Terletak di Kundang sebuah bandar kecil di Selangor, Tasik Biru sejak dua menjak ni mula di komersialkan oleh pihak berkuasa tempatan sebagai satu lagi tempat rekreasi dan riadah untuk seisi keluarga bagi yang tinggal di kawasan sekitar seperti Rawang,Kuang,Sungai Buluh dan sebagainya... Sebuah tasik yang terbentang luas ini sering dijadikan lokasi pengambaran drama tempatan dan selalu di kunjungi oleh penggemar permainan Jet Ski,bot laju dan sebagainya...

Baru-baru ini ana ke sini untuk mencari sesuatu barangan dan di kesempatan lalu di kawasan Tasik Biru ini,ana kongsikan beberapa keping foto yang sempat dirakamkan untuk tatapan rakan-rakan blogger sekelian.. Dalam pada itu , ana dapati beberapa projek naik taraf kawasan rekriasi di sekitar Tasik Biru ini sedang giat di jalankan untuk kemudahan di masa hadapan...






Tasik Biru,Kundang,Selangor
Terdapat aktiviti permaian Jet Ski di sini


Deretan gerai-gerai di tepi Tasik Biru.