Al Fatihah...


Dengan penuh rasa sedih dan sayu terpanggil untuk ana coretkan di sini tentang pengesahan Perdana Menteri malam tadi bahawa pencarian MH 370 selama ini telah berakhir perjalanannya di tengah Lautan Hindi yang jauh terpencil dan sunyi. Ana tak pernah kenal siapa anak kapal dan penumpangnya namun ruh Islam yang menebal menerima perkhabaran ini dengan rasa sedih dan menitiskan airmata apabila mengetahui saudara seagama kita telah pergi meninggalkan keluarga dan sahabat dengan cara yang amat tragis.Sebak mengenangkan perasaan hiba dan tangisan ibu,bapa,suami,isteri,anak,adik beradik dan sahabat taulan yang selama hari ini masih mengharapkan keajaiban Takdir berakhir di sini.Bagi kita yang berpegang pada akidah Dari Allah Kita Datang, Kepada Allah Kita Kembali, pasti berusaha untuk tabah menerima ketentuanNya.Tiada siapa dapat melawan takdir.

Ana berdoa sekali lagi kepadaNya semoga dipertemukan sebarang tanda dan jawapan bagi merungkai kenapa dan mengapa MH 370 berada jauh dari tujuan asal destinasinya.Semoga usaha yang di lakukan oleh mereka dalam proses pencarian di Lautan Hindi yang bergelora itu dipermudahkan oleh Allah swt.Amin.






9 Comments

  1. Assalamualaikum kak ana.. semoga Allah permudahkan urusan pencarian pesawat mas mh370 bersama kotak hitamnya. kuatkan semangat ahli keluarga mangsa menerima dugaan ini T________T"

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam dik sheila,benar semoga dipermudahkanNya jua segala usaha untuk mencari jawapan bagi setiap persoalan..amin.

      Delete
  2. Teruskan berdoa...moga berjumpa...sekurang-kurangnya kita mampu ucapkan selamat tinggal...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Takziah buat kaum keluarga mereka dan Al Fatihah buat saudara Islam kita..

      Delete
  4. semoga operasi mencari dan menyelamat mangsa dipermudahkan..takziah untuk semua keluarga mangsa

    ReplyDelete