Petua Kurangkan Pahit Peria
Petua hilangkan pahit peria
Buah Peria |
Hari ini ana kongsikan petua yang ana pelajari dari mak, bagaimana hendak mengurangkan rasa pahit buah peria.Walaubagaimanapun petua ini sekadar mengurangkan rasa pahit, tidak menghilangkan rasa pahitnya, kerana kalau tidak pahit bukanlah peria namanya kan...
Oklah, selepas kita potong nipis-nipis buah peria ni, perapkan dengan garam selama lebih kurang satu jam.Maknanya kita perlu menyediakannya awal sebelum kita memasaknya.Gunakan garam yang banyak supaya ia menyerap pada potongan buah peria.Apabila hendak memasaknya, bilas bersih buah peria yang diperap dan bolehlah memasak mengikut resepi masing-masing.Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan tahap kepahitan buah peria tersebut.
~Selamat mencuba, berkongsi petua di sini ~
24 Comments
Memang selalu pratikkan cara ini di rumah apabila memasak peria. Sayur lain juga saya rendam bersama air garam untuk memastikan ianya bebas dari racun...
ReplyDeleteEyma Balkish, petua lama kan ni...betul tu kena basuh bersih2 sayur-sayuran sebelum memasak..:)
Deletenice sharing., bolehla anis makan lepas nie.. hikhik..
ReplyDeleteAnizz, ia hanya kurangkan pahit tau, tapi tetap pahit hehe
Deleteselalu jugak buat..tapi orang kata dekat pahit peria tu yang ada khasiatnya.
ReplyDeletepandai Sal, memanglah kan kat pahit tu lah khasiatnya.. :)
DeleteMemang itulah yang selalu kak buat dan dapat petua ni pun surelah dari arwah mak juga...samalah. Orang dulu2 kan banyak petuanya. Kak selalu goreng dengan telur @ udang kemudian taruh serbuk kunyit dan pati santan sikit.
ReplyDeleteKan Kak Mala, petua orang dulu-dulu ni memang berkesan,Insyaa Allah nanti ana cuba buh santan pula,ikut resepi Kak Mala,Terima kasih berkongsi.. :)
Deletebetol betol... itu la yg d praktikan ktorg kalau masak peria, perap sat dgn garam...
ReplyDeleteOO lia pun buat camtu ye...kuranglah sikit pahitnya kan..hehe
DeleteAssalamualaikum kak ana, lama sheila tak mai singgah sini. hehehe jarang dapat BW sekarang even dah tak kerja. hehehhee thanks bagi tips berguna ni. sheila suka peria sejak berpantang ritu. hehehe boleh try ~~~
ReplyDeleteWaalaikumsalam Sheila, dah tak kerja rupanya..tak pe demi Adam kan..haha sejak pantang makan peria ye, pasni boleh try petua lama ni kay..:)
DeleteNurul suka makan peria... baru je ingat2 petang ni nak masak peria... Tq K Ana tuk petua ni... :)
ReplyDeleteLaa ye ke, bagusnya Nurul suka makan peria, Ok cubalah ye..
DeleteSayur yang paling saya tak minat. Peria. Walaupun baik untuk kesihatan, tapi tetap tak berminat sebab rasanya yang pahit tu. hehe
ReplyDeleteSamalah, kak ana yang senior ni pun tak suka tapi fikirkan khasiat kenalah telan gak SY..hehe
DeleteTak suka makan peria.. :)
ReplyDeletesebab ia pahit kan Azwar hehe
DeleteSaya makan peria hat goring garing tu..Sedap
ReplyDeletesedap gak Fuza, makan panas-panas kalau sejuk ia lemau dah :)
Deletetapi ky suka rasa pahit tu..jadi ubatkan..
ReplyDeletebetul tu KY pahit tu lah khasiatnya tapi kena kuatkan semangat nak makan yang pahit2 ni hehe
DeleteBagusnya tips ana ni...julia mmg sampai sekarnag tak suka mkn buah peria tapi mmg tahu byk khasiat didalamnya...boleh cuba nanti yeyyy
ReplyDeletecubalah tapi tak hilangkan pahitnya ye Julia,sekadar mengurangkannya sahaja..pahit tetap pahit dear..hehe
Delete