Petua hilangkan pahit peria

Buah Peria
Buah peria memang sangat pahit rasanya, malah ketika dahulu memang ana tak suka langsung nak makan masakan peria ni.Namun semakin meningkat usia ni, ana banyak terbaca tentang khasiat sayur yang pahit-pahit, makin gemar pula masak buah peria.Selalunya ana masak tumis dengan rempah kari dan udang kering kemudian pecahkan sebiji telur.Ini resepi dari mak ana.

Hari ini ana kongsikan petua yang ana pelajari dari mak, bagaimana hendak mengurangkan rasa pahit buah peria.Walaubagaimanapun petua ini sekadar mengurangkan rasa pahit, tidak menghilangkan rasa pahitnya, kerana kalau tidak pahit bukanlah peria namanya kan...

Oklah, selepas kita potong nipis-nipis buah peria ni, perapkan dengan garam selama lebih kurang satu jam.Maknanya kita perlu menyediakannya awal sebelum kita memasaknya.Gunakan garam yang banyak supaya ia menyerap pada potongan buah peria.Apabila hendak memasaknya, bilas bersih buah peria yang diperap dan bolehlah memasak mengikut resepi masing-masing.Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan tahap kepahitan buah peria tersebut.


~Selamat mencuba, berkongsi petua di sini ~