Kita sekarang ni memang mudah sangat nak bergambar. Malahan di mana-mana sahaja kini boleh bergambar dalam pelbagai sudut. Majlis keraian, reunion, makan-makan dan bercuti pasti kita akan abadikannya. Namun masalahnya ialah gambar-gambar sekarang tak banyak yang kita boleh simpan dan cetak atau orang dulu-dulu panggil 'cuci gambar'. Silap haribulan smartphone rosak atau hilang, habislah semua gambar-gambar tersebut hilang lenyap. 

Baru-baru ni, ana bercadang juga nak cetak beberapa keping foto dari smartphone, bila ana tanya di kedai gambar sekeping harga cetak gambar bersaiz 4R ialah 75 sen, kalau tak silap ana lah dan upah proses pula RM5. Jadi kali lah dengan bilangan gambar yang hendak di cetak, boleh tahan gak harganya. Nak di jadikan cerita, baru-baru ni ada perkongsian dan war war di radio promosi cetak gambar di Photobook secara percuma dengan menggunakan beberapa kod diskaun tetapi kita hanya perlu membayar kos postage sahaja sebanyak RM8.48. PERCUMA!! Siapa tak nak kan..dalam zaman kegawatan dan berjimat-cermat sekarang ni, ambil sahaja setiap peluang dan ruang yang dapat menjimatkan...




Cara buat Photobook 


Benda baik ni kita kena kongsikan bersama, mana tahu ada yang berminat juga nak buat sebuah Photobook semurah RM8.48 sahaja dan kita akan mendapat 21 keping gambar di cetak di 20 halaman atau pages. Murah tu, sangat berbaloi. Dan kebetulan ana baru sahaja balik dari bercuti ke Cherating bersama keluarga, Kak Long sampai rumah sahaja terus tempah sebuah Photobook dan selang 4 hari dah selamat sampai ke tangan kami. Memang cantik cetakannya dan kertas yang di gunakan pun amat berkualiti. Cover pula dalam bentuk hardcover, sangat-sangat murah hanya pada harga postage sahaja yang perlu di bayar.

Ana nak kongsikan dengan korang bagaimana nak buat sebuah Photobook untuk tempoh promosi ni dengan berkongsikan beberapa kod diskaun yang membolehkan korang mendapat harga promosi ini. Namun ana tak pasti sampai bila tempoh promosi ini akan berlangsung. Kenalah rujuk kepada laman web Photobook untuk keterangan lanjut.

Okaylah, meh ikuti tutorial mudah ini ketika ana menempah satu lagi Photobook untuk mengabadikan foto-foto kenangan. 

1. Mula-mula korang perlu download aplikasi Photobook dari Apps Store atau Play Store ke smartphone masing-masing. Logo Photobook adalah seperti di tunjukkan pada arrow dalam gambar di bawah.




2. Bila dah siap download, buka aplikasi di phone dan pilih jenis Photobook yang di tawarkan ialah template Simple Books 




3. Ambil saiz book 6 x 6 tu, ana tak pasti kalau korang pilih saiz lain bakal di kenakan bayaran berapa kerana ana hanya mengikut tutorial dari akaun FB yang di kongsikan dan yang ana sendiri buat dan mendapat kos bayaran serendah RM8.48 tersebut. Kat situ memang akan terpapar RM79 ke atas tapi jangan risau nanti harganya akan berubah jika kod diskaun masih valid, kerana ana tak pasti tempoh akhir promosi ni sampai bila. 




4. Korang boleh lah pilih gambar-gambar mana yang ingin di cetak sama ada dari phone galery atau mana-mana laman social media korang. Untuk promosi ini, hanya 21 keping gambar di mana satu untuk cover dan 20 lagi di dalam book. Kalau korang nak banyak gambar mungkin boleh collage kan siap-siap dan select. Kemudian susun lah gambar mengikut pilihan korang dengan drag ke posisi yang di kehendaki.



5. Kemudian pilih jenis kertas iaitu Default Paper sahaja lah kalau nak yang free kan 😉😉



6. Korang klik je pada Next di sudut atas tu dan ikuti sahaja setiap arahan yang di beri, mudah je kan. Isi kan matlumat yang di minta untuk tujuan pengeposan.




