Drama Sejadah Untuk Dia - Astro Oasis dan Maya HD

by - Saturday, January 06, 2018

Drama terbaharu yang bakal ana ikuti kali ini ialah Sejadah Untuk Dia di Astro Oasis dan Maya HD . Apa yang best sangat nak ikuti slot drama Sejadah Untuk Dia ni? Haha , kerana heronya lah tak lain tak bukan Adi Putra atau Dato Haji Adi Putra berganding pula bersama pelakon cantik manis yang dah lama tak muncul di kaca tv iaitu Wawa Zainal. Turut di bintangi pelakon-pelakon terkenal seperti Tania Hudson, Ben Amir, Rashidi, Rahim Omar, Noor Khiriah, A.Galak, Marissa Yasmin, Aleza Shadan, Shahronizam Noor dan ramai lagi. Drama sebanyak 24 episod ini diarahkan oleh Rahili Ali dibawah terbitan produksi Skop Production Sdn Bhd. Akan mula bersiaran pada 1 Januari 2018. setiap hari Isnin hingga Rabu pukul 9 malam di Astro Oasis saluran 106 dan Maya HD saluran 135.

Drama Sejadah Untuk Dia 





Sinopsis Drama Sejadah Untuk Dia

Memetik sumber dari blog myinfotaip, drama Sejadah Untuk Dia mengisahkan Alif seorang bekas banduan yang kini sudah kembali ke pangkal jalan. Namun selepas dia dibebaskan Alif dapat tau yang ibunya Mariam meninggal dunia semasa dia didalam penjara. Kehadirannya juga tidak diterima baik. Alif dihalau keluar dan diingatkan untuk tidak mencari mereka lagi.

Watak dan pelakon drama Sejadah Untuk Dia :

Adi Putra sebagai Alif
Wawa Zainal sebagai Zara
Ben Amir sebagai Kamal
Rashidi Ishak sebagai Rizal
Tania Hudson sebagai Suraya
A.Galak sebagai Hj Omar
Marissa Yasmin sebagai Mariana
Noor Khiriah sebagai Aishah
Aleza Shadan sebagai Puan Sri Zuraida
Shahronizam Noor sebagai Tan Sri Musa
Rahim Omar sebagai Dato Rahim

Okay lah tengok dari sinopsis dan barisan pelakon sahaja dah boleh agak dah ia pastinya satu tontonan drama yang menarik untuk di ikuti. Tambahan pula di siarkan di channel Astro Oasis yang mana pasti banyak nilai-nilai murni yang ingin di sampai dalam penceritaan drama ini nanti. Jadi apa tunggu lagi , jom kita sama-sama ikutinya yang telah pun bermula mulai 1hb Januari yang lalu hingga ke episod akhir nanti. 

You May Also Like

4 comments

  1. assalamualaikum...sy tumpang baca...lama benar tak singgah blog kak ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam SAIF, lama tak menjengok ke blog Saif, In shaa Allah nanti kak ana ke sana :)

      Delete
  2. Salam hujung minggu ana. Semoga terisi masa dengan aktiviti yang bahagia

    ReplyDelete