Jambatan kedua Pulau Pinang


Plaza tol Jambatan Kedua Pulau Pinang

Alhamdulillah diberiNya kesempatan untuk menaiki jambatan kedua di Pulau Pinang ,minggu lalu.Lebih teruja ialah abah ana yang memang ingin sangat merasa melalui jambatan baru ini sejak ianya mula dibuka lagi.Kesempatan berada di Taiping, kami lajakkan terus ke utara untuk merasai pengalaman melalui jambatan kedua Pulau Pinang.

Mulanya kami agak terperanjat dengan kadar tol PLUS dengan bayaran keluar dari Kamunting berjumlah RM 16 lebih kerana selalunya dalam RM 6 lebih sahaja, rupa-rupanya ianya dicampur terus dengan kadar bayaran jambatan kedua Pulau Pinang.Ini bermakna kita hanya perlu melalui satu tol dari PLUS sahaja dan terus ke jambatan kedua.

Plaza tol jambatan kedua Pulau Pinang

Perjalanan melalui jambatan kedua Pulau Pinang lebih jauh atau mengambil masa yang lebih lama dari jambatan pertama dahulu.Berada di atas laut selama lebih kurang 16.9km berbanding jambatan pertama hanya 8.4km.Dibawah ini ana kongsikan beberapa fakta perbezaan antara kedua-dua jambatan.

Perbezaan jambatan pertama dan kedua Pulau Pinang

 

sumber: www.jambatankedua.com.my

 

Pemandangan disepanjang jambatan kedua Pulau Pinang

 

Menghampiri seberang Pulau Pinang


Laluan di atas jambatan kedua Pulau Pinang


sekitar pemandangan di atas jambatan kedua Pulau Pinang

Untuk info yang lebih lanjut tentang fakta-fakta jambatan kedua Pulau Pinang bolehlah klik ke SINI
(blog Aku VS Kehidupan - oleh sobri yaacob).


~berkongsi info disini~

22 Comments

  1. Kiranya jambatan ni dibina lagi tinggi lah dari jambatan pertama, kan.
    Teringin juga nak lalu kat atas jambatan ni. Entah bila lah dapat merasa. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tingginya ana tak pasti sangat tapi memang lebih panjang,In shaa Allah suatu hari nanti sampailah Faarihin

      Delete
  2. boleh saja kak ana..sharing is caring..owh akak pun dah naik ya..he..he..apa mcm best>? panjang sangatkan.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sobri...kita kongsi trafiklah ye..in syaa allah.. :) memang panjangkan tak sampai2 ke pulau hehe

      Delete
  3. akak teringin nak lalu waktu malam pulak..lagi cantik dgn lampu lip lap lip lap hehe..

    menabung nuff kt sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Kamsiah, malam macam cantiklah juga tengok pemandangan lampu2 dari pulau dan tanah besar kan.. :)

      Delete
  4. Yes...
    Fuza pernah bekerja di sini.
    Husband pun CM kat projek ni sebelum ke projek oversea UEM.
    Kenangan ni 2007-2011

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kenangan fuza dgn hubby disini rupanya... :)

      Delete
  5. belum ada kesempatan lagi nak ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah zila, nanti sampai lah kan.. :)

      Delete
  6. panjang jugak ye 2nd bridge ni harga tol nya pun agak mahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira dua kali ganda dgn yg jambatan pertamalah,tolpun lebih rm1.50 dari jambatan pertama kopiolimauice :)

      Delete
  7. Replies
    1. terima kasih Azian Elias :) salam ukhwah..

      Delete
  8. jambatan baru x tengok lagi..
    lama dah x duk kat kedah..huhu
    dulu hari minggu je lepak kat penang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. next trip Nick..terokai Penang dgn 'sidia ' pula hehe

      Delete
  9. mesti berbeza pengalamannya, sbb lebih panjang/lebih jauh. Ada kesempatan ke utara, nak gak try.

    ReplyDelete
  10. Wah bestnya..CP belum lagi berkesempatan walaupun dok kat Kedah..rasa jauh lak nak kena pi Bandar Acasia tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah CP kalau dari utara memang payah sikitlah seolah2 macam berpatah balik pulakan,lebih dekat guna jambatan lama tu, tapi nak merasa apa salahnya,makan angin..hehe

      Delete
  11. Kwn sy pun ckp pnjg giler jambatan kedua nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. panjang...lama nak sampai ke pulau Mimi.. :)

      Delete