Tahniah ! Datuk Adi Putra

by - Tuesday, October 24, 2017

Sekalung tahniah buat pelakon pujaan ana, siapa lagi kalau bukan Adi Putra atau nama penuh beliau Mohamed Hadi Putera Bin Halim yang baru-baru ini menerima anugerah Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang pada 24hb Oktober 2017 yang lalu.



Tahniah buat Datuk Adi Putra dan pastinya akan mendorong beliau untuk terus menyumbang bakti kepada dunia seni, perniagaan dan kemasyarakatan dengan lebih giat lagi. Semoga Datuk Adi Putra akan terus sukses dalam segala urusan di dunia dan akhirat. Wahh..kan main ye..mentang-mentang bintang pilem pujaan hati haha :) , peminat kan..mestilah sukaaa :)


Menerusi akaun Instagram beliau , Adi mendedikasikan kejayaannya kepada kedua ibu bapanya dan keluarga serta peminat-peminat.

"Kepada Ibu, Bapak dan keluarga yg Adi tercinta, 
Kejayaan ini buat anda semua, serta Peminat yg saya sayangi."

Datuk Adi Putra yang kini  berusia 36, ialah Penaung Pertubuhan Kebajikan Kanser Johor atau Johor I Care Society. All the best buat Datuk Haji Adi Putra dari peminat setia mu www.anajingga.com .



Kredit foto-foto : Instagram @adpadiputra
Sumber rujukan : Berita Harian 

You May Also Like

4 comments

  1. Replies
    1. Tahniah buat Datuk Haji Adi Putra :)

      Delete
  2. Mutu lakunan yg bersahaja. Tahniah datuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Mizi,lakonan yang sentiasa kena dengan setiap watak yang di bawa :)

      Delete