7. Bila sampai di Checkout tu,korang akan di berikan harga yang perlu dibayar, ketika inilah korang perlu masukkan kod diskaun di dalam kotak yang di beri dan harga akan bertukar kepada RM8.48 sekiranya promosi kod diskaun masih valid ye.. Ana nak berikan beberapa kod diskaun yang boleh di gunakan iaitu -- HARIANMETRO , KOOL79, FLY79, THROWBACK, OHMEDIAPBWW, BNARAPBWW, TOGETHER (sumber FB Nur Wawa ) . Guna salah satu sahaja dan boleh di guna semula untuk cetakan yang lain selagi valid




8.  Korang pilihlah kaedah bayaran online yang korang nak gunakan. Klik pada Order Now.  Selepas bayaran di sukses, korang akan menerima email pengesahan dan proses tempahan dianggap berjaya.




 9. Bila sukses, korang kena tunggu sehingga uploading tempahan kita di lakukan. Selesai sehingga 100%.




10. Siap semua status akan bertukar kepada Processing . Korang boleh check nanti status sehingga lah produk sampai ke rumah. Untuk tempahan pertama hari tu, ia mengambil masa 4 hari untuk di terima dan penghantaran menggunakan GDEX.



Kemudian kita tunggu je lah kay penghantaran ke rumah.

32 Comments

  1. Replies
    1. percuma tapi harga postage kena bayar hat rm8.48 tu dan selagi kod masih valid, kalau tak valid cuma try mana-mana kod lain, kalau tak valid semua maknanya tempoh promosi dah tamat la tu hihi :)

      Delete
  2. terima kasih kak ana. nak buat jugak

    ReplyDelete
  3. Saya tak pernah try yang hardcover..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hat ni hardcover tapi 20 pages sahaja Eyma :)

      Delete
  4. Bagus perkongsian Ana ini. Kakcik tak pernah ada photobook...bolehlah cuba. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah kak cik sementara ada promosi ni :)

      Delete
  5. Replies
    1. cepat Timm sementara masih valid, ada kod yang dah tak valid tau :)

      Delete
  6. Trima kaseh ana :-)
    Sangat berguna untuk pengguna baru photobook..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama UMIE,semoga bermanfaat buat semua

      Delete
  7. Replies
    1. wahhh caiyok caiyok selagi valid kod dapatlah harga promosi tu kan :)

      Delete
  8. Replies
    1. terbaharu ada promo kod free di channel2 Astro,kalau kod di atas rasanya dah tak valid , saya tak pasti :)

      Delete
  9. Macam mana ye..klu lupe nk upload..tp dah byar dah..status still on hold..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi macam mana boleh jadi macam tu, cuba email customer servis Photobook semula dan minta mereka guide kay :)

      Delete
  10. kod tuu mna nak dapat ? kena bli ka??

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya bila kita sign up di Photobook mereka akan email setiap kali ada kod promotion, atau boleh juga beli di LAZADA ketika ada tawaran serendah RM1 kalau tak silap harga nya.. ikut pada kempen promosi Photobook

      Delete
  11. nak send file ttba gmbr hilang separuh... siap ada tanda seru.. sampai kesudah tak hantar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba semula sampai file upload baharu mereka terima order kita, kalau ada masalah pun boleh email customer service dan mereka akan reply nnti.

      Delete
  12. Nak tnya knapa bila saya nak buat pmbayran kat cimb clicks dia tulis transaction not permitted. 😢😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. payment melalui apps Photobook terus kan Asyahima ? Kalau ada masalah Asya email atau hubungi hotline Photobook terus ye untuk penjelasan. Selalunya AJ bayar terus dari apps ke bank pilihan yang ada kat situ tak ada masalah. Email Photobook ye untuk keterangan lanjut..

      Delete
  13. Kenapa ya sy buat asyik tak berjaya 😭 dia minta tunggu email apa benda ntah sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketika KAk AJ menjawab soalan ni, rasanya dah tak ada promotion lagi masa ni. Ya betul kena tunggu email depa akan hantar selepas berjaya upload file tu :)

      Delete