Ini satu lagi siri yang telah ana ikuti selama 8 musim...almaklumlah...ana ni kan seorang housewife juga so mesti layan drama-drama siri ni... Walaupun cara hidup mereka ni jauh berbeza dengan cara kita orang timur tapi ana melihat drama ini dari segi jalan cerita,konflik dan kerenah manusia yang menjalani liku-liku kehidupan masing-masing.Satu lagi nilai murni dalam siri ini ialah erti persahabatan yang kekadang ada suka dan duka yang dilakui bersama.Tak kira apa bangsa,budaya dan agama..setiap dari insan itu pasti akan melalui perjalanan hidup yang berliku...

Siri ini mula diperkenalkan pada musim pertama di Amerika Syarikat pada 3.10.2004 dengan pengenalan 23 episod.Diilhamkan dari jalan cerita rekaan Marc Cherry di rangkaian chanel ABC.Siri ini agak unik dengan penceritaan suara latar oleh Brenda Strong yang melakokan watak Mary Alice Young yang telah mati membunuh diri walaupun kehidupannya agak sempurna pada episod pertama pengenalan siri ini.Setiap episod Brenda akan menceritakan babak kehidupan yang dilalui oleh 4 orang kawan karibnya iaitu Susan Delfino (Teri Hatcher), Lynette Scavo (Felicity Huffman), Bree Van De Kamp (Marcia Cross) dan Gabrielle Solis ( Eva Longoria).Disamping itu ada beberapa watak-watak sampingan yang muncul dalam satu-satu musim baru disamping pelakon-pelakon tambahan untuk watak-watak ahli keluarga  masing-masing.

rujukan untuk watak dan karektor musim akhir di :http://en.wikipedia.org/wiki/Desperate_Housewives_%28season_8%29


Drama siri Desperate Housewives



Mary Alice Young (Brenda Strong) menceritakan perjalanan rakan-rakannya di Wisteria Lane
WISTERIA LANE:

Kawasan kejiranan yang sangat popular diseluruh dunia yang dibina di Colonial Street, Universal Studio, Holywood dimana kisah Desperate Houswives dilakonkan.
Wisteria Lane suatu lokasi taman perumahan yang dibina di Universal Studio

Rumah Keluarga Solis

Rumah Keluarga Scavo

Rumah Keluarga Delfino

Rumah Van De Kamp

Rumah Renee Perry
sumber rujukan sila ke :http://en.wikipedia.org/wiki/Wisteria_Lane

Watak-watak Utama siri Desperate Housewives:

SUSAN DELFINO: (TERI HATCHER)

Teri Hatcher sebagai Susan Delfino

Teri Hatcher sebagai Susan Delfino seorang suri rumah yang agak kuat mendesak dan sukar diramal perwatakkannya mempunyai seorang anak gadis remaja bernama Julie Mayer (Andrea Bowen) melalui perkahwinan pertamanya dan seorang anak lelaki M.J Delfino (Mason Vale Cotton) bersama suaminya Mike Delfino (James Denton).

James Denton sebagai Mike Delfino



Susan Delfino bersama anaknya Julie Meyer dan Mike Delfino



Di akhir musim ke-8, Susan merupakan orang yang pertama meninggalkan Wisteria Lane kerana mengambil keputusan untuk menjual rumahnya yang terlalu banyak menyimpan kesedihan selepas kematian Mike Delfino ditembak lintah darat kerana menyelamatkan jiran mereka Ben Faulkner (Charles Mesure) dan Renee Perry ( Vanessa Williams). Susan berpindah bersama anaknya MJ dan Julie serta cucu mereka.

LYNETTE SCAVO: (FELICITY HUFFMAN)


Felicity Huffman sebagai Lynette Scavo
Lynette seorang suri rumah yang mempunyai anak yang ramai terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah rumahtangga,kerenah anak-anak,perniagaan yang jatuh bangun serta berhadapan dengan penyakit kanser.Wanita tabah ini terus mengharungi kehidupannya dan merupakan seorang watak yang suka memerintah.Rumahtangganya bersama Tom Scavo (Doug Savant) hampir menemui kegagalan.

Doug Savant sebagai Tom Scavo


keluarga Lynette Scavo
Di akhir episod, Lynette kembali rujuk bersama suaminya Tom Scavo kerana rasa cinta mereka yang masih kuat dan mereka berpindah meninggalkan Westeria Lane dan berhijrah ke New York kerana Lynette menerima tawaran kerja dari jiran lama mereka Katherine Mayfair (Dana Delany).

BREE VAN DE KAMP :( MARCIA CROSS)

Bree Van De Kamp lakonan Marcia Cross

Seorang wanita yang sangat suka memasak dan terkenal dengan buku resepinya di seluruh Wisteria Lane.Wataknya seorang wanita yang agak konservetif dan taat pada agamanya namun seringkali gagal dialam perkahwinannya.Bree sering mencari kebahagiaan disamping lelaki-lelaki yang dikenalinya tetapi seringkali gagal di penghujungnya.



Pada penghujung episod akhir Bree berhadapan dengan kes pembunuhan Alejandro bapa tiri Gaby kerana melindungi keluarga Solis namun terlepas selepas Karen Mc Clusky (Kathryn Joosten) mengakui membunuhnya.Mahkamah tidak dapat menjatuhkan hukuman kerana Karen terlalu tua dan mengidap kanser dimana akhinya Karen meninggal dunia.Bree berkahwin dengan peguamnya Trip Weston (Scott Bakula) dan berpindah ke Louisville serta menceburi bidang politik disana.

GABRIELLE SOLIS (EVA LONGORIA)

Eva Longoria sebagai Gabriella Solis
Seorang ibu muda yang terlalu mementingkan kecantikan dan wang ringgit namun didalam hatinya terselit jua rasa tanggung jawab terhadap anak-anak dan rumahtangganya.Menghadapi pelbagai musibah sehingga satu tahap mereka jatuh miskin dan suaminya Carlos Solis (Ricardo Antonio) pernah menjadi buta.Namun mereka akhirnya berjaya mengakhiri kesulitan hidup dan sentiasa mengambil berat tentang persahabatan walaupun ada ketikanya berhadapan dengan konflik-konflik.

Ricardo Antonio sebagai Carlos Solis

Solis dan keluarganya
Di episod akhir, Gaby dan keluarganya berpindah ke California dan Gaby melancarkan jenama jualannya sendiri sehingga berjaya dalam perniagaannya.

 FOTO DAN VIDEO DI AKHIR MUSIM DESPERATE HOUSEWIVES MUSIM 8










Youtube antara babak-babak akhir dalam episod akhir musim ke lapan

Youtube It Ends Tonight tribute untuk semua watak dan adengan yang pernah ditonton dari musim pertama hingga musim ke lapan.

Semua ini sebagai satu kenangan kisah Desperate Housewives dalam lipatan catatan telemovie yang paling ana gemari dari kaca mata ana.Sumber rujukan : wikipedia, youtube,Google Image dan http://www.examiner.com/article/desperate-housewives-series-finale-a-final-kiss-goodbye-after-8-seasons

0 Comments