Sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur dan di pertemukan jodoh dengan suami yang berasal dari Kelantan, memang tak pernah tahu pun kewujudan sejenis makanan yang dinamakan solok lada ni. Orang Perak kan, mana tahu selain dari menu ibunda negeri sendiri. Rupanya solok lada ni di makan dengan nasi kerabu. Selepas dua puluh tahun kahwin baru ni la nak cuba sediakan nasi kerabu bersama solok lada. Itupun selepas Kak Ida, jiran dan juga bagaikan kakak ana yang bawakan beberapa biji lada solok dari Kelantan. Untuk membuat solok lada ni, bukan boleh guna cili hijau biasa, dia ada cili yang special untuk solok sahaja iaitu lada solok.


Lada solok

Bagi yang belum pernah melihat bagaimana rupanya lada solok, tu dalam gambar di atas yang di bawa Kak Ida untuk ana dari Kelantan. Terima kasih kak Ida cayang 💕💕 Menurut Kak Ida, lada solok ni nipis sikit dari cili hijau biasa dan bila di masak pedasnya pun tak sepedas cili biasa tu. Ada keunikan rasanya yang tersendiri. Warnanya pun lain kan,hijau epal warna lada solok ni.

Cara buat solok lada

Bila dah dapat lada solok ni, kak Ida ajarkan juga cara nak buat solok lada dan selebihnya ana cari halaman Google dan terjumpa di entri adinda blogger yang akrab dengan ana jua www.akifimtiyaz.com . Kredit resepi buat Lya di blognya. 

Bahan-bahan untuk resepi solok lada:

- Lada solok (belah dua dan buang bijinya)
- Isi ikan ( ana gunakan ikan sardin, boleh juga gunakan ikan kembung atau ikan selayang)
- Kelapa parut ( lebih lemak kalau gunakan kelapa muda)
- Santan
- 3 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar
- 1 inci halia 
- Gula
- Garam

Cara buat solok lada 

1.Rebus ikan, sisip kan isinya dan tumbuk di dalam lesung batu hingga lumat .



2. Tumbuk kan juga bawang merah, bawang putih dan halia.Gaulkan sekali dengan isi ikan tadi.

3. Kemudian gaul rata dengan kelapa parut serta rasakan dengan garam dan gula.


4. Ambil lada solok yang telah di belah dua tadi dan sumbatkan ramuan isi ikan bersama kelapa ke dalamnya. Isi kemas-kemas dan padat-padat.



5. Dah siap sumbat, masukkan ke dalam periuk dan masukkan santan pekat bersama secubit garam dan gula. Didihkan di dalam api yang perlahan sehingga santan menggelegak. Tutup api.




6. Ada juga yang buat solok lada ni dengan cara mengukusnya. Tapi menurut kak Ida, cara merebus dengan santan ni lebih sedap kerana lemak santan meresap bersama isi ikan dan lada nya.



7. Tadaa!! Beratur dah solok lada hasil kerja ana dan anak-anak. Abaikan lah kecomotannya kerana ini merupakan percubaan kali pertama, bak kata orang practice makes perfect , lepas ni comel la kut nanti bila buat sekali lagi nanti,huhu 😊😊

Selamat mencuba resepi solok lada untuk yang ingin mencubanya ,

11 Comments

  1. boleh try jugak lepas ne tq kak ana. selalu miza beli jew

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ana pun first time cuba, kena praktis lagibagi cantik isian ikannya hihi :)

      Delete
  2. aduh terliur sudah saya ni.. dapnya makan ngan nasi kerabu

    Jemput baca vitamin untuk umrah yang membantu ibu hamil 7 bulan tanpa ubat sepanjang umrah musim panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi memei guu dia la dengan nasi kerabu tu ZAS :)

      Delete
  3. Hehehe sedap ni kak ana.. hehehe tq kak ana singgah tgk resepi kat blog kita hehhee.. tq tq tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. duk 1st page Lya di Google SE, Alhamdulillah semoga dikurniakanNya pahala yang berpanjangan di atas perkongsian yang bermanfaat ini, In Shaa Allah

      Delete
  4. febret ni lama tak buat sebab xjumpa lada solok dekat sini... cara ekin ma ajar lain ikan buat mentah2 hihihihi..

    ReplyDelete
  5. ramai org perak suka solok lada nih..tp cilinya susah nk jumpa kt sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Sha, lada solok ni sukar nak cari, ni pun jiran kak ana bawa dari Kelantan, tu yang merasa mencubanya :)

      Delete