Batu Bertenggek Teluk Intan,Perak

 

Batu Bertenggek Teluk Intan,Perak
Sebenarnya banyak tempat-tempat yang menarik ada di Teluk Intan,Perak, kampung halaman ana yang tercinta.Yang paling popular pastinya Menara Condong namun ana belum lagi berkesempatan menulis entri tempat-tempat menarik disini.Sebabnya kalau boleh ana ingin mengambil sendiri gambar-gambar di tempat-tempat menarik namun setiap kali balik kampung,berkumpul adik beradik sering tidak ada ruang untuk mengambil gambar atau mencari bahan-bahan untuk di tulis.Sekadar lalu lalang sahaja, maklumlah bila tempat sendiri kita jarang ambil perhatian sangat.

Seperti kisah 'Batu Bertenggek' yang terdapat ditengah-tengah simpang empat bandar Teluk Intan ini, berpuluh tahun menjadi penghuninya baru sekarang ana terbaca ayat-ayat yang tercatat di bawah batu yang merupakan memorial peringatan Perang Dunia Pertama yang diletakkan oleh tentera British semasa zaman pemerintahan mereka.

Dikatakan pada awal zaman dahulu batu ini cuma bersaiz kecil namun ia seolah-olah batu hidup yang semakin membesar.Sehingga kini saiznya lebih kurang sebesar kereta kancil dan sudah tidak membesar lagi.Waallahu A'alam...Dibawah batu ini tertulis dua baris ayat dari sajak nukilan Laurence Binyon bertajuk 'For The Fallen' - sumber rujukan wikipedia.

Batu Bertenggek pada waktu malam

Batu bertenggek ini dahulu terletak dihadapan Bangunan Kelab Melayu berhadapan padang majlis perbandaran Teluk Intan, namun arus permodenan yang berkembang pesat di bandar kelahiran ana kini, batu ini berada ditengah-tengah simpang jalan dihadapan bangunan SKOMK dan bersebelahan dengan bangunan TNB di persimpangan Jalan Changkat Jong dan Jalan Maharajalela, Teluk Intan.Ia juga turut menjadi mercu tanda dan bahan tinggalan sejarah yang terdapat di bandar Teluk Intan,Perak.

Kredit foto: Kelab Anak Jati Perak dan Google Image.

~berkongsi tempat menarik disini~

40 Comments

  1. batu hidup?teringin nak tengok ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak hiduplah Sal, mitos je rasanya... hehe

      Delete
    2. hidup akk...mmg hidup....tp dia kena tembak tu yg x hdup...klau x dia terus membesar

      Delete
    3. oo ye ke Aisyah, waallahu a'lam, terima kasih ye berkongsi pandangan di sini :)

      Delete
  2. akak kalau tmpt makan menarik dkt teluk intan? liz suka makan2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak gak Liyliz: ada mastan ghani yg popular dgn rojak dan mee rebusnya, air bandung tarik yg mengancam jiwa, restoran ghulam rasul bg pengemar masakan mamak, ada sate wak teni dan cucur udang di hadapan menara condong dan banyak lagilah..udang galahpun femes kan sini..hehe..jom jenjalan Teluk Intan nanti.. :)

      Delete
  3. teringin nak cuti2 melawat perak, sbb belum pernah sampai selain cameron hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. lia, ada masa marilah bercuri ke negeri Perak pula, macam2 ada.. :)

      Delete
  4. Agaknya lelama nanti, lagi besau dari bangunan kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..dah tak besar dah Linda, bukan sahihpun kisah batu hidup ni sekadar cerita dari mulut ke mulut zaman2 dahulu..:)

      Delete
  5. besar batu tu kak ana.. teringin nk pergi jalan2..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar juga Anizz, Insyaa Allah suatu hari nanti ada rezeki Anizz datang jenjalan sini ye.. :)

      Delete
  6. Salam K.Ana...

    #DatangBalasJejak
    cma pernah sampai sini..tp tak pernah tau kewujudan batu ni..
    menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam CM, terima kasih balas kunjungan,tak pe selalu2 singgah pun ok juga kan.. :)

      Delete
  7. Tak pernah dengar pun ada Batu Bertenggek...anyway nice sharing...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye Nadirah Mohamad, batu bertenggek ni memorial perang saja..sekadar gelaran orang2 tempatan.. :)

      Delete
  8. Hmm. Kampung kite kat Perak,
    tapi tak pernah dengar pun pasal batu bertenggek ni.

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Baru tau... thanks for sharing...

    ReplyDelete
  10. Banyak juga tempat menarik kat Teluk Intan ni ye..

    ReplyDelete
  11. Nurul pun x pernah baca ayat2 yang tercatat di bawah batu bertenggek tu... lalu lalang je kat situ... tapi yang paling best bila pegi teluk intan pekena rojak mastan ghani, takpun satay & cucur udang dpn menara condong tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebabnya Nurul, tak terfikirpun nak singgah kat tengah2 simpang tu kan..hehe..erm yang tu memang wajib, mastan ghani dan cucur udang depan menara tu, kak ana panggil tempat tu bumbung biru hehe

      Delete
  12. Ana org teluk intan ke? sekampung la kita..saya pun asal teluk intan...skrg kat KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah seronoknya jumpa orang sekampung ni nurul husna, sama macam Nurul kat atas tu pun orang Teluk Intan..best!best!.. :)

      Delete
  13. Replies
    1. Yang ni bukan batu belah batu bertangkup ye Fuza..hehe

      Delete
  14. Replies
    1. erm ramai yg tak tahu Mimi... selalunya org akan kenal Teluk Intan dengan menara condong tu aje.. :)

      Delete
  15. entah bila akan sampai ke perak..tapi baca cerita ana ni pon dah cukup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah Mar, suatu hari nanti sampailah tu,,

      Delete
  16. Hari tu lalu je kat tepinya, tapi tak singgah pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kat tengah2 simpang tu Zila, jarang orang nak singgah.. :)

      Delete
  17. Org tua2 kata batu tu mmg membesar.. Tp dia stop membesar sebab kena tembak masa perang dulu.. Wallahuaklam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Sara, waallahu alam kesahihannya kan,sekadar cerita dari mulut ke mulut sehingga hari ini.

      Delete
  18. baru baca pasal batu ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. batu yang fofuler kat teluk intan ni aRz :) bukan batu belah tau hihi :)

      Delete