Buah Limau Bali
Buah limau bali |
Nama lain bagi buah limau bali:
Menerusi perkongsian ana dalam 'group' Buah dan Bunga di FB, ana ada membuat pertanyaan jika ada panggilan atau nama lain selain dari buah limau bali.Berdasarkan jawapan yang diterima, rupanya banyak nama lain yang diberi kepada buah limau bali selain dari pamelo dalam bahasa Inggeris.Lain negeri lain panggilannya, antara yang ana terima komen-komen ialah ia juga dikenali sebagai buah limau Tambun, limau kedangsa, limau abong, limau bom dan yang agak unik diberitahu masyarakat bajau memanggilnya limau lukban.
Banyakkan nama-nama yang belum pernah kita dengari dan menerusi perkongsian kita akan dapat mempelajari sesuatu yang baru, Alhamdulillah.
Jenis buah limau bali:
Berdasarkan pengalaman ana, limau bali ada dua jenis iaitu yang berisi merah dan putih.Lazimnya limau bali yang isinya berwarna merah lebih manis dari yang berwarna putih.Kedua-dua jenis limau bali ini perlu disimpan sehari dua sebelum dikupas untuk di makan supaya dapat menghilangkan rasa pedar dari kulitnya.Buah limau bali (Google Image) |
Ada juga yang mengatakan kulit limau bali boleh di jadikan halwa dan sebagai manisan.Ana tidak pernah mencuba atau merasainya lagi.Dan sesuatu yang kelakar untuk dikongsikan disini ialah ketika kami kanak-kanak dahulu, selepas mak mengupas kulit limau bali , kami akan jadikannya seperti topi keledar atau helmet dan sepupu-sepupu akan bermainnya sambil menganyuh basikal.
Google Image |
~berkongsi info disini~
28 Comments
assalamualaikum ana..sedap buah limau ni..masa kat kg dulu arwah abah ada tanam pokoknya...bila dah masak petik jer...:)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, memang sedap ,paling best bila zess dia pecah dalam mulut hehe :)
Deletesuka gak limau bali, tapi kalau tak pandai pilih dapat yang pahit
ReplyDeleteSal, pahit sebab tak cukup masak, tak pun sebab tak cukup simpan sebelum di kupas ,kalau tak memang ok..ikut pengalaman kak ana lah ..:)
DeleteAnaaa....nolstalgia limau ni...kegemaran arwah orang tua kak..kat tempat kak susah nak jumpa yang betul2 Bali. Sejuk..lembut..manis...sedapnya!
ReplyDeleteLimau gedangsa tu..kalau kat kg kak bukanlah limau bali. Ia sejenis limau biasa ada warna merah dan putih. Tapi bila masak dia tidak 100% manis macam bali. Dia masam2 manis. Makan dengan sambal belacan sedap.
laa ye ke kak Mala, bukan spesis limau bali lah ye, ana pun dapat dari komen rakan2 di group fb, terima kasih perbetulkan..memang sedap sangat kak Mala,di kampung ana ada pokoknya, terkini ana beli semasa ke Kuala Pilah ,murah sangat 3 biji RM10 je masa tu...:)
Deletedah lame xmakan limau bali..sedapnyee..
ReplyDeletehehe..pas ni kena gi beli anizz.. :)
Deleteok terliyoq..haha.. lama dah tak mkn limau bali
ReplyDeletetak pe cikgu, pasni gi cari kay..hehe :)
DeleteSalam ana, tiba2 teringat kenangan masa zaman bujang dulu kerja di ipoh, memang selalu singgah gerai limau bali ni. Emmm, dah lama tak makan limau ni. Sesekali makan memang sedap.
ReplyDeleteoo aina pernah bekerja di Ipoh ye, memang femeslah limau bali di tambun tu, ana dengan anak bongsu tu memang suka makan limau bali ni..:)
DeleteMasa kecik2 selalu beli otw balik Kampung
ReplyDeletesinggah kat Ipoh lah ye Fuza :)
Deletesalam kenal dan salam ukhwah,
ReplyDeletebaca n3 ni teringat halwa kulit limau bali yang selalu arwah nenek buat...memang sedap...tapi dah tak da sapa buat dah la ni....sayang, masa nenek buat dulu tak ambik pot,,, la ni baru rasa missed!
memang ada ye @na halwa kulitnya, sayang nya tak sempat belajar dengan arwah nenek ye, sekarang ni tak pernah jumpa dah kan.. terima kasih singgah :)
DeleteKat Kedah kebanyakan dari Siam..kat Changloon banyak jual sepanjang jalan kalau balik dari Bukit Kayu Hitam. CP suka beli dekat Hentian Bukit Gantang.
ReplyDeleteBiasanya buah-buahan ni banyak yang datang dari Siam pun kan CP merata tempat sampai buah2 mereka.. :)
Deletelama dah tak makan buah ni
ReplyDeletememang kadang payah nak jumpa buah limau bali ni zuriey
Deletelama giler tak makan buah ni..
ReplyDeletebuah ni kadang2 bermusim gak Suki, payah nak jumpa dah..
Deletebelakang rumah saya ada tanam.
ReplyDeletetapi kena balut dengan plastik.
kalo tak kena gigit dengan serangga.
nati x masak lagi dah luruh..huhu
betul tu nick, kadang2 serangga sering merosakkan buahnya, untunglah ada pokok sendiri kan.. :)
Deletemengiurkaann...
ReplyDeletesedap kan hehe :)
DeleteSaya ada pokok limau bali.. cam mana nak tahu buah tu dah masak atau belum..
ReplyDeleteSelalunya buah limau bali yang masak warnanya kekuningan sikit dan bila tepuk-tepuk kulitnya bunyi dia kosong tak padat. Waallahu alam itu petua orang tua2 sahaja :)
Delete