Sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur dan di pertemukan jodoh dengan suami yang berasal dari Kelantan, memang tak pernah tahu pun kewujudan sejenis makanan yang dinamakan solok lada ni. Orang Perak kan, mana tahu selain dari menu ibunda negeri sendiri. Rupanya solok lada ni di makan dengan nasi kerabu. Selepas dua puluh tahun kahwin baru ni la nak cuba sediakan nasi kerabu bersama solok lada. Itupun selepas Kak Ida, jiran dan juga bagaikan kakak ana yang bawakan beberapa biji lada solok dari Kelantan. Untuk membuat solok lada ni, bukan boleh guna cili hijau biasa, dia ada cili yang special untuk solok sahaja iaitu lada solok.


Lada solok

Bagi yang belum pernah melihat bagaimana rupanya lada solok, tu dalam gambar di atas yang di bawa Kak Ida untuk ana dari Kelantan. Terima kasih kak Ida cayang 💕💕 Menurut Kak Ida, lada solok ni nipis sikit dari cili hijau biasa dan bila di masak pedasnya pun tak sepedas cili biasa tu. Ada keunikan rasanya yang tersendiri. Warnanya pun lain kan,hijau epal warna lada solok ni.

Cara buat solok lada

Bila dah dapat lada solok ni, kak Ida ajarkan juga cara nak buat solok lada dan selebihnya ana cari halaman Google dan terjumpa di entri adinda blogger yang akrab dengan ana jua www.akifimtiyaz.com . Kredit resepi buat Lya di blognya. 

Bahan-bahan untuk resepi solok lada:

- Lada solok (belah dua dan buang bijinya)
- Isi ikan ( ana gunakan ikan sardin, boleh juga gunakan ikan kembung atau ikan selayang)
- Kelapa parut ( lebih lemak kalau gunakan kelapa muda)
- Santan
- 3 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar
- 1 inci halia 
- Gula
- Garam

Cara buat solok lada 

1.Rebus ikan, sisip kan isinya dan tumbuk di dalam lesung batu hingga lumat .



2. Tumbuk kan juga bawang merah, bawang putih dan halia.Gaulkan sekali dengan isi ikan tadi.

3. Kemudian gaul rata dengan kelapa parut serta rasakan dengan garam dan gula.


4. Ambil lada solok yang telah di belah dua tadi dan sumbatkan ramuan isi ikan bersama kelapa ke dalamnya. Isi kemas-kemas dan padat-padat.



5. Dah siap sumbat, masukkan ke dalam periuk dan masukkan santan pekat bersama secubit garam dan gula. Didihkan di dalam api yang perlahan sehingga santan menggelegak. Tutup api.




6. Ada juga yang buat solok lada ni dengan cara mengukusnya. Tapi menurut kak Ida, cara merebus dengan santan ni lebih sedap kerana lemak santan meresap bersama isi ikan dan lada nya.



7. Tadaa!! Beratur dah solok lada hasil kerja ana dan anak-anak. Abaikan lah kecomotannya kerana ini merupakan percubaan kali pertama, bak kata orang practice makes perfect , lepas ni comel la kut nanti bila buat sekali lagi nanti,huhu 😊😊

Selamat mencuba resepi solok lada untuk yang ingin mencubanya ,