Hiasan Cermin di dinding..
![]() |
Cermin Hiasan Dinding |
Ana nak kongsikan disini projek terbaru di pondok kecil kami...cermin dinding untuk meja makan..Sebelum ini ana gantungkan sebuah cermin besar di ruang dinding ini..Oleh kerana dah agak jemu dan nak ubah pemandangan dalam rumah , ana tukarkan kepada tiga keping cermin panjang secara susunan menegak..
Budjet untuk hiasan ini pun memang sangat murah tak sampai seratus ringgit pun..setiap keping cermin panjang ini cuma berharga dalam lingkungan RM20 sahaja...dan boleh didapati di kebanyakan pasaraya di merata tempat...Terpulang pada keluasan ruang dan kreativiti masing-masing untuk mendeko ruang dalaman rumah mengikut kemampuan masing-masing...
Untuk memberikan lebih banyak inspirasi dan idea , ana kongsikan di sini beberapa lagi design cermin hiasan dinding dari Google Image:
Mahu Deko! Deko! Deko!.. Klik je sini!

~berkongsi idea~
21 Comments
sy pon tgh cari cermin panjang ni..
ReplyDeletesemoga bibi mendapat sedikit inspirasi dari entri ana kali ini...
Deletecermin bg impak luas untuk ruang kn ana.. :) nice.. idea..
ReplyDeletedear lilynn: memang benar kebanyakan rumah berkonsep moden kini bermain dgn cermin sbg elemen utama ruang dalaman...
Deletetiba2 teringin nak miliki cermin cenggitu, mklm le rumah taman, sempit
ReplyDeletecubalah umi alya...tak pe kita deco ikut kemampuan kita..rumah kita syurga kita..
Deletesuka yg last sekali tu..unik
ReplyDeletetq S.Faezah..
Deletemacam-macam jenis ada.. cantik-cantik :)
ReplyDeletetq ros_reeza..
Deletewahh...boleh dijadikan inspirasi deco rumah ni :)
ReplyDeletetq Liza Razak: kita kongsi2 inspirasi disini..
Deletecermin buatkan ruang rumah luas.. best kalau pandai decorate sndri..
ReplyDeletebetul hafiza, bolehlah setakad nak deko2 ruang kecil dirumah sendiri kita deko ikut budjet masing2 kan..
DeleteCermin boleh buat rumah luas.. tapi takut jugak bila malam.. terbayang ada kelibat di cermin..
ReplyDeletehaha..misteri tu amir zahari..setakad ni tak pernah lagi nampak apa2 yg misteriiii..hehe
Deletenk beli crmin nie kt mne
ReplyDeletekalau cermin yang di atas sekali tu, ana beli di Aeon..dan di Giant pun ada..lain2 boleh cari di Ikea ataupun mana2 kedai perabot pun banyak ain munira... :)
Deletealamak Razak Jaafar, ana tak pastilah sebab selalunya suami akan drill dan gunakan penyangkut untuk lekatkan cermin di dinding.Rasanya boleh kut cuba tarik perlahan-lahan dari pelekat tu,tarik dari sudut-sudut mungkin.maaf ye tak dapat membantu saudara :)
ReplyDeleteWhere to get the nice Mirror with that price RM 20?
ReplyDeleteI bought it from Giant Supermarket (2013 )
Delete