Majlis Pertunangan Fazura dan Fattah Amin

by - Thursday, November 23, 2017

Hai..dah kenapa nak terbit entri tentang artis pula ni? Ini bukan blog gossip ye...masih blog gaya hidup yang santai dari catatan www.anajingga.com. Cuma kali ini ana nak kongsikan kemanisan cinta di majlis pertunangan pelakon wanita antara yang ana minati sangat, iaitu Nur Fazura Shariffudin dengan Fattah Amin. Ana minat Fazura dari lakonannya dalam filem Gol & Gincu lagi. Sampai lah ke hari ini, kalau Fazura yang berlakon semangat sangat nak tonton hingga ke episod akhir. Tak kira la filem atau drama. Last ana tonton lakonan Fazura di pawagam ialah filem J Revolusi hari tu, Fazura memegang watak Dian , kakak kepada Zul Ariffin. Best sangat filem tu.

Baru-baru ni, menjadi tanda tanya di kalangan peminat Fazura dan Fattah Amin, tentang status mereka. Sana sini blog hiburan mengandaikan mereka telah bernikah sebelum menunaikan umrah bersama keluarga masing-masing. Ada juga spekulasi mengatakan mereka akan bernikah di Mekah. Dan yang tak sabar dan gemar membuat andaian pula, pelbagai spekulasi di perkata kan di laman sosial. Sedangkan Fazura dan Fattah awal-awal dah bagitau akan mengadakan sidang media pada 23hb November 2017. Dan hari yang di nantikan telah tiba, satu sidang media telah di adakan untuk menjelaskan perkara sebenar status mereka berdua. Tahniah !! Dan Alhamdulillah.. Fazura dan Fattah telah melangsungkan majlis pertunangan mereka secara tertutup di dalam majilis yang sederhana pada 13hb November 2017. Terjawablah sudah..dan kemudian mereka bersama keluarga menunaikan umrah ke Tanah Suci.



Gambar dan Video Majlis Pertunangan Fazura dan Fattah Amin



Malahan menerusi akaun Instagram Fazura yang ana follow @Missfazura juga , Fazura berkongsikan 3 video pendek sekitar majlis pertunangan mereka yang berlangsung. Serius cantik sangat Fazura di hari pertunangannya. Sama cantik dan sama padan bagai pinang di belah dua. Tak percaya korang pii laa skodeng di IG Fazura, Ketika sidang media yang lepas juga, Fattah mengumumkan mereka dalam proses pernikahan yang bakal berlangsung dalam masa terdekat. Mana kala majlis resepsi pula akan di adakan pada tahun hadapan. Sekarang pun dah nak masuk Disember, selang sebulan dah masuk tahun baru 2018 kan. 







Cantiknya Fazura dengan imej berhijab. Dan semoga jodoh antara mereka berdua dipercepatkan dan kekal hingga ke akhir hayat, Aamiin. Tak begitu di gembar-gemburkan kisah percintaan mereka dan terus ke alam pertunangan dan kemudian bakal menjadi pasangan suami isteri yang sah. Kita perlu menghormati keputusan mereka untuk mengadakan majlis pertunangan dan pernikahan secara tertutup kerana mereka juga perlukan privasi dalam meraikan hari-hari bersejarah di dalam hidup mereka. Dan pastinya, Fazura dan Fattah akan berkongsi bersama peminat setianya setelah selesai majlis kelak kerana mereka juga insan biasa yang tak semua akan di kongsikan dengan umum. Lain orang lain pandangan dan caranya.Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka. 






Kredit foto-foto : Instagram @Missfazura

You May Also Like

2 comments