubagaimanapun, Aira kini rapat dengan Zaid (Adi Putra) yang telah lama mendambakan cinta Aira.

Pelbagai rintangan dan dugaan harus dilalui Adit. Adakah dia cukup tabah untuk mengharungi kesemua ujian yang menimpa ? Jom kita saksikan drama menarik Dia ini hingga ke episod akhir..tak kan nak published sini kan..spoil mood je nanti :)

Pelakon Drama DIA : 




WATAK PELAKON

Irwansyah sebagai Adit
Janna Nick sebagai Aira



Izara Aishah sebagai Emelda
Adi Putra sebagai Zaid



Sandrinna Michelle Skornicki sebagai Icha Aulia
Kevin Andrean sebagai Micah
Juliana Moechtar sebagai Zelma
Aleza Shadan sebagai Fatimah
Zamarul Hisham sebagai Hafiz
Fazlina Ahmad Daud sebagai Mak Milah
Farouk Hussain sebagai Pak Hashim
Hefny Sahad sebagai Hafiz (muda)
Nadia Brian sebagai Faitimah  (muda)
Amir Nafis sebagai Ferdi  (muda)
Ezatty Abdullah sebagai Mak Milah (muda)
Emma Maembong sebagai Tina dan ramai lagi

Sama-sama kita ikuti drama siri DIA 60 episod mulai 14hb Oktober 2017 di slot Drama Eksklusif TV3 di bawah arahan Eoon Shuhaini/Omar Olly Alaydrus dan Zamri Zakaria terbitan Orange Tree Production S/B & Limelight Pictures hingga ke episod akhir nanti.

Kredit foto: TV3 & Google Image 
Kredit sinopsis drama: myinfotaip.com



You May Also Like

2 comments