Jambatan kedua Pulau Pinang


Plaza tol Jambatan Kedua Pulau Pinang

Alhamdulillah diberiNya kesempatan untuk menaiki jambatan kedua di Pulau Pinang ,minggu lalu.Lebih teruja ialah abah ana yang memang ingin sangat merasa melalui jambatan baru ini sejak ianya mula dibuka lagi.Kesempatan berada di Taiping, kami lajakkan terus ke utara untuk merasai pengalaman melalui jambatan kedua Pulau Pinang.

Mulanya kami agak terperanjat dengan kadar tol PLUS dengan bayaran keluar dari Kamunting berjumlah RM 16 lebih kerana selalunya dalam RM 6 lebih sahaja, rupa-rupanya ianya dicampur terus dengan kadar bayaran jambatan kedua Pulau Pinang.Ini bermakna kita hanya perlu melalui satu tol dari PLUS sahaja dan terus ke jambatan kedua.

Plaza tol jambatan kedua Pulau Pinang

Perjalanan melalui jambatan kedua Pulau Pinang lebih jauh atau mengambil masa yang lebih lama dari jambatan pertama dahulu.Berada di atas laut selama lebih kurang 16.9km berbanding jambatan pertama hanya 8.4km.Dibawah ini ana kongsikan beberapa fakta perbezaan antara kedua-dua jambatan.

Perbezaan jambatan pertama dan kedua Pulau Pinang

 

sumber: www.jambatankedua.com.my

 

Pemandangan disepanjang jambatan kedua Pulau Pinang

 

Menghampiri seberang Pulau Pinang


Laluan di atas jambatan kedua Pulau Pinang


sekitar pemandangan di atas jambatan kedua Pulau Pinang

Untuk info yang lebih lanjut tentang fakta-fakta jambatan kedua Pulau Pinang bolehlah klik ke SINI
(blog Aku VS Kehidupan - oleh sobri yaacob).


~berkongsi info disini~