Lama dah ana tak kongsi resepi..bukan apa tak de apa-apa yang unik nak dikongsikan disini... Semalam selepas buntu memikirkan nak masak apa,akhirnya tercetus idea nak buat sambal goreng tempe versi ana sendiri...ikut apa yang ada kat dapur terus masukkan dalam resepi ni....



Bahan-bahan yang ana gunakan:
- tempe (ikut suka berapa keping nak guna)
- fucuk@tauhu goreng nipis tu
- suun (satu peket kecil dah cukup)
- ubi kentang (hiris nipis -ikut suka berapa banyak)
- ikan bilis (ikut suka)

semua bahan-bahan di atas hendaklah digoreng kemudian toskan ...


Bahan-bahan yang telah di goreng..

- bawang besar (2 biji)
- bawang putih (2 ulas)
- pes cili @ cili giling
- kicap pekat
- garam

Blend bawang besar dan bawang putih,tumiskan di atas api,masukkan cili giling dan kicap serta garam.Masukkan bahan-bahan gorengan tadi dan kacau rata..Jika terlalu kering tambahkan sedikit air atau air asam jawa yang cair...


Ini sahaja untuk kali ini....

6 Comments

  1. wahh.. favourite kiter jugak arr..

    ReplyDelete
  2. Ni memang fav seisi rumah kami juga

    ReplyDelete
  3. kak ana, memang semuanya perlu digoreng ya... teringin juga nak membuatnya hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Eny, semua goreng dulu dan toskan sebab agak berminyak masakan ni :)

      Delete